Istilah ini boleh diubah2 utk merasionalkan tindakan sesuatu pihak.Apa beza antara rasuah,komisen dan mengubah wang haram?Rasanya saling tak tumpah jer.Cuma mungkin cara dan urusan utk mendapatkannya sedikit berlainan.Kata Tun M,rasuah sudah membusuk dalam setiap diri pemimpin utama negara.Kalau Tun M,mantan Perdana Menteri yg pernah berkuasa lebih 20 tahun bercakap demikian maka apakah cakap2nya itu satu omongan kosong atau satu fakta?Lu fikirlah sendiri.
Nampaknya nak harapkan pemimpin supaya BENAR-BENAR jujur dah ikhlas membela rakyat samalah meletakkan seekor BUAYA supaya menjaga ayam2 di sangkar.Punah bin ranah la jawabnya.Mengapa mereka yg bergelar pemimpin ini tidak kebal dgn rasuah?Pemimpin kecil makan kecil,pemimpin besar makan besar...teorinya kalau pengikut rapat buat rasuah apakah wajar bosnya melihat sahaja sdgkan bosnya itu bukan MALAIKAT pun.Nakkah dia membiarkan anak buahnya@setiausahanya melipat semua not2 yg warna biru dan ala2 unggu tu ke dalam peti simpanan atau beg briefcasenya?.Tentu sekali tidak.Atau dia mmg tidak tahu dan kalau tahu adakah bosnya itu menegahnya,amal ma'aruf nahi mungkar?..Tepuk dada tanya wanita simpanan la jawabnya.
Semalam seorg manusia bergelar setiausaha politik disabitkan dgn kesalahan terlibat dalam pengubahan wang haram,entah apa istilah yang betul utk digunakan,mungkin RASUAH la kot dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM60,000.00.Kes itu akan disebut semula pada 14 Mac depan.Tertuduh tidak mengaku bersalah.Memang la,siapa pun takkan mengaku bersalah.Berak tepi jalan,ada saksi pun akan seboleh mungkin ingin nafikan.Malu weiii..sapo nak ngaku,tu baru berak tepi jalan,ni dituduh buat duit haram.Maruah bukan 5 sen,tahu pulak ada MARUAH, masa nak telan duit berjuta tu mana pi dgn maruah tu semua?.
Kalau disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 4 (1), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan maka hukumnya ialah DENDA tidak lebih RM5 juta, penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua2nya sekali.Aduhhhh..sebenarnya semua pemimpin politik dan mereka yg berkerja di peringkat tinggi sudah sedia maklum akan akibat2 ini namun mereka seperti sengaja buat lembu kenyang,mengunyah sampai meleleh2 air mulut,selamba giler jer.Mereka belum kena,org lain yg kena so apa peduli?.
Lebih melucukan dan nak tergelak sampai pecah perutnya ialah tertuduh merayu supaya mahkamah menimbangkan segala jasanya selama berkhidmat dgn kerajaan.Muka tak malu betul la.Jasa apa?Mana ada jasa kalau kita berkhidmat dengan mendapat segala upah@gaji dan segala keistimewaan yang lain?.Setiap titik peluh sudah dibayar dgn gaji setiap bulan.Jasa2 ni kalau kita bekerja secara percuma tanpa sebarang upah.
Mudahnya org2 yg ada kedudukan ini,bila dituduh bersalah atau dihukum maka mereka jadikan 'jasa-jasanya' selama ini sebagai tukar ganti atau bahan gadaian atau cagaran utk ringankan hukuman atau dibebaskan.Mereka lupa sebenarnya jasa dan kesalahan,bakti dgn kejahatan tu DUA perkara berbeza.Jasa dan bakti sudah dibayar dgn gaji,upah dan insentif.Sdgkan kejahatan dan kesalahanMESTI dihukum sewajarnya. Buat baik dpt pahala [ syurga ],buat jahat dapat dosa [neraka ].Buat jahat kalau sudah banyak amal sekalipun masih tidak boleh meluputkan dosa.Dosa kena bertaubat...
Sewajarnya setiap pemimpin atau sesiapa juga yag ada kaitan rapat dgn pemimpin SEMESTINYA berusaha seboleh mungkin utk jauhkan gejala rasuah@komisen atau apa2 sahaja kelakuan tidak bermoral.Sekali terkena habis satu keluarga, satu keturunan akan terpalit.Seekor je yg menjadi kerbau berlumpur habis anak bini dan ahli keluarga menanggung malu.
Rasuah walaupun ditukar,diubah, diberi definisi lain sekalipun ia tetap salah,HARAM dilakukan Rasuah akan membuatkan ramai teraniaya.Rasuah akan merosakkan bangsa,negara dan agama.Rasuah akan melahirkan manusia dan generasi tidak bertamaduan,tidak bermoral,tidak berakhlak pada masa mendatang.
Kawal nafsu ingin hidup mewah dan hidup kaya dgn cara yang salah.Rasuah bukan caranya.Berbanggalah dgn hasil usaha yang baik,melalui lunas2 yg dibenarkan agama.MATLAMAT tidak menghalalkan cara...renung2kan lah.Selamat beramallll!!!.
No comments:
Post a Comment