Semalam,
manisnya bagai madu yang diteguk
segalanya rasa indah
membalut hati resah
untuk tenang seketika...
lupa pada kekusutan menerpa.
Dan hari ini,
terasa madu ini kian susut
entah,..
tertahankah kita pada hukum alam
kitakah yang tertewas pada warna kehidupan
menatap sepi kelam senja
mengucapkan salam perpisahan.
Entah esok kita kan bersama lagi
melepaskan rasa luka
melepaskan benak terpendam
pada lingkaran waktu
kemesraan berpupuk
semakin menghilang.
Friday, February 5, 2010
LUAHAN RASA..
Haruman mawar, kehijaun herba
dan mekar kembangyna kemboja
menjadi saksi setiap detik kita bersama...
dengan serpihan warna cinta
bertaburan dari sebuah epilog
impian semalam merentangi gurun perasaan
kemarau tanpa air hujan ketabahan
Usah ditangisi takdir perpisahan,
tidak juga menyesali sebuah pertemuan
dengan langkah sayu namun tanpa sendu
melalui pengakhiran ini
dengan rela mu...
terima kasih.
dan mekar kembangyna kemboja
menjadi saksi setiap detik kita bersama...
dengan serpihan warna cinta
bertaburan dari sebuah epilog
impian semalam merentangi gurun perasaan
kemarau tanpa air hujan ketabahan
Usah ditangisi takdir perpisahan,
tidak juga menyesali sebuah pertemuan
dengan langkah sayu namun tanpa sendu
melalui pengakhiran ini
dengan rela mu...
terima kasih.
Tuesday, February 2, 2010
POLIS ASYIK NAIK GAJI JEEEE?....
Sewaktu Tun Abdullah menjadi PM...berlaku perubahan gaji, semua kakitangan awam terlibat termasuk pasukan polis..Kemudian pihak polis dapat lagi perubahan gaji yang dipohon oleh pihak pengurusan polis.Sekarang naik gaji lagi...berapa banyak dia orang dapat naik gaji ni?Kakitangan awam yang lain....tidak dapat apa pun.Kerajaan nampaknya asyik membuat perubahan gaji untuk polis dan tentera je?...Dalam 5 tahun ini sudah banyak kali mereka dapat kenaikan gaji....kalau nak buat perubahan untuk gaji buatlah untuk semua..kakitangan awam lain pun manusia gakkk...ada tanggungjawab, ada hutang dan bebanan lain jangan asyik jaga polis je.Cuba tengok pihak polis tu...kereta-kereta mereka lain macam je mewahnya betul ke mereka tu tak mampu?...
Sunday, January 31, 2010
HUKUMAN SEKADAR MELEPASKAN BATUK DI TANGGA
Saya keliru kesalahan yang dilakukan oleh Hassan Ali dan Khalid Samad..mana yang lebih berat.Pada kaca mata saya yang mengikuti perkembangan isu tersebut kedua-duanya melakukan kesalahan yang wajar mendapat hukuman yang hampir sama.Namun di mana silapnya dan di mana unsur yang terlepas pandang, maka mereka medapat hukuman yang berbeza.Bila begitu hukuman untuk mereka, maka kini muncul pula komen dan ulasan yang berbeza dan bermacam-macam hujah dilontarkan oleh ahli-ahli PAS.Mereka mempersoalkan kewajaran hukuman yang diberikan untuk dua tokoh PAS yang dimaksudukan.
Apakah hukuman dan siasatan sekadar melepaskan batuk di tangga?...hukuman yang dibuat dilihat seperti sekadar menjalankan hukuman semata-mata...tidak serius dan bukan untuk memberi pengajaran..
Apakah hukuman dan siasatan sekadar melepaskan batuk di tangga?...hukuman yang dibuat dilihat seperti sekadar menjalankan hukuman semata-mata...tidak serius dan bukan untuk memberi pengajaran..
MENCUBA BISNES JUAL BATU PERMATA...
Saya memiliki simpanan beberapa biji batu permata.Batu permata ini saya perolehi dari pelbagai sumber,ada melalui ritual alam ghaib, ada yang diperolehei melalui usaha sendiri...oleh kerana tersimpan dan tidak dibuat cincin saya ingin memindah milik kepada teman-teman yang sudi...insyaallah saya akan pamerkan dalam blog saya ini sedikit masa lagi..ada antaranya sebilah keris picit yang beratus tahun usianya.Juga kalau ada yang sudi menebusnya saya sedia berunding untuk pindah milik...
Thursday, January 28, 2010
RENUNGAN DI SORE INI...
Wanita di usia 20-an mengancam.Di usia 30-an, bermacam-macam. Di usia 40-an terancam. Di usia 60-an ke atas dah tidak boleh nak cam...usia kita akan meningkat setiap tahun.Sesungguhnya bertambah setahun usia kita, sebenarnya kita menghampiri saat kematian kita.Baki usia untuk hidup menjadi semakin pendek.Justeru ketuaan yang kita hadapi sebenarnya kita melangkah ke garis penamat hidup kita yang penuh dengan tipu dan daya ini.Waspadalah selalu...tua pasti datang tetapi kematian itu yang perlu kita bersiap sedia..semoga kita menemui jalan 'pulang' dengan aman dan tenteram.Amin.
SEKADAR MEMUJUK HATI...
Kita pohon kekuatan,Allah beri kesulitan untuk jadikan kita kuat.Kita pohon keteguhan hati, Allah berikan masalah untuk diatasi.Kita pohon keyakinan, Allah berikan ujian untuk mantapkan iman dan jiwa.Kita pohon cinta, Allah berikan insan yang tulus untuk didampingi.Walaupun kadangkala kita tidak dapat apa yang kita ingini, namun kita sentiasa dapat apa yang kita perlukan..lurut dada, tanya iman.Apa pun bersyukurlah, kita dilahirkan dalam Islam dan masih kekal dengan Islam selamanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)


