Mati semut kerana gula.Gula mendekatkan kematian semut.Hayat semut menjadi pendek bila semut mula mendekati gula.Begitu juga manusia; dadah,rokok, dan arak boleh mendekatkan kematian manusia.Asbab dan musabab membawa kepada kematian manusia itu sendiri.Pupusnya generasi muda dalam masyarakat moden, masyarakat yang melupakan Allah dan solat [ sembahyang ].
Warga emas ada yang masih tidak sedar diri,masih tidak merasakan dirinya makin dekat dengan pintu kubur meskipun jika memandang kiri kanan, jira-jirannya, manusia yang pernah menjadi ahli keluarganya dan sahabatnya seorang demi seorang telah pergi meninggalkannya.
Kita perlu menginsafi agar kita sentiasa bersiap sedia lebih awal dengan bekalan ke akhirat.Dan kita tidak ingin [ kalau boleh dielakkan ] dari mati mengejut tanpa banyak persiapan yang sempat dilakukan pada usia yang masih muda;sebab buah-buahan itu tidaklah gugur sewaktu masak ranumnya sahaja tetapi boleh juga gugur semasa putik atau mudanya.
Bersedialah untuk mati.."matilah kamu sebelum mati", renungi dan hayati sepenuhnya kata-kata ini.Semoga mengerti.
No comments:
Post a Comment