UMNO-BN sedang mengadakan konvensyen khusus untuk mencari formula mengukuhkan kuasa mereka.Mencari titik temu untuk kembali menyatukan keretakan dalam parti masing-masing.Kompenen BN sebenarnya mempunyai masalah dalaman tersendiri.Konvensyen tersebut dilaksanakan untuk kembali memugarkan persefahaman dan semangat kerjasama antara mereka. Namun ia tidak diadakan untuk memikirkan masalah rakyat yang 'dirundung' malang.
Malang kerana terbeban dengan kenaikan harga barang.Malang kerana semakin hari rakyat semakin dibelenggu kesusahan,penderitaan dan kos hidup yang semakin menghimpit.Pendapatan yang semakin berkurang.BN sebaliknya hanya memikirkan kuasa dan kedudukan.Langsung tidak mahu memikirkan untuk mengekalkan 'kuasa rakyat'.Tidak mahu memikirkan kesan dan tindakan rakyat jika hidup mereka terus ditekan. BN bersatu sekali pun jika rakyat kekal menolak BN dalam PRU akan datang apa maknanya kalau BN bersatu padu?.
Benar.!!!.Kikiskan sifat khayal dan lupa diri.Khayal kerana beranggapan rakyat sudah kembali menyokong UMNO-BN.Sifat khayal dan syok sendiri ini akan makan diri UMNO-BN.Buatlah apa pun kalau sekadar memikirkan kuasa dan kepentingan peribadi pemimpin semata-mata tanpa mengambilkira kehidupan rakyat yang semakin susah dan terhimpit maka suara dan undi rakyat tidak akan kembali kepada BN.Rakyat akan bangkit menentang.
Kikis juga sikap lupa diri.Terlupa dan lupa daratan bahawa kemewahan dan kesenangan yang dimiliki pemimpin selama ini adalah hasil sokongan dan undi rakyat.Pemimpin BN sepatutnya perlu sedar bahawa jika rakyat tidak bersama mereka nescaya kehidupan mereka tidak semewah sekarang.
Rupanya memang ada pemimpin UMNO-BN suka berkhayal dan lupa diri selama ini,jika tidak takkan PM DS Najib mengingatkan anak buahnya?.Pemimpin komang, lebih umur dan di luar kotak kemodenan dan kehendak rakyat dan masih menjadi tunggul dalam kerajaan perlu dicantas segera.Kalau boleh tunggul itu dibakar api untuk jadikan baja atau gantungkan saja pasu-pasu orkid di tunggul tersebut.Ada hasilnya..selain itu,sudah tidak berguna lagi.Ada pun kalau menyusahkan kerajaan dan menyemakkan fikiran, elok dibersarakan sahaja.Dinasihat dan diberi pembayang suruh berhenti pun tak faham-faham juga maka terminatedkan sahaja.
Rakyat didahulukan?Apa yang didahulukan?.Terdahulu dan pertama menanggung kenaikan harga barang?Terdahulu dan didahulukan menanggung pembayaran cukai, kos hidup yang semakin meningkat,itu memang benar. Atau didahulu dalam semua kesusahan dan selamanya rakyat didahulukan untuk memikul kenaikan harga barang dan semua perbelanjaan negara yang tidak berhemah?.Hutang negara makin meningkat.Kos hidup rakyat makin membeban.
Gaji kakitangan awam juga tidak berubah.Kadar gaji minima juga jauh ketinggalan dari negara serantau.Apakah bersatu dan bermuafakat itu merupakan satu ikrar dan janji untuk sama-sama meletakkan segala kesusahan dan kenaikan harga barang ditanggung rakyat semata-mata.Pemimpin hanya menangguk di air keruh.Pemimpin senang lenang.Mereka langsung tidak terbeban walau apa pun terjadi dengan kenaikan harga barang kerana mereka 'ditanggung halal'.Semuanya ditanggung rakyat.Aduhhh!!!..seronok benar jadi pemimpin ni ye?.Segala kesusahan biar rakyat yang rasa,segala kemewahan dan kesenangan biar pemimpin je yang kaut.Saban tahun bercuti, gelak tawa tanpa ada rasa risau akan masalah yang sedang melanda kehidupan rakyat.Bravo,bravo.ya riva!, ya riva!.....
Ingatlah,PRU13 makin hampir. Pemimpin BN sudah arif dengan tarikhnya sebab itu Konvensyen itu perlu diadakan sebelum wisel dibunyikan.Sebelum PRU diumumkan, ikatan antara komponen perlu diperketatkan.Mana-mana yang tercarik perlu dirapatkan kembali.Segala isu, skandal, keburukan para pemimpin BN perlu ditutup atau dibersihkan segera jika tidak rakyat sedang menunggu untuk kembali bersuara.Apakah gelombang 2008 akan berterusan atau UMNO-BN kembali mendapat keyakinan rakyat?Melihat kepada keadaan semasa, rasanya UMNO-BN masih sukar untuk bernafas lega..
Sediakan payung sebelum hujan.Beringat sebelum kena...jika tidak sama-samalah kita lihat SIAPA YANG KENA. Setelah semboyan PRU13 berbunyi..jika tidak berwaspada,pasti ramai yang akan kena, pemimpin BN dan pemimpin pembangkang akan menjadi mangsa.YB Bebas pun rasanya akan lunyai dan luput bersama-sama gelombang rakyat.Tak percaya?..tengoklah nanti.
Sediakan payung sebelum hujan.Beringat sebelum kena...jika tidak sama-samalah kita lihat SIAPA YANG KENA. Setelah semboyan PRU13 berbunyi..jika tidak berwaspada,pasti ramai yang akan kena, pemimpin BN dan pemimpin pembangkang akan menjadi mangsa.YB Bebas pun rasanya akan lunyai dan luput bersama-sama gelombang rakyat.Tak percaya?..tengoklah nanti.
No comments:
Post a Comment