Bidang perubatan di negara ini sudah acapkali mendapat teguran dan kritikan masyarkat.Hospital kerajaan yang lambat memberi bantuan, lembab semasa bertugas, emosional sewaktu berhadapan dengan pesakit @ pelanggan dan macam-macam hal lagi.Pusat perubatan swasta pula sering dikritik kerana kos perubatan yang terlalu mahal, tidak mengambil berat soal keselamatan kepada pesakit kecemasan tanpa bayaran deposit terlebih dahulu.Semua ini sering dipaparkan dalam media masa.
Namun kini, timbul pula isu doktor palsu.Situasi ini amat menakutkan kerana jika melibatkan nyawa pesakit.Cuba bayangkan jika tersilap ubat.Tersilap membuat pembedahan,tersilap membuat rawatan.Jika ini berlaku maka mungkin mengancam nyawa pesakit.Doktor palsu ini sebenar tidak layak berada di klilnik sebaliknya mereka ini perlu berada di penjara atau menjadi pesakit di pusat rawatan psikiatari. Mereka sedemikian ini sebenarnya sakit jiwa.
Bayangkan jika staff klinik dicabul atau dirogol, lagi parah.Ada yang berani mungkin laporan polis akan dibuat sepertimana dalam laporan Harian Metro di atas.Bagaimana jika mangsa menjadi takut atau diugut?Pasti kes berkenaan akan berlanjutan terjadi.Sikap dan keadaan ini perlu dibanteras dengan segera sehingga ke lubang cacing.Pemilik pusat rawatan,klinik atau pusat perubatan perlu membuat tapisan dan soal selidik seteliti mungkin.Jika tidak nama baik pusat perubatan berkenaan akan mendapat malu,mungkin ditutup atau mungkin kena saman dengan pesakit.
Malahan dicadangkan pemilik pusat perubatan yang lalai dalam soal pemilihan pegawai @ doktor yang bertugas di premis mereka perlu diambil tindakan.Kelalaian mereka dalam hal-hal begini mengundang padah kepada pelanggan yang mendapat rawatan.Andai berlaku kematian tentu banyak pihak teraniaya.Kesilapan pemberian ubat selalunya banyak mendatangkan risiko sampingan.Mungkin penyakit makin teruk, mungkin membawa mudarat yang lebih teruk sehingga membawa maut.
Pihak berwajib perlu membuat pemeriksaan berkala sepertimana pemeriksaan ke atas majikan pembantu rumah.Doktor plasu ini perlu dihapuskan segera.Tidak ada kompromi dalam hal ini.Syarat ketat perlu dikenakan kepada klinik swasta atau pusat perubatan swasta jika ingin mengambil doktor bertugas di tempat mereka.Pemilihan perlu dibuat seteliti dan seketat yang mungkin.Sesuai dengan kos yang mereka kenakan kepada pesakit.
Andai kos perubatan mahal tetapi doktor yang merawat pula adalah palsu,sangat tidak adil.Mereka yang terlibat perlu dihukum atau didakwa di mahkamah.Denda pula perlu tinggi.Jangan beri muka kepada mereka yang bersifat binatang ini.Pesakit atau pelanggan tentunya mempunyai kepercayan atau keyakinan penuh untuk mendapat rawatan,tup-tup doktor yang merawat adalah palsu.Tidak punya kelulusan yang diikitiraf.Boleh mengundang pelbagai masalah sampingan yang lain.
Kerjaya doktor dipandang tinggi dan mulia oleh masyarakat.Namun jika pekerjaan tersebut dikhianati oleh mereka yang gilakan gelaran doktor dan sanggup menjadi doktor palsu lambat laut, masyarakat akan menjadi curiga kepada kerjaya doktor tersebut.Akhirnya doktor yang tulen pun dipandang serong oleh masyarakat.Lebih parah lagi, bila doktor tulen nak berkahwin pun mungkin pihak keluarga pasangannya terpaksa membuat semakan dan siasatan untuk dapatkan pengesahan.Keadaan ini mungkin memalukan doktor yang benar-benar diiktiraf.Bak kata pepatah " kerana nila setitik habis susu sebelanga rosak". "Seekor kerbau membawa lumpur habis semua yang lain terpalit sama".
Kerajaan dan kementeriaan yang berwajib perlu membuat sesuatu.Masalah doktor palsu ini sudah lama berlaku.Mungkin sekarang ini masih beratus doktor palsu sedang enak berkhidmat di klinik-klinik swasta dan mendapat gaji yang tinggi.Tanpa rasa bersalah mereka ini menyamar dengan gelaran doktor ke sana ke mari.Menipu orang ramai.Entah-entah sudah ramai yang mati atau menjadi mangsa akibat kerja-kerja tangan palsu mereka ini.Jangan sudah terhantuk baru tengadah.Macam pahat dengan penukul,sekali ketuk sekali menusuk.Bila diam isu ini maka kerajaan pun diam.
Bertindaklah segera.Korek sampai ke dasar.Jangan bagi muka kepada manusia berhati binatang ini.Mereka ini sakit jiwa.Bagaimana manusia yang sakit jiwanya ingin memberi rawatan?.Mereka tidak mampu untuk merawat diri sendiri ada hati ingin merawat orang lain.Dan bukan dalam bidangnya.Banyak keburukan dari baiknya.Kalaupun pesakit itu sihat atau terselamat mungkin itu kebetulan.Selalunya doktor palsu ini mendapat latihan asas dari mana-mana pusat latihan perubatan.Dengan sedikit ilmu yang mereka pelajari itu membuatkan mereka lebih yakin dan berani menipu.
Standard rawatan asas di klinik swasta perlu diadakan.Sekarang,kalau pesakit pergi jumpa doktor di klinik atas hospital swasta, tidak banyak pemeriksaan yang dilakukan.Hanya lekatkan stateskop di dada atau belakang pesakit, periksa tekanan darah, borak sikit selesailah sesi rawatan.Kalau pesakit menghidap selesema, doktor sekadar pegang anggota badan pesakit, periksa suhu badan, kemudian tanya beberapa soalan asas terus selesai.Kemudian ubat diambil di kaunter.Jika hanya itu sahaja cara rawatan dibuat maka penulis pun berkeyakinan untuk menjadi 'doktor'.
Mana-mana klinik pun kebanyakannya begitu prosedur rawatannya,cukup mudah,senang dan ringkas.Ubat-ubat terentu sudah tersedia di klinik,pesakit yang menghidap sakit ringan seperti selsema, demam panas dan seumpamanya sudah dihafal oleh doktor.Doktor palsu yang punyai ilmu asas atau yang pernah bertugas sebagai Pembantu Perubatan pun pasti mahir hal-hal begini kerana kebanyakan hospital kerajaan mereka ini yang bertugas merawat pesakit yang cedera ringan atau demam-demam biasa.
Cegahlah sebelum merebak.Sebelum virus doktor palsu ini menjadi sebati dengan bidang perubatan swasta negara maka wajar kerajaan bertindak segera.Keselamatan pesakit perlu diambilberat.Keyakinan dan kepercayaan pesakit dan masyarakat terhadap profesion kedoktoran ini perlu dijaga.Jangan biarkan "DOKTOR PALSU" ini mengaburi mata masyarakat.Mencegah itu lebih baik dari merawat.Paling utama jangan ada pihak yang kena rasuah dalam hal ini.Andai rasuah juga menjadi galang ganti maka kes doktor palsu ini sampai bila pun tidak mampu dibanteras.Fikir-fikirkanlah..
No comments:
Post a Comment