Monday, February 28, 2011

PRK : Projek segera senjata pancing undi

Setiap kali berlaku PRK maka mcm2 projek diberikan utk rakyat dalam DUN berkenaan.Tetiba sahaja lambakan projek dilimpahkan dalam DUNyg terlibat dgn PRK itu.Kalau benar semua projek itu sudah lama dibincangkan dalam Parlimen dan di sidang DUN negeri mengapa pulak kawasan bersebelahan atau DUN bersebelahan sunyi sepi dari segala pembangunan atau projek mee segera berkenaan?.

Difahamkan kalau beri projek bernilai ratusan juta maka akan dituduh kerajaan nak beli undi,nak bodek rakyat di DUN berkenaan tapi kalau semua janji yg dilimpahkan itu seperti, dewan,gelanggang futsal dan seumpamanya apakah itu bukan gula2 utk memancing undi ker?.

Kalau benar itu bukan utk pancing undi,apa salahnya semua DUN dalam parlimen tersebut diberi projek yg berkaitan utk kebaikan rakyat setempat.DUN Kerdau dijanjikan mcm2 projek dan pembinaan utk rakyat sedangkan DUN sebelahnya tidak menerima apa berita gembira.Begitu juga DUn Merlimau,saban hari para menteri mengumumkan pelbagai projek dan pembangunan mengikut kementerian masing2.Sdgkan DUN dalam parlimen Jasin yg tidak terlibat PRK tidak ada sebarang khabar gembira dari kerajaan.Adilkah macam tu.Jika begitu..pakah perlu rakyat mendoakan agar ADUN mereka meninggal supaya mereka akan terlibat dgn PRK baru utk dapatkan projek dan limpahan pembangunan segera.

Berkhidmatlah sejujurnya.Jgn hanya berlaku PRK maka utk pancing undi,untuk raih kemenangan, pelbagai projek bernilai jutaan ringgit diumumkan oleh pelbagai kementerian.Bukankah itu semua satu rasuah politik yg dikatakan pembangunan utk rakyat.Menjadikan PRK utk menghalalkan rasuah politik sdgkan selama ADUN lama masih ada,tidak kedengaran pun projek2 itu ingin dilaksanakan.Mmg berpura-pura dan menipu rakyat secara terang.Kalau bukan kerana PRK, pasti penduduk dalam DUN terlibat tidak akan merasa pembangunan yang dijanjikan seperti pembinaan sekolah baru, dewan futsal, dewan orang ramai dan seumpamanya.Pembinaan kuil atau apa2 rumah ibadah juga tidak akan menjadi kenyataan.

Masalahnya yg sering terjadi,bila PRK berlalu dan kemenangan menjadi milik parti berkenaan maka semua janji,semua projek yg dijanjikan tetiba lenyap.Kalau sedang dibina pun tetiba menjadi projek terbengkalai.Kalau siap pun ambil masa yang teramat lama tidak seperti yg dijanjikan sewaktu kempen.Sudahnya rakyat yang sering ditipu dan dipermainkan sesuka hati.Rakyat pula walaupun sudah puluhan kali dipermainkan begitu masih tidak serik2.Nak juga percaya,nak juga yakin bahawa apa yang dijanjikan itu benar2 akan menjadi kenyataan.

Selalunya menanam tebu di bibir mulut sahaja yang sering tejadi.Manisnya cukup terasa tapi hanya di alam angan2 sahaja.Pada hakikatnya jauh panggang dari api.Rakyat selalu ditindas dgn janji2 manis.Kalau benar semua jaji pembangunan seperti yg dilakukan pada setiap kali PRK@PRU berlaku, rasanya dah lama Malaysia ini menjadi negara maju tak perlu tunggu sehingga tahun 2020.

Sunday, February 27, 2011

AHLI KELUAR PARTI...

Setiap kali muncul musim PRK atau PRU akan kecurlah di media massa isu ahli parti pembangkang meninggalkan parti mereka.Selalunya ahli2 tersebut akan menyertai parti UMNO/BN.Seingat saya sudah beratus kali ahli parti pembangkang keluar parti.Kalau ikutkan data2 tersebut rasanya sudah lama parti pembangkang gulung tikar kerana semua ahlinya keluar parti.Namun kekuatan parti pembangkang masih terus mengancam kuasa UMNO/BN.

Sejak lama dahulu media massa tidak pernah menyiarkan berita berkaitan ahli UMNO/BN keluar parti.Apakah UMNO dan sekutunya menerima ahli baru sahaja dan tidak pernah ada ahli2 mereka yang keluar parti?.Rasanya hebahan ahli pembangkang keluar parti sekadar propaganda utk menyedapkan jiwa UMNO/BN semata2 sdgkan hakikatnya tidak begitu.

Sebenarnya provokasi ini sudah tidak mampu lagi utk digunakan sebagai senjata untuk melemahkan pakatan pembangkang kerana situasi sudah berubah.Makin kerajaan membuat siaran ahli parti pembangkang keluar parti lagi ramai org lain yg benci dan menjauhi UMNO/BN.Kemasukan org ramai secara senyap2 dlm parti pembangkang lebih ramai daripada yang keluar parti.Jgn senjata makan tuah sudahla.

Dan musim PRK@PRU lah kerajaan akan lancarkan mcm2 projek,membuat pecah tanah, menjanjikan pembinaan sekolah baru, menyelesaikan semua masalah rakyat, membuat lawatan ke kawasan pedalaman dan mcm2 lagi.Kalau mcm tu diharapkan wakil rakyat kerajaan ramai lagi la yg meninggal dunia jika dgn cara itu baru kerajaan hendak mendahulukan rakyat.Membantu menyelesaikan semua permasalahan yang dihadapi rakyat.

Setiap kali ada PRK maka segala projek dilambakkan di kawasan berkenaan.Semua menteri akan turun dan mengumumkan semua program utk membantu rakyat,Sdgkan selama ni menteri tidak pernah jenguk,tidak pernah turun,tidak pernah nak melawat rumah2 org kampung di pedalaman.

Modal kempen ialah pembangkang tidak mampu tunai janji,hanya pandai berjanji.Memang betul pembangkang tidak mampu tunai janji.Mereka berkempen utk mencapai kemenangan mutlak supaya mereka berkuasa di peringkat pusat.Masa tu nanti baru kita boleh ukur apakah pembangkang mampu menunaikan semua janji,andai mereka masih sebagai pembangkang mmg mereka tidak mampu utk membuat apa2 pembangunan.Sumber kewangan terhad.Jika UMNO/BN menjadi pembangkang di peringkat pusat maka mereka juga akan hanya boleh berjanji dan menabur janji sahaja.

Sikap dan pendekatan berbelit memanipulasi fakta dan hakikat sebegini,rakyat sudah faham.Rakyat faham bahawa pembangkang memang tidak mampu tunai apa2 yg dijanjikan namun kalau kerajaan juga asyik menipu rakyat, semua barang asyik naik, kebajikan rakyat diberi perhatian sambil lewa maka tidak mustahil kerajaan yg ada akan tersingkir.

Kerajaan perlu peka dan membuka mata kerana situasi dan keadaan semasa makin rumit dan kronik kerana di negara Timur Tengah,bantahan rakyat berlaku di mana2.Sudah beberapa negara, pemerintah mereka tumbang akibat demonstrasi rakyat.Jika kerajaan beranggap kedudukan mereka kukuh dan selamat itu satu kesilapan kerana perubahan boleh berlaku sekelip mata.Dalam keadaan hening dan tenang jgn disangka keheningan itu tidak mencetuskan ribut secara tiba2.Buaya di air tenang adalah buaya yg amat2 bahaya dan ganas.

Kalau benar rakyat didahulukan pencapaian diutama maka pasti itu slogan itu benar2 sampai dan diterjemahkan.Bukannya sekadar retorik utk mengekalkan kuasa.PRU13 makin hari makin hangat dibincangkan.Jika ada isu2 berbangkit dan boleh meruntuhkan kuasa kerajaan,maka kerajaan perlu berwaspada.Sikap senyap blogger pro pembangkang, sikap offensif yang diamalkan pakatan pembangkang sekarang mungkin taktikal mereka.Mereka tidak menegur kelemahan dan kesilapan yg kerajaan lakukan kerana mereka ingin gunakan sebagai senjata kempen masa PRU nanti.Mungkin dalam fail mereka bertimbun bukti2 utk mereka dedahkan waktu kempen PRU nanti

Pendekatan yang diambil pembangkang ini sebenarnya akan membuatkan nadi dan jantung UMNO/BN boleh berhenti mengejut.Kerajaan perlu berhati,perlu prihatin dgn semua isu yg melibatkan rakyat,perilaku menteri dan pemimpin perlu dijaga kerana semuanya ini akan menjadi senjata makan tuan..

Ahad,KL,27 Februari 2022


Saturday, February 26, 2011

PRK KERDAU & MERLIMAU : Perang pun bermula...

Hari ini penamaan calon utk PRK DUN Kerdau dan Merlimau selesaikan diadakan.Kedua-dua DUN memperlihatkan pertandingan dua penjuru antara BN dengan PAS. Dan kedua-dua DUN tersebut adalah kubu kuat UMNO/BN.Tekanan lebih kepada UMNO/BN.Majoriti undi perlu dipertahankan di samping peningkatan undi baru.Kewajaran ini perlu di saat PRU13 makin menjelang.

Seperti dikatakan tekanan lebih terasa di pihak UMNO/BN kerana  DUN berkenaan kubu kuat dan milik mereka sebelum ini.Jika sebaliknya berlaku maka maruah BN akan tercalar.Undi bukan Melayu masih tidak memihak kepada BN jika merujuk kepada statistik PRK DUN Tenang.Ketiga-tiga peti undi bukan Melayu di DUN Tenang memihak kepada PAS.

DUN Merlimau dan Kerdau persaingan lebih dirasakan kerana kedua2 negeri terlibat iaitu Pahang dan Melaka diwarnai pelbagai isu dan permasalahan dalaman kepimpinan UMNO/BN di negeri tersebut.Soal ketandusan calon seperti mana dimainkan UMNO itu cuma perang psikologi utk peperangan politik.Masing-masing cuba mempengaruhi pengundi.

Penyokong sewaktu perarakan penamaan calob boleh dikatakan sama tara,seimbang dan sama kuat namun jumpa penyokong yang hadir ke pusat penamaan calon bukan satu penanda aras yg boleh dijadikan pemutus utk hari pengundian sebenar.Kehadiran penyokong yang ramai itu sebenarnya kehadiran dari pelbagai pelosok dan ceruk negeri serta negara.Bukan pengundi tempatan yg berdaftar di DUN berkenaan.Cuma sokongan moral sebegitu memberi satu lonjakan semangat utk calon2 yg bertanding.

Kelebihan pasti memihak kepada calon kerajaan kerana mereka punya segala kelebihan,kemudahan, kuasa dan keputusan utk melaksanakan semua program dan perancangan.Berbanding dgn pihak pembangkang yang serba kekurangan maka dari aspek ini satu faktor yg agak membebankan utk calon dari pembangkang utk bersaing secara adil.Namun keupayaan mereka tidak boleh dipandang ringan.

Dalam situasi dan suasana yg bergolak di teluk memungkinkan 'swing undi' boleh berlaku.Peristiwa yang berlaku di luar sana mungkin boleh mempengaruhi para pengundi utk bersimpati dengan pembangkang.Negara-negara Teluk semakin semarak.Semua rakyat di Asia Barat mula bangkit menentang kerajaan yg ada dan ingin perubahan kepimpinan atau reformasi kuasa dilakukan segara.Kebangkitan rakyat ini akan membuatkan negara2 jiran Teluk dan di rantau Asia akan merasa tempiasnya.

Buat calon2 di DUN KERDAU dan MERLIMAU.Selamat bertanding.Jika terpilih berkerjalah sejujur dan seikhlas mungkin.Jangan terlalu banyak menanam tebu di bibir mulut.Jangan diikuti sikap dan perangai pemimpin yang sedia ada terutama kaki temberang rakyat.Bina kekuatan dan kredibiliti unggul demi parti dan agama tercinta.

Pengundi hari ini cukup bijak membuat analisa dan pilihan.Jgn memandang rendah keupayaan pemikiran dan keputusan pengundi.Mereka hari ini mempunyai anak2 yg berpendidikan tinggi,keputusan undi mereka PASTI sedikit sebanyak dipengaruhi kuasa politik dari anak2 mereka.Belum tentu ayah atau ibu yg menjadi penyokong UMNO/BN akan terus menyokong BN begitu juga ayah atau ibu yg menyokong PAS akan terus menyokong PAS.Dunia sudah banyak berubah.Corak pemikiran generasi muda makin kritikal dan klinikal.

Maklumat senuanya di hujung jari.Ledakan teknologi maklumat banyak membantu genarsi muda dan warga emas utk menerima limpahan berita terkini cukup pantas.Cakap2 dari mulut ke mulut juga menjadi media sampingan utk mereka mendapatkan maklumat.

Gunakan hak mengundi anda sepenuhnya dan sebijaksana yg mungkin terutama kepada semua pengundi di DUN Merlimau dan Kerdau pada 6 MAC nanti.Selamat mengundi.


Sunday, February 20, 2011

KUBAH MASJID : Mengapa Hijau? Dan mengapa Biru?...

Rata2 kita melihat,mana2 negeri di bawah kuasa BN,kubah masjid mesti berwarna biru.Manakala negeri di bawah Pakatan Pembangkang pula kubah masjid dicar hijau.Bukan menjadi satu kesalahan pun.Namun kedua2 warna itu adalah warna bendera BN dan warna PAS.

Masjid di luar negara mmg tidak menjadi isu pun dgn warna Biru atau Hijau ini.Di Turki, sebuah masjid yang terkenal ialah Masjid Biru.Semua kubahnya berwarna biru.Itu tidak menjadi kesalahan atau apa2 isu sbb di sana bukan melambangkan warna parti Pas atau BN.Di Madinah, Masjid Nabi pun kubahnya berwarna hijau.Itupun tidak menjadi isu sebab BN dan PAS tidak menjadi parti politik opposisi di sana.

Berbalik kepada Malaysia.Warna Hijau aalah sinonim dgn PAS manakal Biru pula sinonim dgn BN.Jika kubah2 masjid diwarnakan dgn warna di atas sedikit sebanyak ia akan memberi tempias kepada kedua-dua penyokong parti berkenaan.

Apa salahnya jika semua kubah masjid di negara ini disyaratkan tidak boleh diwarnakan dengan warna HIJAU atau BIRU.Warna yang dibenarkan hanyalah WARNA KUNING EMAS sahaja.Itu jalan terbaik.Ada manusia fobia dgn warna biru atau hijau.Bagi mereka yang memang tidak taksub dgn warna maka isu warna kubah masjid ini bukan satu perkara besar namun bagi ahli yang 'tidak sekolah',warna2 di atas menjadi garis pemisah utk mereka ke masjid.

Kedua2 pemimpin parti politik berkenaan perlu merenung perkara ini jika benar mereka berpolitik adalah utk kesejahteraan,politik perdamaian atau mengamalkan politik muafakat maka warna2 kubah masjida dalam negeri 'jajahan' mereka tidak menggunakan warna yang boleh merujuk kepada warna bendera parti tertentu.

Apa untung jika mengamalkan politik pecah dan perintah kerana dalam negeri kuasa BN atau negeri kuasa PR,pasti ada ahli parti berlainan.Tidak ada salahnya utk tidak melibatkan masjid dengan sebarang kaitan politik.Kalau isu warna kubah boleh mencetuskan rasa jauh hati umat Islam dgn masjid,apa salahnya kubah tersebut diwarnakan dengan warna selain hijau atau biru?.Warna kuning emas itu lebih sederhana dan tidak menjurus kepada mana2 parti politik.

Bertindak la sebelum keadaan menjadi parah..bijaksanalah mengurus politik...


Tuesday, February 15, 2011

MENGHINA : Mana lebih mulia antara BATIK dgn RASULULLAH?

Semalam dan hari ini media arus perdana dan mereka yang terlibat dalam politik kecoh mempertikaikan sikap DSAI yang dikatakan menghina batik Malaysia.Org politik mmg tidak terlepas daripada sikap ampu dan mengampu bos masing-masing.Dalam sikapnya cuba menunjukkan sikap konon patriotik terhadap produk negara sebenarnya kalau bukan kerana ada keuntungan tersirat mereka tidak akan membuka mulut pun utk membela maruah negara.

DSAI sebenarnya bercakap sebagai seorang politik.Pasti lengguk bahasanya juga tersirat permainan politik. Sewaktu DSAI dalam UMNO,dialah pemimpin sanjungan seluruh ahli UMNO.Namun kebiasaannya begitu,setelah tidak lagi berkuasa,tidak lagi bersama dalam parti UMNO, maka umpat keji,cacian,hinaan dan perlekeh sudah perkara biasa.Lihatlah apa yang terjadi kepada mantan Tun M.Sehinggakan niat mulia Tun M utk menjadi perwakilan G7 di peringkat bahagian pun ditentang dan dihalang.Mcm2 mehnah dan kerenah diperlakukan terhadap tokok kepimpinan ulung negara.Sehinggakan Tun M bertindak keluar parti.

Apa yg terjadi kepada DSAI lebih teruk kerena DSAI bukan sahaja dipecat malahan dihukum penjara dalam tempoh masa yang lama.Tuduhan bertali arus.Kebetulan pula DSAI memimpin pakatan pembangkang maka suara2 menghentam beliau mesti lebih padu,lebih ampu dan terancang.Kalau boleh biar DSAI itu mati segera.Nasib baik Tun M tidak bersama pembangkang,jika tidak pasti Tun M akan lebih teruk dituduh dgn pelbagai kes.

Cuma penulis cukup sedih kerana kerana kepentingan politik semuanya masing2 menjadi enau,melepaskan pucuk masing semata2 ingin mencari nama dan keuntungan politik.Sikap bodek dan ampu tidak berkesudahan.Sdgkan nada mereka tidak pula bergema bilamana Islam dihina, Islam diperlekeh, hukum hakamnya dipermainkan.Malahan segala sunnah Baginda dipandang jijik.Isu poligami dipersenda dgn mengatakan Baginda itu kaki perempuan,Tiada siapa pun melenting.Sudah ramai pemimpin Melayu bermulut longkang,berhati lembu menghina Baginda Nabi sesuka hati.Ada pemimpin politik bangkit membela atau membuat laporan polis?.Kalau ada pun sekadar melepaskan batuk di tangga.Lepas tu lenyap tak berpenghujung.

Kalau ada sesiapa menghina pemimpin,pasti muncullah dedalu politik, ahli politik sampah mendesak org itu dan org ni melepaskan jawatan.Ada yg sudah lama gila talak utk bersama UMNO pun bersuara lantang mendesak mcm2 dgn tuduhan macam.Hanya kerana komen2 dan cakapnya dianggap menghina pemimpin negara.

Terfikirkah kita,siapa antara mereka itu,hatta isu batik sekali pun lebih MULIA daripada JUNJUNGAN BESAR Nabi Muhammad ibni Abdullah SAW?...kadang2 kita ni seringkali tersilap membuat pembelaan.Insan yang tidak wajar dihina,diperlekeh dan dipermainkan oleh sesiapa pun tiada siapa berani bangkit membuat bantahan atau membela atau mendesak org itu letak jawatan atau dihukum penjara atau yg setimpal.

Ini tidak,bila ada terdengar manusia kecil yg seakan2 menghina pemimpin besar,terus muncul suara2 berharga 5 sen mula mendesak supaya letak jawatan,dituduhnya mcm2 dan pelbagai penghinaan lagi.Mulia sungguh pemimpin negara ini berbanding taraf NABI SAW.

Nak berpolitik pun berpada2 lah.Tidak ada makna kita melalak membela insan2 yg secara jelas tidak mengamalkan tatacara hidup yang Nabi anjurkan.Kalau sekadar komen2 ikhlas,pendapat jujur demi kebaikan bersama,usalah terlajak pulak kita membela.Kalau sokong membawa rebah baik tak payah.Diam itu lebih baik.Lebih selamat daripada org lain melihat kita sebenarnya terlalu dangkal politik.Kita suka memandang selapis dalam isu politik.Org politik tidak pernah bercakap lurus melain berlapis maksudnya.Politik itu perlu seni jika tidak malang la ahli politik yg sedemikian.TGNA membawa dua watak dalam perjalanan hidupnya.Satu watak ahli politik,satu watak lagi seorang TOK GURU.

Bila TOK GURU memberi komen2 politik mula la banding taraf tokguru dgn kelicikan politiknya.Sdgkan dalam waktu yang sama kita mmg lupa ramai lagi manusia yg lebih teruk dari tokguru yang senjaga mempersenda sunnah Nabi,ada kita peduli?.Buat tak tau jer sbb yg bercakap itu pemimpin yang berkuasa.

Jangan bersyirik la.Nabi itu manusia pilihan Allah.Siapa Allah itu?.Kalau Nabi itu pilihan DIA maka kita ni yang sah2 perlukan SYAFAAT baginda di Yaumul Mahsyar kelak semestinya sentiasa ISTIQAMAH mempertahankan Islam dan sunnah baginda.Tidak kira siapa pun mereka,jika menghina baginda wajar berhenti jadi pemimpin...tiada dolak daliknya lagi.


Sunday, February 13, 2011

HAK KITA : Hak Melayu mesti dipertahankan jika bukan Melayu dah naik junjung...

ANDAI bangsa lain mula rakus berkuasa,tamak haloba,bangsa mereka boleh apa sahaj,bangsa kita terkapai2,terkebil2 biji mata mana boleh begitu?.Kalau berjuang melalui agama dgn meminggirkan hak bangsa sendiri yg jelas beragama Islam tidak boleh juga.Kalau berjuang atas nama bangsa dgn mengabaikan faktor agama,lagi tidakboleh.Maka sederhana itu yg terbaik.Sunnahnya begitu.Agama kita junjung,bangsa pula kita kasi untung.

Setuju dgn mantan PM,Tun. M,katanya Melayu ni terlalu malu aloh,bila malu akan kalah.Malu tidak bertempat.Kepala dipijak2 pun masih biar.Mana maruah kita selaku 'tuan tanah' ini?.Negara ini asalnya Tanah Melayu, bila didesak,diminta kita tukar kepada Malaya, lepas tu bangsa lain nak kasi majmuk sikit sbb katanya mereka juga tumpang sekaki utk tuntut merdeka maka kita tukar lagi menjadi  MALAYSIA.Lepas ni apa lagi mereka [ bangsa bertamu ] nak tuntut?.Silap2 negara ni mereka kata milik mereka,Melayu itu yg menjadi bangsa bertamu..kalau itu pun mereka buat,nak mati muda la tu.

Saban hari, kalai Melayu yg melampau,penjara mandatori penutup mulut.Pejuang bangsa selalu begitu.Bersuara utk kebaikan bangsanya pasti dicemburu.Bangsa bertamu mencarut, lucah dan macam2 mengutuk tanahair ini kita biarkan.Hukuman utk pengajaran habuk pun tiada.PESANAN saya : "Jangan terlalu takut kehilangan undi,jgn terlalu takut hilang populariti maka kita lama2 merempat di bumi sendiri ".Biar kita kalah asal bangsa kita org malu aloh,bukanya kita ni seperti melukut di tepi gantang, sedangkan MALAYSIA ini adalah milik kita,nama asalnya pun TANAH MELAYU.

Arwahyarham En.Aminuddin Baki pernah melafazkan kata ' jangan jadi seperti itik di air mati kehausan, ayam di kepuk mati kelaparan ". Apa maknya tu?.Hanya jauhari yang mengenal manikam.Semakin hari semakin melampau mereka bangsa bertamu tu.Kitani tuam rumah,dtg bertandang,kita jadikan adik beradik,kita jadikan saudara kita akhirnya kepala kita mereka nak ketuk main2..pantang manut sebelum ajal.Pantang mak nenek kita kalau org hina kita dalam rumah kita.

Melayu harus dan wajib bangkit utk pertahankan hak kita.Hak kita ialah negara ni mmg milik MUTLAK kita.Asalnya kita yg perintah.Kesultanan Melaka menjadi kisah dan sejarah.Kita yang menjadi pengarah, kita yang memerintah.Depa datang selepas British menjajah.Datang utk bekerja,lepas tu jadi warga negara..apakah mereka lupa?atau sengaja buat2 lupa?

Pemimpin Melayu baik PAS,UMNO dan PKR ikhaskanlah kalau berjuang.Satu pihak guna agama, satu pihak guna bangsa, satu pihak entah apa2..akhirnya depa yg dtg bertamu di negara kita sudah besar kepala.Islam dipergunakan sesuka hati.Kalau Islam itu mulia,kalau Islam itu bijaksana,kalau Islam itu selamat mengapa pemimpin PAS menjadi pemecahbelah pula?Mengapa mereka juga tidak benar2 berjuang seperti yang disunnahkannya?.Begitu juga UMNO,kalau bangsa itu wajar dipertahankan,kalau benar bangsa itu perlu dibela,kalau benar bangsa itu banyak istimewa mengapa 50 tahun berkuasa Melayu di takuk lama?.Mengapa Melayu merempat di negaranya?Mengapa Melayu yang diperguna? PKR itu katanya penimbangtara antara PAS dan UMNO.Nampak gaya PKR hanyut sama.Haluan berbalam, matlamat entah kemana.Islam pun tidak,bangsa pun tidak.Dah tu..apa dia?..

Melayu makin terpinggir dek pemimpin hanya pentingkan diri.Kalau benar pemimpin bersifat pembela takkan bangsa lain berani angkat muka.Kalau pemimpin wakil rakyat sejati takkan Melayu miskin sampai mati.Menjadia kaya dan mewah gila2 hanya pemimpin sahaja. Parti PAS,UMNO,PKR lebih kurang sama.Semuanya melawak belako.Berpuluh tahun berkuasa..bangsa lain yang mewah bergaya.

Sedih kalau keris di tangan kita dirampas orang,sedih kalau bulan diteroka org, sedih kalaulebam2 di mata.Berjuang utk kelompok cuma.Agenda bangsa hanya silap mata.Beraja di mati bersultan di hati.Goloh bermata dua.Di depan Melayu kononnya membela di belakang Melayu mencaci mencerca.

Entah apa bangsa pemimpin mcm tu.PRU akan datang 'bunuh' semua.Kasi ruang dan peluang org lain pula.Asalkan yg bertanding itu baru2 belako,kasi la mereka tunjuk bakti pula,kalau yang lama entah apa2,buat apa diberi muka?

Melayu makin terhimpit, Selipar pun jadi milik Jepun, nasi goreng pun dah nama Cina. Hanya yang tinggal Baju Melayu dan Keretapi Tanah Melayu sahaja..selainnya dah habis nama.Melayu terlalu pemurah.Org luar dibela diperkaya,bangsa sendiri mati kelaparan.Melayu yang benci Melayu.Pemimpin Melayu yang tipu Melayu.

Masa berkuasa tidak buat apa2,bila dan pencen macam2 kata.Itu tak betul,ini tak betul.Masa ada kuasa mereka buat apa?Nampak sangat menipu rakyat.Nampak sangat muka ketat,harta ditimbun utk rakan2 terdekat,saudara rapat.Pihak jauh2 apa pun tak dapat.Memang dasar bangsat.Patutlah mati selalu dikerat2 rupanya marah rakyat keretapi pun dilipat2.

Bangsa bermaruah bila hak miliknya,keistimewannya, kebajikanannya, di bumi sendiri terjaga terbela.Kalau menjadi pengemis di tanahair sendiri..tu apa maknanya?.Buat malu kalau jadi pemimpin tak tau buat apa.Kalau sekadar tambah isteri tambah kereta, tambah harta, tambah tembam,tambah gemuk..baik la jadi hamba.Muka tak malu.Telan duit rakyat berjuta2,rampas tanah rakyat berjela2, kebajikan rakyat buat buta selamanya.

Wahai pemimpin..sedarlah bangsamu sedang dilanyak kiri dan kanan.Jgn percaya cakap pencacai dan juak2 di kelilingnya.Itu semua tali barut belaka.Kenyang perut,tidur lena mereka peduli apa?.Jgn jadi LAMSAH dan kuncu2nya dalam kisah Pasir Salak.Turun ke bawah,lihat sendiri,turun ke bawah cari yang pasti.Balik pejabat rangka la pelan utk pertiwi bukannya berkot,bertai, berkereta mewah utn bersantai.Nanti PRU saja je kena 'bantai'.Padan muka.

Rakyat sering ditipu pemimpin sebangsa.Cakap tidak serupa bikin.Macam2 slogan direka dicipta.Itu cuma penyedap halwa telinga,sebaliknya pi mai pi mai tang tu juga.Mcm2 didahulukan,mcm2 diutamakan.Rakyat mana yg didahulukan?Rakyat mana yang diutamakan?Melayu ke bangsa bertamu tu?.

Melayu oh Melayu!!!!.

Saturday, February 12, 2011

SEBELUM KAYA...SEBELUM MENJADI PEMIMPIN

Ramai manusia boleh hidup dalam kemiskinan tetapi hanya sedikit yang mampu mengurus kekayaan.Setelah mereka kaya mcm2 kerenah dan tabiat buruk akan mula ditonjolkan. Seseorang yang hidup dalam keadaan serba sederhana mampu utk mengurus hidup menepati kehendak Islam namun setelah harta melimpah ruah mula la mereka lupakan Allah,lupa utk melunaskan tuntutan dan suruhan Allah.

Kesibukan mengurus harta lebih penting daripada berhenti sejenak utk menunaikan solat dan seumpamanya.Bermesyuarat berjam2 lama sehingga waktu solat terlepas begitu sahaja tanpa sebarang rasa bersalah.'Time' utk bertemu pelanggan atau pihak tertentu lebih penting,lebih dititikberatkan berbanding time utk 'bertemu dan bermunajat' dgn Allah.

Seseorg pemimpin sebelum bergelar pemimpin nampak elok dan cukup berwibawa utk diberi tanggungjawab sebagai YB.Namun sebaik disahkan menjadi ADUN atau MP,sekelip mata mereka berubah.Daripada asalnya serba sederhana,hidup sekadar ada dan tidak begitu tamak dunia tetiba bertukar watak.Idealisme perjuangan hilang entah kemana.Kereta mula mewah, rumah bertukar baru,rumah lama dibaikpulih dari setingkat menjadi bertingkat, penampilan juga sudah berubah,dulu mudah didekati sekarang terlalu sukar utk ditemui.Sekelilingnya dipagari kroni dan juak2 yg sentiasa mengampu bosnya.

Kalau yang berkuasa ini dibiarakan lama berkuasa,dibiarkan lama mengaut kekayaan pasti lama kelamaan akan menjadi diktator.Sudahnya apa yang berlaku di MESIR akan berlaku di mana-mana.Pemimpin pada awalnya begitu mengambilberat isu rakyat dan kebajikan rakyat namun bila terlalu lama berkuasa,watak dan perwatakan akan berubah.

Garis pemisah antara rakyat makin berjarak.Hartanya makin menimbun, pengawal peribadi bertambah.Bertambahnya pengawal peribadi bermaksud keselamatannya makin terancam.Mengapa begitu?Jika tidak kerana harta dan kekayaan yg dimiliki.nya.Kalau pemimpin tidak membolot harta rakyat pasti tiada siapa utk mengancam nyawa pemimpin,kalau pemimpin berkhidmat utk rakyat, tidak perlu dirisaukan keselamatannya kerana tiada siapa yg cemburu atau dengki.

Masalahnya pemimpin ni cakap je nak berkhidmat utk rakyat namun belakang tabir mcm2 gelagat negatif yg mereka lakukan tanpa disedari rakyat.Perempuan, maksiat, rasuah, penyelewengan tidak dapat dielak kerana mereka sengaja terjun dalam lubuk kemusnahan tersebut.

Dan hari ini, majoriti pemimpin akan menjadi hubbuduniyya.Tamak kuasa dan harta.Hilang pertimbangan, hilang prinsip perjuangan bila sudah kaya dan banyak kuasa.Ketamakan dan kerakusan kepada kuasa dan kekayaan akan membuatkan mereka ini sudah tidak lagi nampak kepentingan berkhidmat utk rakyat.Mereka semakin hari makin rakus kepada mengumpul kekayaan dan leka dibuai kemewahan yg melimpah ruah.

Sebelum kaya,sebelum bergelar pemimpin,semuanya elok,baik,positif,tidak mementingkan harta,mudah didekati rakyat namun selepas kaya dan bergelar pemimpin..segala2nya berubah...hanya mereka yg benar2 berpegang teguh kepada agama yang mampu hidup qanaah selamanya.Zaman khalifah,pemimpin kaya menjadi miskin,zaman moden ini pemimpin dari miskin menjadi kaya..itulah bezanya.

MESIR : Berakhir suatu penderitaan rakyat,legasi HOSNI musnah di tengah jalan

Semalam satu detik keramat buat rakyat Mesir.Naib Presiden Mesir ,Omar Suleiman mengumumkan perletakan jawatan Presiden Mesir dah tampuk kuasa setelah 30 tahun berpura2 membela rakyat.Itulah akibatnya bila beranggapan rakyat itu bodoh atau mudah ditipu.Seorg rakyat mudah dimusnahkan tetapi bila mereka bersatu dunia pun musnah.

Derita rakyat Mesir sudah terlalu lama.Kepimpinan Mesir hanya tahu kumpul dan bolot harta.Kekayaan hanya berkisar di kalangam mereka sahaja.Mentang2 la Mesir itu lubuk org beragama merekai ingat org agam ni tak makan tak minum ker?.Mereka fikir rakyat yang arif agama mampu sabar sampai mati?.

Keadaan di Mesir TIDAK MUSTAHIL akan merebak ke seluruh dunia terutama  ke negara2 yg mempunyai pemimpin bodoh sombong. Terlalu banyak negara yg pemimpinnya asyik berhubung mcmana cara nak kikis kekayaan negara.Mcmana cara nak bawa lari kekayaan yg terkumpul.Bank Swiss pun dah tak selamat..rahsia boleh tiris.Dulu2 ya..

Pemimpin yg prihatin tidak akan membiarkan rakyat berarak di jalan2 raya baru nak sedar,baru nak insaf.Itu sudah terlambat.Sedgkan cara paling senang,penuhi keperluaan rakyat, ambil tindakan keluahan rakyat, beri khidmat yg terbaik utk rakyat, sediakan kemudahan dan kebajikan terbaik utk rakyat BUKANnya perasan sudah beri yg terbaik.Itu perasan,perasan itu maksudnya BOHONG rakyat.Rakya ni sesekali ditipu boleh la,dan mereka akan yakin bila kerajaan memberi hujah rasional namun sampai bila?

Setelah pembangkang membawa isu dan memberi hujah serta bukti,apakah kerajaan masih berdegil nak nafikan?.Apa yg terjadi di TUNISIA dan MESIR adalah bukti kebobrokan dan ketololan pemimpin yg berkuasa.Akhirnya nama baik mereka, maruah mereka,kehidupan mereka sudah di ambang kemusnahan.Lari la ke penjuru dunia mana pun,rakyat akan bersusaha utk luputkan saki baki yang ada kaitan dgn bekas pemimpin tersebut.

Malaysia pun sudah memperlihatkan unsur2 rakyatakan bangkit menentang kerajaan yg korup.Jika kerajaan bermain dgn perasaan rakyat,kerajaan sesuka hati membuatkan rasa menahan perasaan, sekali meletup..pasti kerajaan yg ada akan tumbang juga.Berhati2 la.Prihatin la dgn kritikan dan teguran rakyat.

Mesir sebenarnya lebih miskin dari Malaysia.Rakyatnya cecah 80 juta,negara MESIR bukan tidak kaya,sumber hasil bumi mcm2 ada tapi kekayaan hanya berpusing di kalangan mereka.Rakyat dibiarkan menderita.Hidup segan mati tak mau.Hosni dan regimnya mengawal kekayaan negara puluhan tahun.

Dataran Tahrir menjadi saksi.Mesir dikerumuni oleh ratusan ribu rakyat dan jutaan rakyat di seluruh Mesir menyatakan bantahan.Herannya pasukan keselamatan tidak pula kejam dan bertindak memukul atau menyeksa rakyat yg berarak membantah.Berbeza pulak dgn negara yg mengaku maju,penuh Islamik dan paling demokrasi..rakyat berarak secara aman dihalang,dibuat mcm2 utk elakkan rakyat kemukakan bantahanSebenarnya sikap sedemikian akan hanya membuatkan rakyat seperti bom jangka.Sekali mereka meletup..habis semuanya hancur.

Thailand juga begitu.Selepas baju MERAH berkumpul,baju KUNING pulak ambil alih tunjukkan suara mereka.Pasukan keselamatan hanya mengawal keselamatan awam.Jika mereka yg berarak mula melalukan kerosakan dan kegananasan baru mereka bertindak.Kita?...belum apa2 dah kena mcm2.Rakyat Thailand sampaikan lapangan terbang pun mereka sekat dan kuasai berhari2 lamanya.Kita..nak berjalan secara aman pun dihalang dgn pelbagai alasan.Pemimpin takut dgn bayang2 sendiri.

Pemimpin yg baik akan sering mendengar keluhan rakyat dan akan berusaha dan jelas kelihatan usaha tiu dilakukan bukan hanya cakap2 kosong semata2.Bila rakyat bersuara,menegur,membantah cepatlah buat perubahan atau ambil tindakan bukan hanya sekadar komen "saya tidak heran, saya tidak peduli..." Itu membahayakan masa depan politik negara.

Pemimpin adil,pemimpin disembah, pemimpin jahat wajar disanggah.Kalau setakat sanggah takpe lagi mcmana kalau mati dibunuh seperti bekas Presiden Mesir ,Anwar Sadat, John F Keneddy, Benazir Butho dan lain2.Perkara ini yg perlu dielakkan.Rakyat bila dah terlalu ramai berarak dan membantah sudah sukar dikawal kerenah mereka.Dan mmg tidak terkawal.

Sebelum kemusnahan teruk terjadi,sebelum pihak tertentu menangguk di air keruh baik seiap sedia awal samada letak jawatan atau serah kuasa kepada pihak sepatutnya secara aman.Jgn biarkan rakyat memberontak.Pemimpn dan rakyat mmg tidak dapat dipisahkan namun kalau pemimpin tidak membela rakyat,baik rakyat hidup tanpa pemimpin.Ada pemimpin mcm dukung biasa hidup baik rakyat susah tanpa pemimpin,puas hati.

Pemimpin tanpa rakyat sah2 tidak mampu nak hidup sbb selama ini semuanya terhidang depan mata.Setelah jadi org biasa, harta pun tiasa dirampas rakyat rasanya nak masak air pun tak pandai.Mati mengejut la jadinya.

Kisah di Mesir dan Tunisia menjadi perhatian dunia.Jgn pandang rendah kepada kuasa rakyat.Rakyat boleh membuat tindakan di luar jangka.Apa yg tidak difikir oleh pemimpin itulah yg rakyat bakal lakukan.Skrg sudah tampat episod peralihan kuasa di Mesir,HOSNI yg selama ini disegani rakyat menjadi manusia paling dibenci oleh rakyatnya sendiri.

Semoga keamanan dan harapan rakyat Mesir ditunaikan oleh kepimpinan baru.Hanya rakyat Mesir yg tahu dan faham apa yg terjadi,mengapa mereka guling presiden mereka sendiri.Kalau rakyat Mesir pun sanggup buang presiden sendiri usahlah pemimpin kita nak bela2 HOSNI.

Selamat jalan HOSNI,selamat menjadi rakyat biasa dan menjalani kehidupan biasa2 selepas ini.Bertuabatlah kerana mungkin banyak dosa dgn rakyat selama 30 tahun menjadi pemerintah Mesir.Ada hikmah utk dia merenunginya.Ada masa utk kembali ke pangkal jalan sebelum di hujung nyawa.



Friday, February 11, 2011

RASUAH ATAU KOMISEN ATAU MENGUBAH WANG HARAM?

Istilah ini boleh diubah2 utk merasionalkan tindakan sesuatu pihak.Apa beza antara rasuah,komisen dan mengubah wang haram?Rasanya saling tak tumpah jer.Cuma mungkin cara dan urusan utk mendapatkannya sedikit berlainan.Kata Tun M,rasuah sudah membusuk dalam setiap diri pemimpin utama negara.Kalau Tun M,mantan Perdana Menteri yg pernah berkuasa lebih 20 tahun bercakap demikian maka apakah cakap2nya itu satu omongan kosong atau satu fakta?Lu fikirlah sendiri.

Nampaknya nak harapkan pemimpin supaya BENAR-BENAR jujur dah ikhlas membela rakyat samalah meletakkan seekor BUAYA supaya menjaga ayam2 di sangkar.Punah bin ranah la jawabnya.Mengapa mereka yg bergelar pemimpin ini tidak kebal dgn rasuah?Pemimpin kecil makan kecil,pemimpin besar makan besar...teorinya kalau pengikut rapat buat rasuah apakah wajar bosnya melihat sahaja sdgkan bosnya itu bukan MALAIKAT pun.Nakkah dia membiarkan anak buahnya@setiausahanya melipat semua not2 yg warna biru dan ala2 unggu tu ke dalam peti simpanan atau beg briefcasenya?.Tentu sekali tidak.Atau dia mmg tidak tahu dan kalau tahu adakah bosnya itu menegahnya,amal ma'aruf nahi mungkar?..Tepuk dada tanya wanita simpanan la jawabnya.

Semalam seorg manusia bergelar setiausaha politik disabitkan dgn kesalahan terlibat dalam pengubahan wang haram,entah apa istilah yang betul utk digunakan,mungkin RASUAH la kot dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM60,000.00.Kes itu akan disebut semula pada 14 Mac depan.Tertuduh tidak mengaku bersalah.Memang la,siapa pun takkan mengaku bersalah.Berak tepi jalan,ada saksi pun akan seboleh mungkin ingin nafikan.Malu weiii..sapo nak ngaku,tu baru berak tepi jalan,ni dituduh buat duit haram.Maruah bukan 5 sen,tahu pulak ada MARUAH, masa nak telan duit berjuta tu mana pi dgn maruah tu semua?.

Kalau disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 4 (1), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan maka hukumnya ialah DENDA tidak lebih RM5 juta, penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua2nya sekali.Aduhhhh..sebenarnya semua pemimpin politik dan mereka yg berkerja di peringkat tinggi sudah sedia maklum akan akibat2 ini namun mereka seperti sengaja buat lembu kenyang,mengunyah sampai meleleh2 air mulut,selamba giler jer.Mereka belum kena,org lain yg kena so apa peduli?.

Lebih melucukan dan nak tergelak sampai pecah perutnya ialah tertuduh merayu supaya mahkamah menimbangkan segala jasanya selama berkhidmat dgn kerajaan.Muka tak malu betul la.Jasa apa?Mana ada jasa kalau kita berkhidmat dengan mendapat segala upah@gaji dan segala keistimewaan yang lain?.Setiap titik peluh sudah dibayar dgn gaji setiap bulan.Jasa2 ni kalau kita bekerja secara percuma tanpa sebarang upah.

Mudahnya org2 yg ada kedudukan ini,bila dituduh bersalah atau dihukum maka mereka jadikan 'jasa-jasanya' selama ini sebagai tukar ganti atau bahan gadaian atau cagaran utk ringankan hukuman atau dibebaskan.Mereka lupa sebenarnya jasa dan kesalahan,bakti dgn kejahatan tu DUA perkara berbeza.Jasa dan bakti sudah dibayar dgn gaji,upah dan insentif.Sdgkan kejahatan dan kesalahanMESTI dihukum sewajarnya. Buat baik dpt pahala [ syurga ],buat jahat dapat dosa [neraka ].Buat jahat kalau sudah banyak amal sekalipun masih tidak boleh meluputkan dosa.Dosa kena bertaubat...

Sewajarnya setiap pemimpin atau sesiapa juga yag ada kaitan rapat dgn pemimpin SEMESTINYA berusaha seboleh mungkin utk jauhkan gejala rasuah@komisen atau apa2 sahaja kelakuan tidak bermoral.Sekali terkena habis satu keluarga, satu keturunan akan terpalit.Seekor je yg menjadi kerbau berlumpur habis anak bini dan ahli keluarga menanggung malu.

Rasuah walaupun ditukar,diubah, diberi definisi lain sekalipun ia tetap salah,HARAM dilakukan Rasuah akan membuatkan ramai  teraniaya.Rasuah akan merosakkan bangsa,negara dan agama.Rasuah akan melahirkan manusia dan generasi tidak bertamaduan,tidak bermoral,tidak berakhlak pada masa mendatang.

Kawal nafsu ingin hidup mewah dan hidup kaya dgn cara yang salah.Rasuah bukan caranya.Berbanggalah dgn hasil usaha yang baik,melalui lunas2 yg dibenarkan agama.MATLAMAT tidak menghalalkan cara...renung2kan lah.Selamat beramallll!!!.

Saturday, February 5, 2011

KONG KALI KONG : Rakyat sudah bijak...

" Kalu ambo bene, kalu kayo lepas ni,maka adik kakok mcm tu la juga,kalu ambo mewah maka adik kakok mcm tu la juga..." itulah antara ucapan yang selalu didengar dilafazkan oleh ahli politik tempatan. Pengundi, org kampung dan peminat setia akan bersorak dan bertepuk tangan kerana menyangka betapa bagusnya bakal wakil rakyat mereka ini. Kalau YB jadi kaya lepas ni maka mereka juga akan jadi kaya mcm YB juga..itulah fahaman mereka.

Sesungguhnya...org ramai masih juga kena tipu.Tipah terus kena tipu.Maksud bakal YB itu bukan demikian.Maksud bakal YB tidak sama dgn apa yg difahami oleh pendengar ceramahnya. Bakal YB akan tetap bermain politik selamanya.Maksud sebenarnya bakal YB itu ialah kalau dia menang dan kaya maka org2 kampung,para pengundinya akan tetap dirundung kemiskinan.Kalau dia mewah, org2 kampung akan kekal dgn kerja kampungnya seperti menoreh,berkebun sayur atau menanam padi...Fahami betul2 maksud ucapannya " kalu ambo kayo,maka adik kakok mcm tu la juga..."Itu merujuk kepada kalu dia kayo atau mewah maka diri dia sahaja yg kaya dan mewah.Org ramai mcm tu la juga tu maknanya kekal dgn kerja2 yg sdg dilakukan selama ini..

Itulah hebat dan putar alamnya ahli politik hari ini.Sebab itulah bila mereka menang sekelip mata mereka menjadi kaya raya,rumah baru, rumah lama akan diubahsuai,kereta bertambah takpun bertukar baruIsteri juga baru,malahan ada yg buka cawangan baru.Hari berganti hari,minggu berganti minggu,tahun berganti tahun kehidupan YB berkenaan terus makmur.

Rakyat mula tertanya-tanya mana pergi segala janji YB tersebut.Sebelum menang dulu dia sendiri yg cakap kalau dia kaya dan mewah,org kampung akan jadi mcm dia [ YB ] juga.Sekarang sudah masuk tahun apa pun tarak...heheheheeee.Rakyat masih tidak sedar diri.Masih kena tipu atas darat.Kena belit secara terang lagi bersuluh.

Kan YB dah bagitau awal2 lagi kalau dia senang, rakyat akan kekal dgn kehidupan sedia ada.Dia tidak pernah berjanji utk berikan pembangunan kepada rakyat.Dia dah cakap kalau dia kaya dan mewah maka rakyat akan kekal sepertimana kehidupan mereka yg sedia ada.Jadi kalau dia tidak berkhidmat utk rakyat pun tidak ada salahnya sbb dia sudah bagitau siang2 lagi.Dia cuma ingin kaya dan mewah utk diri dan keluarga dia sahaja.Rakyat tu pandai2lah nak hidup.

YB itu bermaksud YANG BERHORMAT.Apa ke barang kalau nak buat kerja seperti menjadi hamba rakyat.Dia berhormat la beb...apa kelas utk jadi org suruhan rakyat.Dia bukan YANG BERKHIDMAT dia adalah org terhormat.Mereka yang bergelar YANG BERHORMAT mana boleh jadi hamba utk rakyat.Selepas menang, rakyat apa peduli lagi. "Peduli aku.." itulah antara kenyataan angkuh sesetengah YB bila ditanya bagaimana dgn kebajikan rakyat.

Sebaik keputusan diumumkan dan dia diisythiharkan menang maka YB tadi akan melambai2kan tangannya dgn lima jarinya dilayang2kan ke arah penyokong dan org ramai yg mengundinya.Lambaian itu juga bermakna kerana itu menandakan dlm 5 tahun lagi dia akan dtg lagi berkempen.Lima tahun lagi dia akan datang lagi menabur janji.Biasalah menabur janji bukan seperti menabur benih padi.Benih janji akan mati seiring dgn kemewahan dan kekayaan terkumpul.Benih padi akan tumbuh subur kalau dibajai dan disirami air secukupnya.

Selepas 5 tahun atau dlm jangka waktu 5 tahun pemimpin ini akan datang lagi...janji mesti kena berjanji.Rakyat yg bangang lagi bahlol akan terus kena tipu.Dah 5 tahun habuk pun tarak, tapi bila tiba musim PRU kena tipu lagi.Memang maruah org kampung bernilai 5 sen sahaja.Mudah sgt kena tipu.Pujuk dan bodek sikit2,belanja teh,kasi gula,kain pelikat sehelai dua terus tidur dlm perut YB tersebut.

Kalau dulu belum ada api letrik [ elektrik ], tiang2 akan dipacak di sepanjang jalan kampung utk menampakkan konon2nya elektrik akan diberikan kalau YB itu menang.Akhirnya undi diberikan.Lepas menang, elektrik entah kemana.Tinggal la tiang tempat burung berak dan bertenggek selepas lelah terbang.Masuk musim PRU,kabel elektrik pula dipasang maka rakyat seronok kerana kali ini mereka kan dapat bergelak tawa depan TV Plasma dan sebagainya.Last2..habuk pun tarak.Dulu hanya tiang dipasang sekarang kabel pula menjadi gula2 utk memancing undi.Elektrik tidak juga mengalir masuk ke peti elektrik rumah org2 kampung.

Marah2 lagi rakyat.Maki hamun tak cukup keturunan dibahasakan kepada pemimpin yg hanya pandai berjanji.Dulu masuk tiang,sekarang pasang kabel,elektrik entah kemana.YB pun dah jarang2 balik kawasan.Selalu ja kat KL.Masa berlalu pantas.Musim PRU datang lagi..kali ini karan elektrik mula mengalir ke sebahagian kawasan..hahahahaa.Rakyat mula bergembira.YB yg akan bertanding kali ini perlu diberi peluang kerana elektrik sudah mula dinikmati oleh kampung sebelah.Fuhhh..memang bijak pancing undi dan main angin rakyat.Setelah keputusan diumumkan,YB itu menang lagi.Namun elektrik hanya setakat kampung sebelah je.Melepas lagi.

Dah 3 kali musim PRU...rakyat yg idamkan kemudahan elektrik kempunan lagi.Marah lagi rakyat.Akan dtg mereka kan memboikot undi utk pemimpin yg hanya pandai berjanji.Namun bila tiba musim PRU calon2 YB akan berkata " kalau tidak undi kami,maka kemudahan elektrik akan ambil masa puluhan tahun lagi utk masuk ke kampung ini kerana kerajaan kami yg berkuasa ke atas semua kemudahan elektrik di negara ini..".Aduhhh..terkena lagi rakyat.Tak undi tak dpt la kemudahan elektrik.Nak undi rasanya dah banyak kali berjanji..tak jalan pun.Tipu semuanya.

Fikir punya fikir,rakyat merasakan perlu memberi undi kepada calon YB tersebut kerana memikirkan tiang2 sudah ada,kabel pun sudah ada..tinggal lagi elektrik sahaja yg perlu disalurkan.Menang lagi kali ini.Namun elektrik tak kunjung tiba.Peti sejuk dah dijadikan almari.Rakyat kena tipu lagi.Dah masuk kali 4 kali PRU maknanya mencecah 20 tahun, kemudahan elektrik dijadikan umpan utk rakyat bagi mengekalkan kuasa.

Bayangkan ahli politik menipu rakyat dengan lembut dan liciknya.Memang pemimpin sebegini nanti bila mati org panggil 'mapuh jilat cok'.Kematian yang mmg ditunggu2 rakyat.Dibenci sepenuhnya.Tu baru isu elektrik,belum lagi isu jalan bertar,belum lagi isu air.Rasanya2..semua modal ini boleh mencecah ratusan tahun utk dijadikan modal mengekalkan kuasa.Rakyat mmg bodoh...

Senario di atas adalah rentetan peristiwa sebelum rakyat yg bernama pengundi celik huruf,sebelum rakyat menjadi maju,sebelum anak2 mereka ke menara gading.Sekarang semuanya sudah berubah.Mak bapak tidak lagi percaya kepada cakap2 org politik.Org kampung menjadikan anak2 mereka sebagai pakar rujuk mereka.Anak2 mereka yang terpelajar menjadi guru politik mereka.Sekarang politik mula berubah.Rakyat pula akan menipu pemimpin.

Rakyat hari ini mula bermain tarik tali dgn pemimpin.Kalau nak suruh mereka undi,tunaikan dulu janji2.Kasi duit dulu,buat jalan dulu,kemudahan asas penuhkan dahulu.Setelah semua itu dipenuhi..calon yg bertanding tadi kalah juga.Hahahahahhahaaa...bijak2.Rakyat mula bijak.Dendam mereka mula terbalas.Dulu org kampung kena tipu skrg pemimpin yg bertanding kena tipu.Dulu org kampung kena undi dahulu baru dpt apa yg mereka mahu.Sekarang sudah terbalik..kalau nak menang kena kasi dulu.Beri apa yg rakyat nak.Bila semuanya diberi,rakyat tidak undi juga.

Kata pepatah "ada ubi ada batas,ada budi ada balas".Walaupun YB yg menipu dulu sudah pencen,mungkin sudah mati atau sudah mapuh jilat cok tapi partinya tetap sama maka calon2 yg seterusnya bertanding atas parti yg sama rakyat tetap berdendam juga.

Ingatlah wahai ahlul politik.Sekarang siapa perlukan siapa?.Rakyat perlukan pemimpin atau pemimpin yg perlukan rakyat.Dulu2 ya..rakyat perlukan pemimpin.Sekarang tidak lagi.Rakyat sudah boleh bertatih,berjalan dan berlari malahan pecutan rakyat ada yg lebih laju dari larian pemimpin yg ada.Beringatlah..kalau suka menipu rakyat,maka dalam PRU, rakyat akan sekolahkan semula para YB yg haprak ini.Ada faham?.

Sekarang pemimpin akan jadi cacing kepanasan.Mencari duit utk ditaburkan kepada rakyat.Tak tabur,rakyat tak undi.Menabur pun rakyat belum tentu memberi undi.Akhirnya rakyatlah raja politik.Kalau kalah dlm PRU,hutang keliling,saing sobat melarikan diri...maka calon YB tadi jadi kera sumbang.Seminggu demam tak kebah.Duit habis banyak,mcm2 dah diberi tapi kalah juga.Ambik kau...

Jangan berlagak dgn rakyat.Sederhanalah dgn rakyat.Kroni2 yg ada tu didik biar jadi beradab dgn org2 kampung.Jgn angkuh dan sombong kelak kerana bencikan kroni dan pengikut rakyat akan protes melalui undi.Rakyat akan memberi undi kepada calon sebelah sana.Kalau nak jadi pemimpin biar bijak memimpin juak2 yg ada sekeliling pinggang.Kalau juak2 tu semuanya hampehhh..jgn harap nak menang.

Hidup sudah lama belum tentu cerdik dan matang.Ijazah berjela2 belum tentu bijaksana.Kalau sekadar lulusan maka itu tidak bererti mereka ilmuan.Org berilmu pasti bijaksana.Org lulusan belum tentu cerdik pandai kerana nak lulus ni mcm2 helah dan tipudaya.Meniru, membeli, merasuah dan mcm2 lagi.Org ilmuan tidak ada lulusan pun akan bijaksana kerana sunnahnya begitu.Junjungan Besar tidak lulus mana2 universiti pun tapi ilmu ALLAH yg ada pada BAGINDA mengatasi mana2 pusat pengajian tinggi terbaik dunia.Belajar la lagi....


Friday, February 4, 2011

UMNO TANAH MERAH ; Harapan atau ilusi?

SENARIO semasa UMNO Bhg Tanah Merah seperti menampakkan sinar.Ada sinar sdg menebarkan cahayanya.Riak-riak utk bangkit semula sudah mulai kelihatan.Carik2 yg selama ini terkopak dan renggang mulai merapat semula.Derap langkah kepimpinan yg mulai mengambil pelbagai pendekatan utk menyatukan semula semua hulubalang yg memiliki kekuatan masing-masing sedang rancak dilaksanakan.Namun apakah semua itu sekadar ilusi atau benar2 harapan yang bakal dilamar ke alam nyata.Sejujurnya...jauh panggang dari api.Untuk melihat UMNO kembali gah umpama mengharapkan matahari di musim tengkujuh.

Keletihan mereka yg memimpin tidak akan terbalas jua.Madu yg diberi hanya madu campuran gula akan dibalas mereka.Madu juga tapi madu tidak asli.Rakyat Tanah Merah adalah mereka yang bijak berpolitik.Mcm mana pemimpin bahagian naik maka mcm tu lah juga rakyat akan jatuhkan kepimpinan.Tak percaya?Tunggu PRU13 nanti.

Kebanyakan mereka yg berkepit ke hulu ke hilir umpama sokong membawa rebah.Pemimpin merancang mereka juga merancang.Apa yg dirancang sebenarnya bersilang arah.Pengikut merancang untuk jatuhkan mereka yg sdg berkuasa.Pemimpin pula berangan2 seperti menaiki perahu tanpa pendayung.

Setiap kali kepimpinan berubah maka setiap kali itu juga akan berlaku cah keting dlm UMNO.Menang sorak kampung tergadai.Memang melihat arus,cukup tenang.Tiada tanda UMNO mengalami kesukaran utk menang dalam PRU akan datang.Namun kalau ditilik sehalus mungkin,dibuat kajian sedalam mungkin sebenarnya UMNO Tanah Merah masih jauh utk menang.Halangan-halangan yg bakal muncul ialah dari mereka yg mmg ahli UMNO itu sendiri.

Perpecahan yang berlaku sewaktu sesi pemilihan lalu belum sembuh sepenuhnya.Mereka yang menang merasa happy kerana merasa mereka sudah berjaya menyusun kekusutan menjadi murni dan harmoni.Itu saya katakan tadi..rakyat Tanah Merah mmg bijaksana.Mereka juga sdg menyusun strategi.Mereka akan lumpuhkan bakal2 calon UMNO Tanah Merah dlm PRU nanti.

Pelanduk sering melupakan jerat namun jerat tidak pernah lupakan pelanduk.Silap langkah pelanduk akan terjerat semula.Ruang yang terdedah akan diisi dgn plan dan strategi oleh mereka yang terluka.Akhirnya yang menang tidak menang semua,yang kalah akan menang juga akhirnya.Ada kelam di hujung sinar.Kalau tidak berhati-hati calon2 yg bakal menawar diri akan terkulai di kaki penyokong sendiri.

Pengundi luar jgn diambil mudah.Pengundi luar tidak pernah lupa mengikuti setiap inci perkembangan politik daerah mereka.Apa yg terjadi dan bakal terjadi kadang2 mereka tahu lebih awal.Itulah bijaknya org Tanah Merah.Ada 'SB politik' yg menyalurkan semua maklumat buat mereka.Kalau kecewa dgn sikap pengundi luar kerana duit habis undi entah kemana maka jaga betul2 pengundi luar kerana mereka ini ada pengaruh dan pengikut masing-masing.Pengundi luar tidak harapkan ehsan atau bantuan kewangan sesiapa utk balik mengundi.Kalau diberi mereka ambil,undi belum tentu utk mereka yg memberi.

Tanah Merah ada 3 DUN dlm parlimennya.DUN Bkt Panau,DUN Kemahang dan DUN Gual Ipoh.Antara 3 DUN itu mana satu UMNO merasakan mereka rasa yakin utk rampas semula?.DUN Bkt Panau rasanya agak mustahil utk dirampas semula.Ketokohan Dr.Abdul Fatah Mahmood masih unggul utk ditewaskan.Sehingga kini org UMNO sendiri mengakui kawasan DUN Bkt Panau akan kekal dlm genggaman Dr. Fatah.DUN Kemahang juga masih sama kerana Datuk Mejar [B] Anizam Abdul Rahman masih mendapat tempat di hati rakyat.DUN Gual Ipoh seperti nampak sedikit tergugat,UMNO ada harapan utk merampas kembali cuma betulkah penyokong UMNO solid akan mengundi calon yang bakal beradu di situ?.

Seperti dikatakan tadi,penyokong bijak bermain angin dgn pemimpin.Mereka meminta macam-macam,pemimpin seboleh mungkin akan memenuhi semua permintaan itu.Akhirnya wpun menang kampung tergadai.Rakyat akan kekal membuat protes atau cah keting atau boikot undi.Sudahnya PAS akan kekal lagi di situ.

Bekas pemimpin seperti Datuk Ir Saari, Nik Amir dan kumpulannya mesti masih terasa dgn apa yang telah berlaku.Mereka kalah dgn seni politik yg sengaja dirancang dari awal.Jgn lupa Datuk Supardi,dia juga ada rencananya sendiri.Mereka ini juga bukan sembarangan orang.Duit bukan masalah kerana mereka adalah org2 kaya..hahahahaaaa.Org Tanah Merah mmg kaya raya.

Percaturan politik.Kalah pemilihan mereka akan cuba 'menang' dlm PRU akan datang.Datuk Ikmal dan bala tenteranya perlu berhati-hati.Onak dan duri masih bersepah di jalanan.Kalau lupa memakai kasut bertapak tebal maka tidak mustahil kaki mereka akan terluka.Mungkin cedera parah kalau duri yg dipijak itu 'duri tambun taik' [ sejenis duri yg cukup berbisa ].

Jangan disangka air yg tenang tiada buaya.Ketenangan itu adalah satu strategi utk menyusun percaturan dan helah bagaimana utk 'membalas dendam'.Mungkin hari ini kelihatan semuanya ok,semuanya dlm kawalan semuanya seperti selamat.Zon selamat untuk UMNO Tanah Merah ketika ini tapi itu cuma wayang kulit.Kalau sesiapa sering menonton wayang kulit pasti tahu cerita yg dibuat adalah buah fikiran tok dalangnya sahaja.Maka senario yg terjadi di Tanah Merah umpama mainan wayang kulit.Tok Dalang mmg ada.Tok-tok dalang inilah yg sedang main wayang kulit utk menampakkan suasana terhibur dan menyegarkan jiwa2 yg dahagakan kemenangan.

Namun hakikatnya tok-tok dalang tadi ada agenda tersendiri.Hidden agenda hanya mereka yang tahu.Secara asasnya mereka akan membuat 'come-back' dgn kejutan buat UMNO bahagian terutama dlm PRU nanti.Rasanya akan ramai nanti muncul manusia akan bilang tin tepi jalan, jaga trafik di persimpangan atau pun menangis tak berlagu.Angan-angan mat jenin akan menjadi dendangan semua org UMNO di Tanah Merah selepas PRU13 nanti.

Mainan politik org UMNO Tanah Merah mmg cukup licik sejak dahulu kala.Kalah di sana menang di sini,menang di sini kalah pulak di sana.Kalau merasa sombong dan gah dgn kuasa maka jangan terkejut kalau tetiba tsunami berlaku.Selagi mereka bernama manusia,selagi mereka bermain politik maka pentas yg terhidang akan dipenuhi oleh manusia 'bijaksana dan bijaksini'.

Lepas PRU nanti yg penuh kantung ialah tokey kedai makan, pemimpin bawahan yang mudah dibeli,org-org yang mmg menunggu peluang utk menangguk.Mereka yang merah padam mukanya ialah calon2 yg bertanding,duit habis, tenaga habis, masa terbuang, hutang keliling pinggang, undi hilang..rakan2 yg selama ini berkeliling di meja2 makan tersenyum puasa.Mereka dpt bahagian mereka,kenyang.Itulah politik Tanah Merah.Nak gelak pun ada,dlm seronok melihat pemimpin bertungkus lumus berkerja,tanpa mereka sedar sebenarnya mmg ada kumpulan-kumpulan [ tidak bersama tapi satu matlamat ] sdg merangka plan utk tumbangkan calon2 yg mereka tidak sebulu.

Kalau kepimpinan bahagian bijaksana mereka akan cepat2 membuat penyusunan semula.Ada duri dlm daging dan mmg ada duri juga di luar daging malahan penuh duri sepanjang perjalanan.Menunggu masa.Sekarang mereka hanya mengisi masa sehingga sampai masa.Gelak ketawa, selamba dan selekeh mereka hanya strategi politik agar mereka tidak dipandang atau disyaki apa2 sdgkan mereka org-org bijaksana.Org kaya boleh berlakon miskin,org cerdik boleh berlakon bodoh.Jgnlah pihak yang sdg berkuasa terjerat dgn mainan sendiri..TAK PERCAYA?. Tunggguuuuuuuu...