Sunday, September 16, 2012

Pemimpin perlu berubah dan mesti jelas kelihatan berubah. Ubah la diri sebelum rakyat membuat perubahan. Setiap inci perilaku dan dan tindak tanduk pemimpin menjadi perhatian rakyat. Maklumat hanya di hujung jari. Pihak lawan akan sentiasa mendedahkan apa sahaja isu melibatkan setiap pemimpin. Sikit sahaja tersilap langkah maka isu ini akan dieksploitasikan seluas yang mungkin. Jika tidak kena gaya mungkin boleh membuatkan seseorang itu tersungkur. Hari ini dalam saat semua orang bercakap pasal PRU13 yang semakin hampir maka mana-mana individu yang ingin bertanding semula atau ada angan-angan untuk menjadi calon pastikan rekod peribadk mereka bersih. Jika ada sedikit tercalar maka bakal memusnahkan harapan tersebut. Rakyat makin cerdik, rakyat makin celik politik pada hari ini. Zaman pemimpin serba tahu sudah lama berlalu. Hari ini ada benda rakyat lebih tahu, ada benda mungkin pemimpin lebih tahu. Ada benda sama-sama tahu. Justeru berhati-hati la. Baik pemimpin pembangkang mahupun kerajaan. Kalau benar ingin menjadi YB segera lakukan perubahan. Rakyat tidak mahu lagi pemimpin yang sekadar berjanji tetapi bila ada peluang menunaikan janji mereka membohongi rakyat. Kadar celik politik dalam kalangan rakyat negara ini makin tinggi. Mereka tidak akan termakan dengan sebarang isu begitu mudah sebelum mendapat rujukan dan pandangan pihak lain. Mereka mempunyai pertimbangan yang cukup matang. Isu yang dihidangkan melalui media baik yang menyokong kerajaan atau memihak pembangkang rakyat tidak terus menelan bulat-bulat sebelum mereka pasti itu satu maklumat yang tepat. Perhatian kepada bakal-bakal calon..usah la cuba gula-gulakan rakyat dengan pelbagai dongengan dan omong kosong. Rakyat adalah hakim yang paling berkuasa untuk membuat keputusan dalam setiap pilihanraya baik PRK mahupun PRU. Bersiap sedia la menerima kenyataan jika diabaikan semua keluhan dan teguran rakyat.

No comments:

Post a Comment