Sunday, November 14, 2010

JAUHI SIFAT TERCELA : PEMBERSIHAN BATIN

Antara sifat tercela tersebut ialah;

1. Takabur
2. Riya' [ riak ]
3. 'Ujub
4. Suma'ah

1. TAKABUR
Merupakan sikap membangga diri,menyangka diri lebih baik,lebih sempurna daripada orang lain.Sedangkan tiada yang terlebih baik dan terlebih sempurna selain Allah SWT. Sangat menghina dan menjijikan jika merasa diri hebat dan lebih baik.

2. RIYA' [ RIAK ]
Satu sifat terkeji batiniah manusia yakni sifat suka menunjuk-nunjuk amalan yang dilakukan kepada orang lain.Tidak puas rasanya jika segala amalan dan kebaikan yang dilakukan tidak diketahui oleh orang lain. Orang yang berisfat riya' ini selalunya beribadah bila di hadapan orang sahaja, bila bersendirian ama malas sekali.Beramal hanya berpura-pura.

3. 'UJUB
Satu sifat atau perasaan hairan kepada diri sendiri.Sifat ini tersembunyi dan sukar dikesan.Sifat suka merasakan pelik dan takjub dengan kebolehan atau kehebatan diri.Merasa diri sudah hebat,merasa diri mungkin sudah hampir dengan Allah,merasakan diri lebih baik dari orang lain.Merasakan diri paling banyak beramal.Ramai manusia yang terpalit dengan sifat ini.

4. SUMA'AH
Sifat ini ialah sifat suka dipuji.Kembang hidung kalau kena puji.Makin dipuji makin seronok.Makin dipuji makin seronok membuat kebaikan jika tidak terlalu sukar untuk membuat kerja atau kebaikan.Kalau boleh kebaikannya itu dihebohkan dalam media masa.Menderma dengan niat ingin pujian,menderma kerana inginkan pangkat dan kedudukan.Dan akan meninggalkan kerja mulia jika kena keji.

Keempat-empat sifat tercela di atas ini ialah penyakit hati,penyakit jiwa batin yang perlu dijauhi atau perlu diubati segera.Untuk menjadi muslim sejati hendaklah berusaha menjauhi sifat-sifat buruk dan tercela ini.Kita mesti ikhlas, bersederhana, merendah diri.tidak mengharapkan pujian,tidak menunjuk-nunjuk kebaikan, amal ibadah.Tidak merasa hebat atau lebih baik dari orang lain.Serahkan semua kebaikan,amal ibadah, jasa dan bakti kita hanya kepada Allah untuk dinilai.

SIDANG DUN KEDAH : PIHAK MEDIA SALAHKAN KERAJAAN KEDAH?

Mengapa pihak media terutama media arus perdana mempertikaikan larangan Kerajaan Kedah yang menghalang mereka daripada mengikuti perasmian dan persidangan DUN.Sikap tersebut seolah-olah Kerajaan Kedah tidak betul,membelakangi kebebasan media.Namun apakah mereka [ media arus perdana ] melihat ke dalam diri mereka yang bersikap talam dua muka.Kalau benar mereka mengamalkan kebebasan media mengapa segala kelemahan kerajaan Pakatan Rakyat [ PR ] sahaja yang didedahkan?Mengapa kerja mulia,kerja baik yang PR lakukan langsung tidak disebarkan?Sebaliknya semua kerja-kerja baik UMNO walapun kecil dibesar-besarkan,kesilapan dan keburukan UMN-BN disimpan tersimpul mati?Jika benar media itu bebas sepatutnya perlu berada atas prinsip yang benar tetap benar,yang salah tetap salah.Tidak kira parti mana,kerajaan mana?Perlu dedahkan secara adil.Kembalikan kepada pertimbangan rakyat.Itu baru betul.Jika tidak larangan Kerajaan Kedah ke atas media arus perdana adalah TERAMAT WAJAR.

Media arus perdana dan wartawan terlibat perlu merenung ke dalam diri mereka sendiri jangan hanya kesilapan orang lain sahaja yang terlihat sedangkan kesilapan sendiri buat-buat tidak tahu.Sikap itu teramat jijik.Kuman seberang laut nampak,gajah di depan  mengapa sengaja membutakan mata.Menutup rapat-rapat.Tidak mungkin Kerajaan Kedah sesuka hati membuat larangan dan sekatan sedemikian.Pasti ada sebab dan hujah yang benar-benar kukuh.Kerajaan Kedah sudah terlalu dianatirikan oleh media terutama media arus perdana.Wakil rakyat UMNO-BN tidak perlu mempertikaikan larangan tersebut kerana lagi banyak mereka bercakap lagi banyak terlihat 'kebodohan' mereka.

Sudah tiba masanya Kerajaan PR menjalankan dasar tutup pintu kepada media arus perdana dan semua media atau wartawan yang membuat laporan berpihak dan berat sebelah.Bila media alternatif memberi laporan buruk terhadap kerajaan mereka maka macam2 tekanan yang kenakan ke atas pemilik media pembangkang.Sedangkan apa yang berlaku adalah sebagai adil dan menjawab semua kelakukan buruk dan sikap berat sebelah media arus perdana.Kerajaan Pusat yang memulakan 'peperangan media' maka media alternatif sekadar menerima 'cabaran'  yang dilontarkan kepada mereka.Kini tiba masanya Kerajaan PR bertindak balas.Isu banjir, isu bantuan banjir, isu penempatan banjir di Kedah telah membuatkan Kerajaan Kedah bertindak demikian.

Sesiapa pun yang mempunyai fikiran yang waras,MUSTAHIL dan TIDAK MUNGKIN  kerajaan yang memerintah mengabaikan kebajikan mangsa banjir.Secara logik pun tidak mungkin Kerajaan PAS Kedah mendiamkan diri dan melihat sahaja mangsa banjir menghadapi pelbagai masalah sewaktu banjir melanda.Namun media arus perdana langsung tidak membuat liputan secara adil.Menafikan kebaikan dan pengorbanan kerajaan negeri sebaliknya bantuan dan sumbangan BN-UMNO yang tidak seberapa disebarkan kononnya puluhan juta bantuan itu diberikan.Sepatutnya semua bantuan dari kerajaan Pusat MESTI melalui kerajaan negeri bukannya melalui pihak ketiga.Tindakan tersebut sudah menggambarkan sikap tidak profesional pemimpin UMNO terhadap kerajaan Kedah.Kerajaan Kedah adalah kerajaan yang sah, dipilih secara demokrasi oleh rakyat.Kerajaan tersebut mendapat majoriti sokongan rakyat.

Secara adilnya, tidak perlu pemimpin UMNO-BN Kedah cuba mengungkapkan rasa tidak puashati mereka atas larangan tersebut kerana mereka sendiri sebenarnya sedar dan mengetahui secara jelas kenapa tindakan itu diambil.Dan mereka [ pemimpin UMNO-BN ] sendiri tahu dan menyedari apa kesilapan yang telah dilakukan oleh media arus perdana sehingga memungkin mereka dilarang untuk membuat liputan DUN Kedah.Usahlah menegakkan benang yang basah.Akui kesilapan yang telah dilakukan.Usah pertikai pihak lain tidak bebas kalau diri sendiri terlalu bersifat memihak dan lebih dari tidak bebas.Diri sendiri yang buat khianat,diri sendiri yang tidak adil,tidak bebas maka usahlah mempertikai ketegasan pihak lain.

Ada kalanya kita perlu menunjukkan ketegasan  bila kebebasan dan sikap terbuka kita tidak dikenang.Sebaliknya keterbukaan tersebut diambil oleh pihak tidak bertanggungjawab ini untuk menikam belakang.Sifat jahat dan tidak berperikemanusiaan ini wajar ditamatkan segera.Sudah tiba masanya kebiadapan media arus perdana diajar.Pengajaran yang terbaik untuk mereka.Biar mereka sedar dan tahu bawa cakap bukan sebarang cakap,lapor bukan sebarang lapor.Sesuka hati memfitnah.Kesabaran Kerajaan PR ada hadnya.Selepas ini Kerajaan PR hanya perlu berurusan dengan media alternatif sahaja dan blogger pro Pakatan Rakyat.Berikan ruang seluas yang mungkin untuk media alternatif dan media parti dalam PR.

Selagi media arus perdana masih terlalu taksub dan kekal berkiblat secara membuta tuli kepada UMNO-BN, maka PR jangan sesekali membuka ruang kepada media berkenaan.Biarlah mereka membuat liputan dalam Kerajaan UMNO-BN sahaja.Masing-masing buat kerja sendiri dalam kerajaan yang mereka sokong.Kebebasan media hanya omongan kosong semata-mata.Cakap tidak serupa bikin.Sedangkan hukuman terhadap mereka yang membuat fitnah terlalu berat seksaannya di akhirat kelak.Buat kerajaan PR,usahlah percaya dengan cakap-cakap manis yang berpura-pura sedangkan mereka menyimpan dendam dan racun berbisa.Telunjuk lurus kelingking berkait.Harapkan media arus perdana umpama harapkan pagar, pagar makan padi. Ucapkan selamat tinggal kepada media arus perdana.Jika Pakatan Rakyat berjaya menduduki PUTRAJAYA suatu masa nanti, maka pihak media arus perdana ini perlu dikenakan tindakan yang berpatutan kerana kerja-kerja mereka selama ini terlalu banyak menabur fitnah dan memburukkan kerajaan PR sahaja.Bukan berdendam tetapi sekadar melaksanakan hukuman kepada pesalah sepertimana menjatuhkan hukuman gantung  sampai mati mandatori kepada penagih dadah.Itu sahaja.


SUKAN ASIA : PENGADIL HAMPEHHHHH!!!..

Pertembungan antara China dengan Malaysia dalam bolasepak Sukan Asia mlm tadi cukup menyakitkan hati.Sikap pengadil yang jelas dan ternyata berat sebelah amat2 menjengkelkan.Sesiapa pun yang menonton perlawanan malam tadi,baik yang memang kaki bola atau tidak pasti menyedari gelagat pengadil  Ben Williams [ Australia ] itu seperti sudah kena beli.Sikapnya amat jelas memihak.Apakah ada agenda tersembunyi antara pengadil dengan pasukan China tersebut?.Tidak pernah berlaku dalam sejarah bola sepak dunia, kesalahan pertama pemain yan boleh diberi nasihat terus dihukum dengan kad kuning.Menjadi persoalan juga ialah semua kesalahan pemain China langsung tidak mendapat hukuman atau kata-kata nasihat dari pengadil berkenaan.Pemain Malaysia berguli2 kena siku pemain China tetapi pengadil mangkuk itu tidak memberi reaksi apa-apa pun.Sebaliknya pemain Malaysia yang kesakitan itu seperti siarah bangun segera.

Pihak Jawatankuasa Pertandingan perlu mengambil perhatian dalam hal ini.Nampak sangat sikap Ben Williams berat sebelah,sengaja memberi peluang kepada pasukan China untuk menang mudah.Secara mudah, peminat dapat melihat bahawa pasukan China perlu menang dalam pertembungan malam tadi.Mungkin pasukan China tidak bersalah tetapi sukar untuk menafikan bahawa pasti ada tangan2 syaitan yang cuba mengatur tugas pengadil menjadi jahat dan berhati iblis seperti semalam.Sepanjang 90 minit permainan, satu pun tidak ada kad kuning untuk pemain China.Sedangkan pemain China cukup pandai berlakon setiap kali bersentuhan secara fizikal dengan pemain negara.Pengadil yang benar2 jujur dan mahir mengendalikan perlawanan peringkat antarabangsa seperti semalam perlu bijak menilai antara lakonan dengan benar2 sakit atau benar-benar ada sentuhan keras.Bukannya percaya dengan apa yang dilihat.Sedangkan hari ini pemain cukup bijak bersandiwara,dan cukup menyakitkan hati  melihat pengadil yang bertugas malam tadi seperti sudah dibayar.Amat jahat sikapnya itu.Segala tingkahlakunya telah membuatkan semangat pemain negara luntur dan hilang tumpuan.



Saturday, November 13, 2010

KOMEN MELUCUKAN SEORANG TIMBALAN MENTERI...

Dalam keseronokan ingin menghentam Kerajaan Kelantan kerana Bajet defisit sebanyak RM53.24 juta yang dibentangkan oleh Kerajaan PAS Kelantan pada sidang DUN baru-baru ini.Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan seperti terlupa atau memang dia tidak tahu apabila menjadikan Melaka sebagai contoh untuk Kelantan jadikan teladan.Amat melucukan jika benar Melaka itu sebuah negeri yang berjaya membangun pelbagai sumber kerana Melaka sebenarnya sebuah negeri yang hampir muflis dan antara negeri yang juga teruk ditegur oleh Audit Negara.

Contoh mudah; Status negeri maju juga tidak diiktiraf oleh OECD,ini sebenarnya memalukan rakyat Melaka keseluruhannya. Pelancaran penuh gah tetapi tiba-tiba tidak diiktiraf sedangkan sebelum itu Kerajaan Melaka beria-ia menyatakan OECD mengiktiraf Melaka sebagai sebuah negeri maju.MAIM [ Majlis Agama Islam Melaka ] juga guna wang zakat RM13.85 juta untuk pengurusan kompleks MAIM,MAIM tu termasuk dalam asnaf zakat juga ker?Sedangkan kutipan zakat hanya untuk mereka yang dalam ansaf.Mana pergi sumber kewangan MAIM?Sampaikan duit zakat pun diguna untuk pengurusan kompleks tersebut.Buat malu je.MITC [ Melaka International Trade Centre ] berhutang hampir RM7 juta dengan PKNM,Putra Specialist Hospital Melaka berhutang RM29.77 juta kepada Tabung Amanah Melaka, dan jika Melaka itu hebat dan pandai memerintah takkan hutang negeri meningkat dari RM441.76  juta tahun 2008   kepada RM581.3 juta tahun 2009 [ Laporan Audit Negara ]. Kos servis sebuah kenderaan di Jabatan Ketua Menteri pun melebih RM300,000.Apa kerosakan jika lebih RM300,000 dalam masa hanya 5 tahun sahaja.Nilai kenderaan pun hanya RM117,000 sahaja.Makna dalam 5 tahun kos penyelenggaraan sahaja sudah boleh membeli 3 buah kenderaan jenis yang sama.Bijak ke tu?.Banyak lagi sebenarnya kelemahan pemerintahan Melaka kalau nak dibongkar...

Mana hujah dan bukti Awang Adek ingin membandingkan Melaka dengan Kelantan. Gah kerana berjaya menyalurkan  kutipan hasil RM1 bilion untuk kerajaan Pusat sedangkan negeri sendiri hampir muflis.Hutang Kerajaan Melaka keliling pinggang.Kalau nak lebih jelas rujuklah Laporan Audit Negara 2009,baru kita tahun siapa lebih bijak antara Kelantan dengan Melaka dalam pengurusan kerajaan.Awang Adek jangan menutup sebelah mata hakikat yang sedang berlaku dalam Kerajaan Melaka.Menyembunyikan fakta sebenar atas sebab Melaka itu diperintah UMNO.


MENYERANG JEMAAH HAJI DI MEKAH : Apakah AL-QAEDA itu benar2 Islam?

Berita angin atau berita benar bukan isunya.Cuma persoalan yang timbul dalam benak penulis ialah jika benar AL-QAEDA membuat keputusan menyerang Arab Saudi dan jemaah haji yang sedang menunaikan Rukun Islam Ke-5 di Makkah,apakah AL-QAEDA itu terdiri daripada orang Islam?.Keliru dan penuh tanda tanya jika AL-QAEDA mengganggu urusan haji yang sedang berlangsung.Jemaah haji menunaikan tuntutan agama maka atas dasar apa pula jika penggganas AL-QEADA cuba mengotorkan tangan mereka dengan darah suci jemaah haji.Betulkah anggota AL-QAEDA itu ISLAM?.Kalau betul mereka itu orang Islam tak mungkin Tanah Suci pun mereka menjadi setan?Sanggup menyerang dan membuat onar di saat penganut seagama melakukan ibadah.Jika begitu ternyata AL-QAEDA tersebut bukan Islam,bahasa kasarnya mereka itu kafir la.Kalau tidak apa hujah dan rasional jika Kota Makkah pun mereka ingin serang dan musnahkan?.


RM329,871.00 KOS SERVIS SEBUAH KERETA...gila ko apo?

LAGI CONTOH SIKAP BOROS KERAJAAN______________

Laporan Audit Negara 2009, menjelaskan bahawa RM329,871.00 digunakan untuk kos servis sebuah kereta di Jabatan Ketua Menteri Melaka [ JKMM ].Kereta tersebut bernombor plat MM5.Dalam tempoh 5 tahun,kos penyelengaraan sebuah kenderaan melebihi harga asal kereta tersebut yang hanya dibeli pada harga RM117,476. Entah apa yang dibaiki dan kenapa begitu dangkal sekali.Kenderaan yang bernilai sebegitu dalam 5 tahun sahaja kos servis sudah boleh membeli 3 buah kenderaan yang baru dari jenis yang sama.Apa tindakan kerajaan dalam hal ini.SPRM sendiri bagaimana?Apakah kos servis tersebut wajar dan bersesuaian?.Malanglah hamba rakyat jika sekejam dan seboros itu kerajaan yang diberi kuasa membabi buta berbelanja untuk kepentingan peribadi yang boleh dipertikaikan. Pada pendapat Audit Negara,perbelanjaan itu tidak memuaskan.Dalam bahasa kasar,tidak wajar sama sekali...tak faham ker?.


Friday, November 12, 2010

RM65 JUTA : KOS UBAHSUAI RUMAH PERDANA MENTERI?

Fulamakkkk!!!.Sikitnya kos untuk untuk ubahsuai rumah PM?.Mengapa sikit sangat?.Bonus untuk kakitangan awam akan menyebabkan defisit perbelanjaan negara.Maka bonus tidak boleh diberikan.Minyak naik sebab rakyat kena sama-sama menanggung beban subsidi oleh kerajaan.Sri Perdana itu berapa orang tinggal kat dalamnya?.Sepuluh,seratus atau seribu orang?.Entah lah labuuuu...Rasanya PM dan semua menteri kabinetnya wajar diturunkan selepas PRU13 akan datang.

Cuba orang lain la pulak.Nampaknya mereka yang bergelar pemimpin negara hari ini sudah nyanyuk dan tidak mampu lagi mentadbir negara dengan baik.Kebajikan rakyat digadai,mereka lebih mementingkan kesenangan dan keselesaan sendiri.Rumah mereka puluhan juta harga,namun untuk rakyat cuma beberapa ratus pun terlalu berkira dengan macam-macam alasan.Mengapa begitu jahat dan hinanya mereka bernama pemimpin ini dalam menjaga kebajikan dan hak rakyat?Hak dan kepentingan peribadi terlalu tamak dan haloba yang terlampau.Terlalu rakus semata-mata untuk tembolok sendiri.

Buat PM dan pemimpin UMNO,jangan lah terlalu rakus dan boros.RM65 juta tersebut boleh menampung kos pembinaan hampir 100 buah rumah kos rendah.Mengapa begitu haloba kerajaan membelanja wang negara hanya untuk ubahsuai rumah seorang pemimpin.Sedangkan 'istana' tersebut baru beberapa tahun siap.Takkan dalam tempoh sepuluh tahun dengan kos tidak sampai RM25 juta untuk membinanya sudah perlu diubahsuai?.Terlalu banyak wang digunakan hanya untuk kegunaan yang amat minima.Mana definisi perbelanjaan berhemah yang kerajaan maksudkan selama ini?.Rakyat berbelanja duit mereka,boros atau berjimat kita apa peduli itu duit titik peluh mereka,yang kita sebagai pemimpin membelanjakan wang puluhan juta,ratusan juta mcm mak bapak kita punya tu, kenapa?.Ingat, itu duit peninggalan pusaka ker?.

PRU13 dah makin dekat ni,hati-hatilah sikit.Semua busuk dan tembelang kerajaan akan terburai bila tibanya musim PRU nanti.Jika ingin berkuasa lagi,bijak la sikit mengurus negara dan khazanahnya.Rakyat memerhati 24 jam sehari semua perilaku pemimpin UMNO-BN.Pembangkang menjadi tukang sebar,media alternatif dan para blogger akan terlibat sama menyebarluaskan berita kepincangan kerajaan walaupun sekecil isu selagi melibatkan duit rakyat.

Waktu berkuasa ini,jgn terlalu angkuh dan bongkak,Wang negara adalah milik rakyat.Pemimpin cuma memegang amanah bukan diberikuasa mutlak membelanjakan wang negara sesuka hati.Jangan terlalu boros.Jangan terlalu enak-enak menelan harta rakyat.Jangan sesekali..kelak akan jatuh seperti nangka busuk.

Sesiapa pun mereka, perlu berhati-hati.Masa makin suntuk weiii!!!.Berjaga-jaga dari sekarang.PRU13 makin terasa kehadirannya.Jika masih tidak sedar dan insaf,nahaslah pemimpin UMNO-BN dalam PRU akan datang.