Saturday, February 12, 2011

MESIR : Berakhir suatu penderitaan rakyat,legasi HOSNI musnah di tengah jalan

Semalam satu detik keramat buat rakyat Mesir.Naib Presiden Mesir ,Omar Suleiman mengumumkan perletakan jawatan Presiden Mesir dah tampuk kuasa setelah 30 tahun berpura2 membela rakyat.Itulah akibatnya bila beranggapan rakyat itu bodoh atau mudah ditipu.Seorg rakyat mudah dimusnahkan tetapi bila mereka bersatu dunia pun musnah.

Derita rakyat Mesir sudah terlalu lama.Kepimpinan Mesir hanya tahu kumpul dan bolot harta.Kekayaan hanya berkisar di kalangam mereka sahaja.Mentang2 la Mesir itu lubuk org beragama merekai ingat org agam ni tak makan tak minum ker?.Mereka fikir rakyat yang arif agama mampu sabar sampai mati?.

Keadaan di Mesir TIDAK MUSTAHIL akan merebak ke seluruh dunia terutama  ke negara2 yg mempunyai pemimpin bodoh sombong. Terlalu banyak negara yg pemimpinnya asyik berhubung mcmana cara nak kikis kekayaan negara.Mcmana cara nak bawa lari kekayaan yg terkumpul.Bank Swiss pun dah tak selamat..rahsia boleh tiris.Dulu2 ya..

Pemimpin yg prihatin tidak akan membiarkan rakyat berarak di jalan2 raya baru nak sedar,baru nak insaf.Itu sudah terlambat.Sedgkan cara paling senang,penuhi keperluaan rakyat, ambil tindakan keluahan rakyat, beri khidmat yg terbaik utk rakyat, sediakan kemudahan dan kebajikan terbaik utk rakyat BUKANnya perasan sudah beri yg terbaik.Itu perasan,perasan itu maksudnya BOHONG rakyat.Rakya ni sesekali ditipu boleh la,dan mereka akan yakin bila kerajaan memberi hujah rasional namun sampai bila?

Setelah pembangkang membawa isu dan memberi hujah serta bukti,apakah kerajaan masih berdegil nak nafikan?.Apa yg terjadi di TUNISIA dan MESIR adalah bukti kebobrokan dan ketololan pemimpin yg berkuasa.Akhirnya nama baik mereka, maruah mereka,kehidupan mereka sudah di ambang kemusnahan.Lari la ke penjuru dunia mana pun,rakyat akan bersusaha utk luputkan saki baki yang ada kaitan dgn bekas pemimpin tersebut.

Malaysia pun sudah memperlihatkan unsur2 rakyatakan bangkit menentang kerajaan yg korup.Jika kerajaan bermain dgn perasaan rakyat,kerajaan sesuka hati membuatkan rasa menahan perasaan, sekali meletup..pasti kerajaan yg ada akan tumbang juga.Berhati2 la.Prihatin la dgn kritikan dan teguran rakyat.

Mesir sebenarnya lebih miskin dari Malaysia.Rakyatnya cecah 80 juta,negara MESIR bukan tidak kaya,sumber hasil bumi mcm2 ada tapi kekayaan hanya berpusing di kalangan mereka.Rakyat dibiarkan menderita.Hidup segan mati tak mau.Hosni dan regimnya mengawal kekayaan negara puluhan tahun.

Dataran Tahrir menjadi saksi.Mesir dikerumuni oleh ratusan ribu rakyat dan jutaan rakyat di seluruh Mesir menyatakan bantahan.Herannya pasukan keselamatan tidak pula kejam dan bertindak memukul atau menyeksa rakyat yg berarak membantah.Berbeza pulak dgn negara yg mengaku maju,penuh Islamik dan paling demokrasi..rakyat berarak secara aman dihalang,dibuat mcm2 utk elakkan rakyat kemukakan bantahanSebenarnya sikap sedemikian akan hanya membuatkan rakyat seperti bom jangka.Sekali mereka meletup..habis semuanya hancur.

Thailand juga begitu.Selepas baju MERAH berkumpul,baju KUNING pulak ambil alih tunjukkan suara mereka.Pasukan keselamatan hanya mengawal keselamatan awam.Jika mereka yg berarak mula melalukan kerosakan dan kegananasan baru mereka bertindak.Kita?...belum apa2 dah kena mcm2.Rakyat Thailand sampaikan lapangan terbang pun mereka sekat dan kuasai berhari2 lamanya.Kita..nak berjalan secara aman pun dihalang dgn pelbagai alasan.Pemimpin takut dgn bayang2 sendiri.

Pemimpin yg baik akan sering mendengar keluhan rakyat dan akan berusaha dan jelas kelihatan usaha tiu dilakukan bukan hanya cakap2 kosong semata2.Bila rakyat bersuara,menegur,membantah cepatlah buat perubahan atau ambil tindakan bukan hanya sekadar komen "saya tidak heran, saya tidak peduli..." Itu membahayakan masa depan politik negara.

Pemimpin adil,pemimpin disembah, pemimpin jahat wajar disanggah.Kalau setakat sanggah takpe lagi mcmana kalau mati dibunuh seperti bekas Presiden Mesir ,Anwar Sadat, John F Keneddy, Benazir Butho dan lain2.Perkara ini yg perlu dielakkan.Rakyat bila dah terlalu ramai berarak dan membantah sudah sukar dikawal kerenah mereka.Dan mmg tidak terkawal.

Sebelum kemusnahan teruk terjadi,sebelum pihak tertentu menangguk di air keruh baik seiap sedia awal samada letak jawatan atau serah kuasa kepada pihak sepatutnya secara aman.Jgn biarkan rakyat memberontak.Pemimpn dan rakyat mmg tidak dapat dipisahkan namun kalau pemimpin tidak membela rakyat,baik rakyat hidup tanpa pemimpin.Ada pemimpin mcm dukung biasa hidup baik rakyat susah tanpa pemimpin,puas hati.

Pemimpin tanpa rakyat sah2 tidak mampu nak hidup sbb selama ini semuanya terhidang depan mata.Setelah jadi org biasa, harta pun tiasa dirampas rakyat rasanya nak masak air pun tak pandai.Mati mengejut la jadinya.

Kisah di Mesir dan Tunisia menjadi perhatian dunia.Jgn pandang rendah kepada kuasa rakyat.Rakyat boleh membuat tindakan di luar jangka.Apa yg tidak difikir oleh pemimpin itulah yg rakyat bakal lakukan.Skrg sudah tampat episod peralihan kuasa di Mesir,HOSNI yg selama ini disegani rakyat menjadi manusia paling dibenci oleh rakyatnya sendiri.

Semoga keamanan dan harapan rakyat Mesir ditunaikan oleh kepimpinan baru.Hanya rakyat Mesir yg tahu dan faham apa yg terjadi,mengapa mereka guling presiden mereka sendiri.Kalau rakyat Mesir pun sanggup buang presiden sendiri usahlah pemimpin kita nak bela2 HOSNI.

Selamat jalan HOSNI,selamat menjadi rakyat biasa dan menjalani kehidupan biasa2 selepas ini.Bertuabatlah kerana mungkin banyak dosa dgn rakyat selama 30 tahun menjadi pemerintah Mesir.Ada hikmah utk dia merenunginya.Ada masa utk kembali ke pangkal jalan sebelum di hujung nyawa.



No comments:

Post a Comment