Saturday, February 5, 2011

KONG KALI KONG : Rakyat sudah bijak...

" Kalu ambo bene, kalu kayo lepas ni,maka adik kakok mcm tu la juga,kalu ambo mewah maka adik kakok mcm tu la juga..." itulah antara ucapan yang selalu didengar dilafazkan oleh ahli politik tempatan. Pengundi, org kampung dan peminat setia akan bersorak dan bertepuk tangan kerana menyangka betapa bagusnya bakal wakil rakyat mereka ini. Kalau YB jadi kaya lepas ni maka mereka juga akan jadi kaya mcm YB juga..itulah fahaman mereka.

Sesungguhnya...org ramai masih juga kena tipu.Tipah terus kena tipu.Maksud bakal YB itu bukan demikian.Maksud bakal YB tidak sama dgn apa yg difahami oleh pendengar ceramahnya. Bakal YB akan tetap bermain politik selamanya.Maksud sebenarnya bakal YB itu ialah kalau dia menang dan kaya maka org2 kampung,para pengundinya akan tetap dirundung kemiskinan.Kalau dia mewah, org2 kampung akan kekal dgn kerja kampungnya seperti menoreh,berkebun sayur atau menanam padi...Fahami betul2 maksud ucapannya " kalu ambo kayo,maka adik kakok mcm tu la juga..."Itu merujuk kepada kalu dia kayo atau mewah maka diri dia sahaja yg kaya dan mewah.Org ramai mcm tu la juga tu maknanya kekal dgn kerja2 yg sdg dilakukan selama ini..

Itulah hebat dan putar alamnya ahli politik hari ini.Sebab itulah bila mereka menang sekelip mata mereka menjadi kaya raya,rumah baru, rumah lama akan diubahsuai,kereta bertambah takpun bertukar baruIsteri juga baru,malahan ada yg buka cawangan baru.Hari berganti hari,minggu berganti minggu,tahun berganti tahun kehidupan YB berkenaan terus makmur.

Rakyat mula tertanya-tanya mana pergi segala janji YB tersebut.Sebelum menang dulu dia sendiri yg cakap kalau dia kaya dan mewah,org kampung akan jadi mcm dia [ YB ] juga.Sekarang sudah masuk tahun apa pun tarak...heheheheeee.Rakyat masih tidak sedar diri.Masih kena tipu atas darat.Kena belit secara terang lagi bersuluh.

Kan YB dah bagitau awal2 lagi kalau dia senang, rakyat akan kekal dgn kehidupan sedia ada.Dia tidak pernah berjanji utk berikan pembangunan kepada rakyat.Dia dah cakap kalau dia kaya dan mewah maka rakyat akan kekal sepertimana kehidupan mereka yg sedia ada.Jadi kalau dia tidak berkhidmat utk rakyat pun tidak ada salahnya sbb dia sudah bagitau siang2 lagi.Dia cuma ingin kaya dan mewah utk diri dan keluarga dia sahaja.Rakyat tu pandai2lah nak hidup.

YB itu bermaksud YANG BERHORMAT.Apa ke barang kalau nak buat kerja seperti menjadi hamba rakyat.Dia berhormat la beb...apa kelas utk jadi org suruhan rakyat.Dia bukan YANG BERKHIDMAT dia adalah org terhormat.Mereka yang bergelar YANG BERHORMAT mana boleh jadi hamba utk rakyat.Selepas menang, rakyat apa peduli lagi. "Peduli aku.." itulah antara kenyataan angkuh sesetengah YB bila ditanya bagaimana dgn kebajikan rakyat.

Sebaik keputusan diumumkan dan dia diisythiharkan menang maka YB tadi akan melambai2kan tangannya dgn lima jarinya dilayang2kan ke arah penyokong dan org ramai yg mengundinya.Lambaian itu juga bermakna kerana itu menandakan dlm 5 tahun lagi dia akan dtg lagi berkempen.Lima tahun lagi dia akan datang lagi menabur janji.Biasalah menabur janji bukan seperti menabur benih padi.Benih janji akan mati seiring dgn kemewahan dan kekayaan terkumpul.Benih padi akan tumbuh subur kalau dibajai dan disirami air secukupnya.

Selepas 5 tahun atau dlm jangka waktu 5 tahun pemimpin ini akan datang lagi...janji mesti kena berjanji.Rakyat yg bangang lagi bahlol akan terus kena tipu.Dah 5 tahun habuk pun tarak, tapi bila tiba musim PRU kena tipu lagi.Memang maruah org kampung bernilai 5 sen sahaja.Mudah sgt kena tipu.Pujuk dan bodek sikit2,belanja teh,kasi gula,kain pelikat sehelai dua terus tidur dlm perut YB tersebut.

Kalau dulu belum ada api letrik [ elektrik ], tiang2 akan dipacak di sepanjang jalan kampung utk menampakkan konon2nya elektrik akan diberikan kalau YB itu menang.Akhirnya undi diberikan.Lepas menang, elektrik entah kemana.Tinggal la tiang tempat burung berak dan bertenggek selepas lelah terbang.Masuk musim PRU,kabel elektrik pula dipasang maka rakyat seronok kerana kali ini mereka kan dapat bergelak tawa depan TV Plasma dan sebagainya.Last2..habuk pun tarak.Dulu hanya tiang dipasang sekarang kabel pula menjadi gula2 utk memancing undi.Elektrik tidak juga mengalir masuk ke peti elektrik rumah org2 kampung.

Marah2 lagi rakyat.Maki hamun tak cukup keturunan dibahasakan kepada pemimpin yg hanya pandai berjanji.Dulu masuk tiang,sekarang pasang kabel,elektrik entah kemana.YB pun dah jarang2 balik kawasan.Selalu ja kat KL.Masa berlalu pantas.Musim PRU datang lagi..kali ini karan elektrik mula mengalir ke sebahagian kawasan..hahahahaa.Rakyat mula bergembira.YB yg akan bertanding kali ini perlu diberi peluang kerana elektrik sudah mula dinikmati oleh kampung sebelah.Fuhhh..memang bijak pancing undi dan main angin rakyat.Setelah keputusan diumumkan,YB itu menang lagi.Namun elektrik hanya setakat kampung sebelah je.Melepas lagi.

Dah 3 kali musim PRU...rakyat yg idamkan kemudahan elektrik kempunan lagi.Marah lagi rakyat.Akan dtg mereka kan memboikot undi utk pemimpin yg hanya pandai berjanji.Namun bila tiba musim PRU calon2 YB akan berkata " kalau tidak undi kami,maka kemudahan elektrik akan ambil masa puluhan tahun lagi utk masuk ke kampung ini kerana kerajaan kami yg berkuasa ke atas semua kemudahan elektrik di negara ini..".Aduhhh..terkena lagi rakyat.Tak undi tak dpt la kemudahan elektrik.Nak undi rasanya dah banyak kali berjanji..tak jalan pun.Tipu semuanya.

Fikir punya fikir,rakyat merasakan perlu memberi undi kepada calon YB tersebut kerana memikirkan tiang2 sudah ada,kabel pun sudah ada..tinggal lagi elektrik sahaja yg perlu disalurkan.Menang lagi kali ini.Namun elektrik tak kunjung tiba.Peti sejuk dah dijadikan almari.Rakyat kena tipu lagi.Dah masuk kali 4 kali PRU maknanya mencecah 20 tahun, kemudahan elektrik dijadikan umpan utk rakyat bagi mengekalkan kuasa.

Bayangkan ahli politik menipu rakyat dengan lembut dan liciknya.Memang pemimpin sebegini nanti bila mati org panggil 'mapuh jilat cok'.Kematian yang mmg ditunggu2 rakyat.Dibenci sepenuhnya.Tu baru isu elektrik,belum lagi isu jalan bertar,belum lagi isu air.Rasanya2..semua modal ini boleh mencecah ratusan tahun utk dijadikan modal mengekalkan kuasa.Rakyat mmg bodoh...

Senario di atas adalah rentetan peristiwa sebelum rakyat yg bernama pengundi celik huruf,sebelum rakyat menjadi maju,sebelum anak2 mereka ke menara gading.Sekarang semuanya sudah berubah.Mak bapak tidak lagi percaya kepada cakap2 org politik.Org kampung menjadikan anak2 mereka sebagai pakar rujuk mereka.Anak2 mereka yang terpelajar menjadi guru politik mereka.Sekarang politik mula berubah.Rakyat pula akan menipu pemimpin.

Rakyat hari ini mula bermain tarik tali dgn pemimpin.Kalau nak suruh mereka undi,tunaikan dulu janji2.Kasi duit dulu,buat jalan dulu,kemudahan asas penuhkan dahulu.Setelah semua itu dipenuhi..calon yg bertanding tadi kalah juga.Hahahahahhahaaa...bijak2.Rakyat mula bijak.Dendam mereka mula terbalas.Dulu org kampung kena tipu skrg pemimpin yg bertanding kena tipu.Dulu org kampung kena undi dahulu baru dpt apa yg mereka mahu.Sekarang sudah terbalik..kalau nak menang kena kasi dulu.Beri apa yg rakyat nak.Bila semuanya diberi,rakyat tidak undi juga.

Kata pepatah "ada ubi ada batas,ada budi ada balas".Walaupun YB yg menipu dulu sudah pencen,mungkin sudah mati atau sudah mapuh jilat cok tapi partinya tetap sama maka calon2 yg seterusnya bertanding atas parti yg sama rakyat tetap berdendam juga.

Ingatlah wahai ahlul politik.Sekarang siapa perlukan siapa?.Rakyat perlukan pemimpin atau pemimpin yg perlukan rakyat.Dulu2 ya..rakyat perlukan pemimpin.Sekarang tidak lagi.Rakyat sudah boleh bertatih,berjalan dan berlari malahan pecutan rakyat ada yg lebih laju dari larian pemimpin yg ada.Beringatlah..kalau suka menipu rakyat,maka dalam PRU, rakyat akan sekolahkan semula para YB yg haprak ini.Ada faham?.

Sekarang pemimpin akan jadi cacing kepanasan.Mencari duit utk ditaburkan kepada rakyat.Tak tabur,rakyat tak undi.Menabur pun rakyat belum tentu memberi undi.Akhirnya rakyatlah raja politik.Kalau kalah dlm PRU,hutang keliling,saing sobat melarikan diri...maka calon YB tadi jadi kera sumbang.Seminggu demam tak kebah.Duit habis banyak,mcm2 dah diberi tapi kalah juga.Ambik kau...

Jangan berlagak dgn rakyat.Sederhanalah dgn rakyat.Kroni2 yg ada tu didik biar jadi beradab dgn org2 kampung.Jgn angkuh dan sombong kelak kerana bencikan kroni dan pengikut rakyat akan protes melalui undi.Rakyat akan memberi undi kepada calon sebelah sana.Kalau nak jadi pemimpin biar bijak memimpin juak2 yg ada sekeliling pinggang.Kalau juak2 tu semuanya hampehhh..jgn harap nak menang.

Hidup sudah lama belum tentu cerdik dan matang.Ijazah berjela2 belum tentu bijaksana.Kalau sekadar lulusan maka itu tidak bererti mereka ilmuan.Org berilmu pasti bijaksana.Org lulusan belum tentu cerdik pandai kerana nak lulus ni mcm2 helah dan tipudaya.Meniru, membeli, merasuah dan mcm2 lagi.Org ilmuan tidak ada lulusan pun akan bijaksana kerana sunnahnya begitu.Junjungan Besar tidak lulus mana2 universiti pun tapi ilmu ALLAH yg ada pada BAGINDA mengatasi mana2 pusat pengajian tinggi terbaik dunia.Belajar la lagi....


No comments:

Post a Comment