Sunday, February 27, 2011

AHLI KELUAR PARTI...

Setiap kali muncul musim PRK atau PRU akan kecurlah di media massa isu ahli parti pembangkang meninggalkan parti mereka.Selalunya ahli2 tersebut akan menyertai parti UMNO/BN.Seingat saya sudah beratus kali ahli parti pembangkang keluar parti.Kalau ikutkan data2 tersebut rasanya sudah lama parti pembangkang gulung tikar kerana semua ahlinya keluar parti.Namun kekuatan parti pembangkang masih terus mengancam kuasa UMNO/BN.

Sejak lama dahulu media massa tidak pernah menyiarkan berita berkaitan ahli UMNO/BN keluar parti.Apakah UMNO dan sekutunya menerima ahli baru sahaja dan tidak pernah ada ahli2 mereka yang keluar parti?.Rasanya hebahan ahli pembangkang keluar parti sekadar propaganda utk menyedapkan jiwa UMNO/BN semata2 sdgkan hakikatnya tidak begitu.

Sebenarnya provokasi ini sudah tidak mampu lagi utk digunakan sebagai senjata untuk melemahkan pakatan pembangkang kerana situasi sudah berubah.Makin kerajaan membuat siaran ahli parti pembangkang keluar parti lagi ramai org lain yg benci dan menjauhi UMNO/BN.Kemasukan org ramai secara senyap2 dlm parti pembangkang lebih ramai daripada yang keluar parti.Jgn senjata makan tuah sudahla.

Dan musim PRK@PRU lah kerajaan akan lancarkan mcm2 projek,membuat pecah tanah, menjanjikan pembinaan sekolah baru, menyelesaikan semua masalah rakyat, membuat lawatan ke kawasan pedalaman dan mcm2 lagi.Kalau mcm tu diharapkan wakil rakyat kerajaan ramai lagi la yg meninggal dunia jika dgn cara itu baru kerajaan hendak mendahulukan rakyat.Membantu menyelesaikan semua permasalahan yang dihadapi rakyat.

Setiap kali ada PRK maka segala projek dilambakkan di kawasan berkenaan.Semua menteri akan turun dan mengumumkan semua program utk membantu rakyat,Sdgkan selama ni menteri tidak pernah jenguk,tidak pernah turun,tidak pernah nak melawat rumah2 org kampung di pedalaman.

Modal kempen ialah pembangkang tidak mampu tunai janji,hanya pandai berjanji.Memang betul pembangkang tidak mampu tunai janji.Mereka berkempen utk mencapai kemenangan mutlak supaya mereka berkuasa di peringkat pusat.Masa tu nanti baru kita boleh ukur apakah pembangkang mampu menunaikan semua janji,andai mereka masih sebagai pembangkang mmg mereka tidak mampu utk membuat apa2 pembangunan.Sumber kewangan terhad.Jika UMNO/BN menjadi pembangkang di peringkat pusat maka mereka juga akan hanya boleh berjanji dan menabur janji sahaja.

Sikap dan pendekatan berbelit memanipulasi fakta dan hakikat sebegini,rakyat sudah faham.Rakyat faham bahawa pembangkang memang tidak mampu tunai apa2 yg dijanjikan namun kalau kerajaan juga asyik menipu rakyat, semua barang asyik naik, kebajikan rakyat diberi perhatian sambil lewa maka tidak mustahil kerajaan yg ada akan tersingkir.

Kerajaan perlu peka dan membuka mata kerana situasi dan keadaan semasa makin rumit dan kronik kerana di negara Timur Tengah,bantahan rakyat berlaku di mana2.Sudah beberapa negara, pemerintah mereka tumbang akibat demonstrasi rakyat.Jika kerajaan beranggap kedudukan mereka kukuh dan selamat itu satu kesilapan kerana perubahan boleh berlaku sekelip mata.Dalam keadaan hening dan tenang jgn disangka keheningan itu tidak mencetuskan ribut secara tiba2.Buaya di air tenang adalah buaya yg amat2 bahaya dan ganas.

Kalau benar rakyat didahulukan pencapaian diutama maka pasti itu slogan itu benar2 sampai dan diterjemahkan.Bukannya sekadar retorik utk mengekalkan kuasa.PRU13 makin hari makin hangat dibincangkan.Jika ada isu2 berbangkit dan boleh meruntuhkan kuasa kerajaan,maka kerajaan perlu berwaspada.Sikap senyap blogger pro pembangkang, sikap offensif yang diamalkan pakatan pembangkang sekarang mungkin taktikal mereka.Mereka tidak menegur kelemahan dan kesilapan yg kerajaan lakukan kerana mereka ingin gunakan sebagai senjata kempen masa PRU nanti.Mungkin dalam fail mereka bertimbun bukti2 utk mereka dedahkan waktu kempen PRU nanti

Pendekatan yang diambil pembangkang ini sebenarnya akan membuatkan nadi dan jantung UMNO/BN boleh berhenti mengejut.Kerajaan perlu berhati,perlu prihatin dgn semua isu yg melibatkan rakyat,perilaku menteri dan pemimpin perlu dijaga kerana semuanya ini akan menjadi senjata makan tuan..

Ahad,KL,27 Februari 2022


No comments:

Post a Comment