Tuesday, February 15, 2011

MENGHINA : Mana lebih mulia antara BATIK dgn RASULULLAH?

Semalam dan hari ini media arus perdana dan mereka yang terlibat dalam politik kecoh mempertikaikan sikap DSAI yang dikatakan menghina batik Malaysia.Org politik mmg tidak terlepas daripada sikap ampu dan mengampu bos masing-masing.Dalam sikapnya cuba menunjukkan sikap konon patriotik terhadap produk negara sebenarnya kalau bukan kerana ada keuntungan tersirat mereka tidak akan membuka mulut pun utk membela maruah negara.

DSAI sebenarnya bercakap sebagai seorang politik.Pasti lengguk bahasanya juga tersirat permainan politik. Sewaktu DSAI dalam UMNO,dialah pemimpin sanjungan seluruh ahli UMNO.Namun kebiasaannya begitu,setelah tidak lagi berkuasa,tidak lagi bersama dalam parti UMNO, maka umpat keji,cacian,hinaan dan perlekeh sudah perkara biasa.Lihatlah apa yang terjadi kepada mantan Tun M.Sehinggakan niat mulia Tun M utk menjadi perwakilan G7 di peringkat bahagian pun ditentang dan dihalang.Mcm2 mehnah dan kerenah diperlakukan terhadap tokok kepimpinan ulung negara.Sehinggakan Tun M bertindak keluar parti.

Apa yg terjadi kepada DSAI lebih teruk kerena DSAI bukan sahaja dipecat malahan dihukum penjara dalam tempoh masa yang lama.Tuduhan bertali arus.Kebetulan pula DSAI memimpin pakatan pembangkang maka suara2 menghentam beliau mesti lebih padu,lebih ampu dan terancang.Kalau boleh biar DSAI itu mati segera.Nasib baik Tun M tidak bersama pembangkang,jika tidak pasti Tun M akan lebih teruk dituduh dgn pelbagai kes.

Cuma penulis cukup sedih kerana kerana kepentingan politik semuanya masing2 menjadi enau,melepaskan pucuk masing semata2 ingin mencari nama dan keuntungan politik.Sikap bodek dan ampu tidak berkesudahan.Sdgkan nada mereka tidak pula bergema bilamana Islam dihina, Islam diperlekeh, hukum hakamnya dipermainkan.Malahan segala sunnah Baginda dipandang jijik.Isu poligami dipersenda dgn mengatakan Baginda itu kaki perempuan,Tiada siapa pun melenting.Sudah ramai pemimpin Melayu bermulut longkang,berhati lembu menghina Baginda Nabi sesuka hati.Ada pemimpin politik bangkit membela atau membuat laporan polis?.Kalau ada pun sekadar melepaskan batuk di tangga.Lepas tu lenyap tak berpenghujung.

Kalau ada sesiapa menghina pemimpin,pasti muncullah dedalu politik, ahli politik sampah mendesak org itu dan org ni melepaskan jawatan.Ada yg sudah lama gila talak utk bersama UMNO pun bersuara lantang mendesak mcm2 dgn tuduhan macam.Hanya kerana komen2 dan cakapnya dianggap menghina pemimpin negara.

Terfikirkah kita,siapa antara mereka itu,hatta isu batik sekali pun lebih MULIA daripada JUNJUNGAN BESAR Nabi Muhammad ibni Abdullah SAW?...kadang2 kita ni seringkali tersilap membuat pembelaan.Insan yang tidak wajar dihina,diperlekeh dan dipermainkan oleh sesiapa pun tiada siapa berani bangkit membuat bantahan atau membela atau mendesak org itu letak jawatan atau dihukum penjara atau yg setimpal.

Ini tidak,bila ada terdengar manusia kecil yg seakan2 menghina pemimpin besar,terus muncul suara2 berharga 5 sen mula mendesak supaya letak jawatan,dituduhnya mcm2 dan pelbagai penghinaan lagi.Mulia sungguh pemimpin negara ini berbanding taraf NABI SAW.

Nak berpolitik pun berpada2 lah.Tidak ada makna kita melalak membela insan2 yg secara jelas tidak mengamalkan tatacara hidup yang Nabi anjurkan.Kalau sekadar komen2 ikhlas,pendapat jujur demi kebaikan bersama,usalah terlajak pulak kita membela.Kalau sokong membawa rebah baik tak payah.Diam itu lebih baik.Lebih selamat daripada org lain melihat kita sebenarnya terlalu dangkal politik.Kita suka memandang selapis dalam isu politik.Org politik tidak pernah bercakap lurus melain berlapis maksudnya.Politik itu perlu seni jika tidak malang la ahli politik yg sedemikian.TGNA membawa dua watak dalam perjalanan hidupnya.Satu watak ahli politik,satu watak lagi seorang TOK GURU.

Bila TOK GURU memberi komen2 politik mula la banding taraf tokguru dgn kelicikan politiknya.Sdgkan dalam waktu yang sama kita mmg lupa ramai lagi manusia yg lebih teruk dari tokguru yang senjaga mempersenda sunnah Nabi,ada kita peduli?.Buat tak tau jer sbb yg bercakap itu pemimpin yang berkuasa.

Jangan bersyirik la.Nabi itu manusia pilihan Allah.Siapa Allah itu?.Kalau Nabi itu pilihan DIA maka kita ni yang sah2 perlukan SYAFAAT baginda di Yaumul Mahsyar kelak semestinya sentiasa ISTIQAMAH mempertahankan Islam dan sunnah baginda.Tidak kira siapa pun mereka,jika menghina baginda wajar berhenti jadi pemimpin...tiada dolak daliknya lagi.


No comments:

Post a Comment