Saturday, February 26, 2011

PRK KERDAU & MERLIMAU : Perang pun bermula...

Hari ini penamaan calon utk PRK DUN Kerdau dan Merlimau selesaikan diadakan.Kedua-dua DUN memperlihatkan pertandingan dua penjuru antara BN dengan PAS. Dan kedua-dua DUN tersebut adalah kubu kuat UMNO/BN.Tekanan lebih kepada UMNO/BN.Majoriti undi perlu dipertahankan di samping peningkatan undi baru.Kewajaran ini perlu di saat PRU13 makin menjelang.

Seperti dikatakan tekanan lebih terasa di pihak UMNO/BN kerana  DUN berkenaan kubu kuat dan milik mereka sebelum ini.Jika sebaliknya berlaku maka maruah BN akan tercalar.Undi bukan Melayu masih tidak memihak kepada BN jika merujuk kepada statistik PRK DUN Tenang.Ketiga-tiga peti undi bukan Melayu di DUN Tenang memihak kepada PAS.

DUN Merlimau dan Kerdau persaingan lebih dirasakan kerana kedua2 negeri terlibat iaitu Pahang dan Melaka diwarnai pelbagai isu dan permasalahan dalaman kepimpinan UMNO/BN di negeri tersebut.Soal ketandusan calon seperti mana dimainkan UMNO itu cuma perang psikologi utk peperangan politik.Masing-masing cuba mempengaruhi pengundi.

Penyokong sewaktu perarakan penamaan calob boleh dikatakan sama tara,seimbang dan sama kuat namun jumpa penyokong yang hadir ke pusat penamaan calon bukan satu penanda aras yg boleh dijadikan pemutus utk hari pengundian sebenar.Kehadiran penyokong yang ramai itu sebenarnya kehadiran dari pelbagai pelosok dan ceruk negeri serta negara.Bukan pengundi tempatan yg berdaftar di DUN berkenaan.Cuma sokongan moral sebegitu memberi satu lonjakan semangat utk calon2 yg bertanding.

Kelebihan pasti memihak kepada calon kerajaan kerana mereka punya segala kelebihan,kemudahan, kuasa dan keputusan utk melaksanakan semua program dan perancangan.Berbanding dgn pihak pembangkang yang serba kekurangan maka dari aspek ini satu faktor yg agak membebankan utk calon dari pembangkang utk bersaing secara adil.Namun keupayaan mereka tidak boleh dipandang ringan.

Dalam situasi dan suasana yg bergolak di teluk memungkinkan 'swing undi' boleh berlaku.Peristiwa yang berlaku di luar sana mungkin boleh mempengaruhi para pengundi utk bersimpati dengan pembangkang.Negara-negara Teluk semakin semarak.Semua rakyat di Asia Barat mula bangkit menentang kerajaan yg ada dan ingin perubahan kepimpinan atau reformasi kuasa dilakukan segara.Kebangkitan rakyat ini akan membuatkan negara2 jiran Teluk dan di rantau Asia akan merasa tempiasnya.

Buat calon2 di DUN KERDAU dan MERLIMAU.Selamat bertanding.Jika terpilih berkerjalah sejujur dan seikhlas mungkin.Jangan terlalu banyak menanam tebu di bibir mulut.Jangan diikuti sikap dan perangai pemimpin yang sedia ada terutama kaki temberang rakyat.Bina kekuatan dan kredibiliti unggul demi parti dan agama tercinta.

Pengundi hari ini cukup bijak membuat analisa dan pilihan.Jgn memandang rendah keupayaan pemikiran dan keputusan pengundi.Mereka hari ini mempunyai anak2 yg berpendidikan tinggi,keputusan undi mereka PASTI sedikit sebanyak dipengaruhi kuasa politik dari anak2 mereka.Belum tentu ayah atau ibu yg menjadi penyokong UMNO/BN akan terus menyokong BN begitu juga ayah atau ibu yg menyokong PAS akan terus menyokong PAS.Dunia sudah banyak berubah.Corak pemikiran generasi muda makin kritikal dan klinikal.

Maklumat senuanya di hujung jari.Ledakan teknologi maklumat banyak membantu genarsi muda dan warga emas utk menerima limpahan berita terkini cukup pantas.Cakap2 dari mulut ke mulut juga menjadi media sampingan utk mereka mendapatkan maklumat.

Gunakan hak mengundi anda sepenuhnya dan sebijaksana yg mungkin terutama kepada semua pengundi di DUN Merlimau dan Kerdau pada 6 MAC nanti.Selamat mengundi.


No comments:

Post a Comment