Showing posts with label Bonus. Show all posts
Showing posts with label Bonus. Show all posts

Sunday, October 17, 2010

BAJET 2011 : Bonus untuk penjawat awam

Kerajaan dan Kementerian Kewangan wajar menilai semula keputusan untuk tidak memberikan bonus kepada kaki tangan awam pada tahun ini.Jika tidak mampu untuk sebulan gaji, tolak tambah,darab kali dan bahagi , paling-paling  minima pun berilah  RM1500-RM2000. Itu masih wajar untuk ditunaikan. Sudah banyak tahun kaki tangan awam tidak mendapat bonus.Sokongan untuk UMNO makin merosot,jika kerajaan masih ingin bermain perasaan dengan rakyat,kerajaan tersilap.

Jika bajet akan datang, kerajaan mengumumkan dua bulan bonus  sekali pun, rakyat tidak akan menerima itu sebagai penghargaan dari kerajaan.Rakyat akan melihat itu sebagai satu cara memancing sokongan kepada UMNO-BN. Maka bonus tersebut sudah terlambat.Rakyat melihat pemberian bonus itu satu perangkap sahaja.Gula2 untuk pancing undi rakyat.Jika UMNO-BN menang  semula PRU itu maka rakyat tahu mereka akan terus dijadikan mangsa keadaan dan wang bantuan atau wang ehsan sekadar RM500 akan diterima rakyat untuk mengisi tempoh PRU seterusnya.Sikap kerajaan ini akan memakan diri sendiri.

Pembentangan Bajet 2012, jika kerajaan tetiba bermurah hati  memberi bonus dua bulan gaji atas alasan sudah lama tidak memenuhi tuntutan kesatuan sekerja atau hasrat hati kaki tangan awam, itu cuma permainan silap mata kerajaan sahaja. Rakyat akan terima wang tersebut namun undi popular rakyat akan diberikan kepada pembangkang.Rakyat melihat pemberian bonus itu bukan kerana keikhlasan hati kerajaan tetapi kerana terdesak untuk pilihanraya  umum yang semakin dekat.

Sesungguhnya, kalau tahun ini kerajaan beri dua bulan bonus atau minima RM2,000, wang tersebut sebenarnya akan habis dalam bulan yang sama.Rakyat akan terus membelanjakan wang tersebut untuk pelbagai keperluan harian dan persekolahan anak-anak.Wang itu akan 'kembali semula' kepada kerajaan dalam jangkamasa terdekat sahaja.Rakyat tidak akan melabur di luar negara.

Jika bonus sebulan gaji,kerajaan perlu memperuntukkan RM3.1b


Kalau UMNO-BN ingin mengekalkan kuasa, maka jangan bermain politik dengan rakyat.Menggantung harapan rakyat sehingga saat akhir  PRU13 baru nak beri bonus maka itu tindakan kurang bijak.Rakyat akan menghukum kerajaan.Sedangkan dari sumber tertentu rakyat tahu kerajaan mampu untuk menunaikan permintaan bonus tersebut.Tahun lepas rakyat cuma menerima bantuan ehsan RM500, kali ini RM1000 [ bantuan raya RM500 + bantuan persekolahan RM500 ], itu sekadar jaga perasaan rakyat sahaja. Keadaan ini tidak memuaskan hati rakyat @kaki tangan awam.

PM dan kabinet perlu menilai semula keputusan tidak ada bonus untuk kaki tangan awam pada tahun ini. Kos hidup sebahagian besar kaki tangan awam terutama yang tinggal di bandar dan pinggir bandar terlalu tinggi.Satu keputusan bijak jika kerajaan mengumumkan bonus satu bulan atau minima RM2000 untuk kaki tangan awam. Pengumuman itu akan dilihat sebagai sikap prihatin kerajaan atas desakan hidup rakyat di negara ini. Sebaliknya, jika di saat2 hampir PRU13 nanti, kerajaan baru hendak mengumumkan bonus 3 atau 4 bulan sekali pun rakyat akan hanya melihat tindakan itu satu gula2 pilihanraya sahaja. Kebetulan nak pilihanraya MAKA kerajaan seperti bermurah hati konon2nya.Rakyat tidak akan tertipu dengan muslihat tersebut 

Jika benar kerajaan prihatin dan faham perasaan kaki tangan awam, kerajaan boleh sebenarnya untuk 'mengorek' mana-mana sumber untuk dijadikan wang bonus kepada rakyat.Kerajaan tidak akan bankrap jika memberi bonus untuk rakyat.Wang tersebut akan kembali ke kantung negara dalam masa terdekat sahaja.Pungutan cukai dan seumpamananya boleh mengimbangkan perbelanjaan negara dalam sekelip mata sahaja. Keuntungan petroleum mampu menampung pemberiaan bonus untuk kaki tangan awam.Kalau ada hampir 400 ribu kaki tangan awam, bayangkan berapa ramai ahli keluarga yang layak mengundi, jika ada suami atau isteri, sudah sekali ganda atau kurang dari itu jumlah pengundi. Dan jika kaki tangan awam tersebut punya anak2 yang sudah mencecah umur 21 tahun dan ke atas, maka pengundi yang layak lagi bertambah.Kerajaan jangan ambil mudah, dan jika kerajaan sengaja tidak mahu memberi bonus atas andaian majoriti dari mereka menyokong pembangkang maka sah2 lah dalam PRU akan datang undi untuk kerajaan lagi merosot.Lagi terbeban jika pakatan pembangkan menjanjikan bonus 2 bulan gaji jika mereka menang PRU dan memerintah negara.

INGAT!!!..sekali terlepas cengkaman kuasa, untuk merampas semula satu kerja yang amat2 sukar. Lihat Kelantan, sudah 20 tahun diperintah PAS sehingga kini UMNO masih gagal untuk menawan semula.Dun Galas juga akan memihak kepada pembangkang jika kerajaan silap percaturan sekali lagi. Tun Mahathir pernah menegaskan,PAS akan bankrap selepas 3 bulan perintah Kelantan tetapi sehingga hari ini,PAS makin kukuh di Kelantan. Pulau Pinang juga mungkin akan kekal di tangan DAP-Pakatan Rakyat selepas PRU13.Kedah juga demikian, Perak akan dirampas semula, Selangor makin bertambah kerusi untuk Pakatan.Sabah dan Sarawak mungkin juga akan terlerai dari ikatan Kerajaan Pusat jika kerajaan yang berkuasa tidak bijak menilai suara hati rakyat.

Penolakan rakyat terhadap kerajaan perlu ditangani sebaik mungkin.Risikan dari rakyat terbanyak menggambar demikian.Kerajaan jangan percaya kepada pembodek dan pencacai politik yang sedang mengelilingi mereka.Mereka itu talam 2 muka.Makan kiri dan kanan.Kerajan perlu melantik orang2 kepercayaan yang berani berkata benar untuk mendapat input yang betul.Jika tidak kerajaan akan terus dimanipulasi oleh tali barut dan pencacai politik mereka sendiri.Semuanya 'yes men' tidak sanggup berkata benar,tidak berani memberitahu cerita betul.Keadaan inilah yang terjadi di Selangor sehingga kerajaan Khir Toyo disapu dengan 'penyapunya' sendiri, [ kalau masih ingat; Tun Daim pernah memberi ingatan kepada kerajaan kawasan kelabu termasuk Selangor dan Wilayah namun pihak terlibat seperti memandang sepi amaran Tun tersebut ].Syok sendiri dan yakin rakyat kekal menyokong UMNO dan BN, akhirnya membawa padah.Apakah UMNO yakin akan merampas semula Selangor dari pembangkang?Jika yakin mana petunjuknya?Sedangkan hakikat sebenar,rakyat makin selesa dengan kerajaan terkini.

Laporan media masa tidak sedikit pun menggugat keyakinan rakyat. Rakyat lebih percayakan cakap2 rakan terdekat mereka daripada terpengaruh dengan media masa.Langkah kerajaan sebenarnya perlu 'berbaik-baik' dengan rakyat. Jangan terlalu menjaga hati orang2 kaya atau tokoh2 korporat sebabnya rakyat umum lagi banyak kuasa undi.Orang2 kaya berapa kerat sahaja.Mereka ada kalanya sokong membawa rebah. Jika kerajaan yang ada kalah, mereka akan dapatkan 'dahan' baru. Mereka kekal selamat tetapi kerajaan yang memerintah sudah lingkup.Sikap berjaga-jaga perlu diambil-berat oleh kerajaan.Berbaik dengan rakyat walaupun disangsi oleh pembangkang dengan pelbagai tuduhan, kerajaan tidak rugi apa-apa.

Berilah BONUS...
HENDAK SERIBU DAYA,KALAU TAK HENDAK MAKA SERIBU DALIH..

Saturday, October 16, 2010

BAJET 2011...

Entah apa yang menguntungkan rakyat..dengar cerita bajet rakyat.Sekali imbas masih macam tahun2 lepas juga.Cukai handbag,seluar dalam,baju dalam dikurangkan tu..siapa yang untung tu?Kalau untuk rakyat terbanyak,tetap tidak menguntungkan apa2 sebab orang2 kampung tidak pandang itu semua..

Rakyat menunggu bonus..walaupun dikira dapat RM1000 tahun ni,masih tidak membantu rakyat yang berpendapatan rendah.Pakaian sekolah 2 pasang,kasut 2 pasang,dah licin RM500 tu.Sikit hari lagi nak sambut raya lagi,lepas tu sekolah nak buka...banyak belanja.Presiden CUEPACS wajar letak jawatan sebab dia gagal memperjuangkan bonus untuk kakitangan awam terutama mereka yang bergaji kecil.Asyik pasang lagu lama jerrrr..

Bajet '11 menjurus kepada orang-orang bisnes yang dapat untung.Tol lebuhraya tidak dinaikkan pun memang wajar sebab keuntungan lampau pun masih belum usik lagi.Sekadar 5 tahun tidak naik kadar tol masih untung puluhan juta sebab pengguna tol makin bertambah.Pelanggan tetap tol kekal bertambah..

Penghapusan cukai handphone memang baik untuk rakyat tetapi kesannya kepada penggunaan phone dalam kalangan pelajar makin teruk.Sikap pelajar yang suka membawa telefon bimbit ke sekolah akan terus merebak.Larangan bawa phone ke sekolah tidak memberi kesan kerana guru-guru tidak mampu untuk membuat  pemeriksaan ke atas semua pelajar. Dengan terhapusnya cukai, virus gambar lucah melalui phone akan terus tersebar,pelbagai unsur negatif yang boleh disalurkan melalui phone akan terus rancak.

Gaji Tok Batin dan setara dengannya begitu mengejutkan.Dengan jumlah RM800 adalah dikira sangat tinggi sedangkan gaji minima yang dituntut oleh kesatuan sekerja tidak dipandang oleh kerajaan.Apakah kenaikan gaji tok batin ada kaitan dengan p'raya di Dun Galas?...Gaji imam-iman pun lebih sedikit dari gaji tok batin.Sedangkan tugas imam dan kesannya kepada masyarakat  lebih besar.Mungkin tok batin tidak ramai berbanding jawatan imam namun hiraki jawatan imam lebih mulia.Perlu dinaikkan lagi gaji imam-imam di seluruh negara.

Kakitangan awam juga perlu dinaikkan gaji mereka.Saban waktu tugas kakitangan awam makin bertambah, kos hidup yang di bandar mahupun di pinggir bandar juga makin tinggi seiring dengan kenaikan harga barang.Kerajaan perlu juga memandang keadaan ini.Bebanan kerja dan kos pengangkutan hidup di bandar dan pinggir bandar makin meningkat. Perbelanjaan harian untuk anak-anak juga makin bertambah.Kos jagaan anak, kos kelas tambahan makin mahal.Kos luar jangka perbelanjaan isi rumah golongan berpendapatan rendah dan sederhana begitu tinggi.Mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana ini selalunya wang gaji mereka habis setiap bulan.Unttuk menyimpan memang tidak mampu.Cukup-cukup untuk perbelanjaan rumahtangga sahaja....


bersambung