Dengan tertangguhnya Pemilihan UMNO pelbagai peringkat pada tahun hadapan maka dapatlah disimpulkan bahawa semboyan PRU13 bakal dibunyikan.Sudah berlaku keadaan seperti ini seperti pemilihan UMNO 1999 juga ditangguhkan semata-mata untuk memberi ruang kepada UMNO-BN memperkemaskan dan mempersiapkan segala kelengkapan untuk PRU.
Semua akaun kewangan perlu disemak dan diteliti untuk mempastikan kedudukan 'kewangan' UMNO-BN mencukupi untuk ditaburkan semasa PRU nanti.Di samping itu mana-mana kain yang carik,kain yang jarang, kain yang terkoyak sedikit,terkoyak banyak perlu ditampal atau dijahit segera.Benda dalam kain jangan ternampak oleh sesiapa terutama pihak pembangkang.Jika tidak..besar malu dan kemaluannya.
Pemilihan UMNO perlu ditangguhkan.Ini penting jika tidak koyaknya lebih teruk dari PKR.Pelbagai isu dan tuduhan akan timbul.Kelak pembangkang pula akan ambil alih untuk membuat serangan dan tembakan.Selalunya perpecahan dalam UMNO cukup parah.Berlaku macam-macam isu dan kes.Boikot undi terhadap UMNO itulah yang selalunya terjadi.Maknanya UMNO juga bukan sebuah parti yang kukuh dan harmoni.Andai benar UMNO kukuh dan kuat masakan mereka takut untuk adakan pemilihanan?.Mesti ada sesuatu perkara yang paling ditakuti UMNO jika diadakan juga pemilihan dalam parti.
PKR sudah berjaya membersihakan partinya.Segala kudis, penyakit, gatal-gatal dan segala miang dalam parti sudah berjaya diasingkan.Mereka yang tinggal dalam parti hanya mereka yang benar-benar kuat,berkualiti, mantap jiwa dan perjuangan.PKR sudah berjaya membersihkan partinya dari segala anasir perosak.PKR kini kembali kuat, kukuh dan mantap.Bersiap sedia menghadapi PRU13 dengan penuh yakin.
PAS juga sudah selesai membuat sedikit perubahan.Walaupun tidak digembar gemburkan namun PAS bergerak dalam senyap membuat perubahan demi perubahan untuk penambaikan kepada PAS.Mereka juga siap sedia untuk bertarung dalam PRU akan datang ini.
DAP juga sedia bertanding bila-bila masa sahaja.Menunggu UMNO-BN membubarkan parlimen sahaja.Mereka tidak sedikit pun memperlihatkan kekecohan dalaman parti.DAP masih kukuh dan lenang.Pemimpin mereka masih bersatu,berpadu.
Hanya UMNO masih takut-takut untuk menghadapi pertandingan dalaman parti.UMNO begitu takut dengan perpecahan dalaman kerana setiap kali berlaku keretakan dan perebutan jawatan dalam parti pasti akan muncul masalah sampingan sehingga membawa kepada cengkaman kuasa juga menjadi lemah.
Kini pihak mana dalam keadaan runsing masih belum dapat dipastikan.Segala-galanya akan terbongkar bila PRU13 diumumkan.Pembangkang mungkin sedang menyusun 'senjatanya'.Pakatan Rakyat tidak begitu melawan segala tembakan dan panahan UMNO-BN sebelum ini mungkin mereka menunggu musim PRU13 bermula.Ia akan menjadi lebih segar dan lebih bernilai jika segala kelemahan dan keburukan dibongkar waktu itu.Rakyat mesti terpengaruh dan termakan kerana ia benda baru.UMNO kena ingat itu semua.Cuba selidik dan semak,semua menterinya, timbalan menterinya, dan semua YBnya.Apakah mereka itu suci dan bersih dari segala salah laku moral, kuasa, dan isu rasuah dan seumpamanya.Jika tidak,nahaslah...
Rakyat hari ini sudah maju,bijak menilai,bijak berfikir.Mereka tidak mudah termakan atau tertipu dengan isu rekaan atau ciptaan.Rakyat akan terlebih dahulu merujuk dengan sumber-sumber yang mereka lebih percayai sebelum mereka terima apa yang dilihat,didengar atau didedahkan kepada mereka.Rakyat sudah bijaksana.Pemimpin mana-mana parti perlu sedar akan perkara ini.
Pihak yang mampu menawarkan khidmat yang rasional dan boleh diaplikasikan secara nyata akan menang kali ini.Sekadar janji di bibir walaupun mungkin logik namun jika terlihat dengan jelas bahawa itu hanya janji pilihanraya sedangkan janji2 sebelum ini berlongok dan bertimbun belum tertunai,usahlah menambah janji.Rakyat sudah muak dan meluat.Jangan cuba memutihkan diri sendiri dengan menghitamkan orang lain.Itu sudah lapuk.budaya itu adalah budaya kitul dan mendaliar dulu-dulu.Budaya Patih Kerma Wijaya, budaya ini sudah lama dicampakkan oleh rakyat ke lubang najis.
Berjanji dengan rakyat perlu janji yang benar-benar mampu ditunaikan.Namun kalau terlihat memang mampu ditunaikan tetapi masih liat untuk dikotakan segala janji maka cukuplah penipuan itu untuk rakyat.Rakyat sudah lama dipermainkan.Cukuplah rakyat memberi undi kepada parti yang hanya bijak berjanji,namun menggunakan janji itu untuk mengekalkan kuasa.
Bersiap sedialah semua pemimpin politik dan parti politik itu sendiri.PRU13 bila-bila masa dari sekarang akan diumumkan.Segala keburukan dan kelemahan baikilah segera.Pemimpin putar alam,berundurlah segera.Pemimpin korup,pemimpin kaki betina, pemimpin kaki rasuah, pemimpin kaki kelab malam, pemimpin kaki judi cepat-cepatlah berundur sebelum rakyat jatuhkan.Sedar dan insaflah dari sekarang.Parti perlu diutamakan.Jangan pentingkan diri sendiri.Kelak bukan setakat diri yang tewas,parti juga turut hancur sama.
No comments:
Post a Comment