Tiap kali musim perayaan,baik apa pun perayaan maka rumah terbuka akan bertebaran di sana sini.Cuma rumah terbuka musim Eidul-Fitri selalunya begitu meriah dalam kalangan umat Islam.Mereka akan datang dgn pelbagai fesyen dan gaya pakaian hari raya,sesuai dgn tahap glamour majlis yg dianjurkan.Majlis yg besar dan mewah,maka tetamu yg hadir tentu bangga kerana dijemput sama utk memeriaakannya.Pakaian pun takleh sembarangan.Mesti sesuai dgn tema dan ke'gah'an majlis tesebut.Kalau majlis itu biasa2 sahaja tetamu pulak akan dtg sekadar2 sahaja.Ada yg berat hati nak datang sbb cam tak glamour.Tidak ada keuntungan utk hadir,makanan pun tidak menarik.Terlalu berkonsep kampungan.Kalau majlis yg 'grand' lebih meriah,warna warni, ada live band dan mcm2 lagi.Majlis seperti ini menjadi tumpuan dan kehadiran tetamu cukup gah..sesak di meja2 hidangan.Itu part tetamu.
Lain halnya dgn penganjur majlis.Ada yg bangga kerana majlisnya yg terbaik,tercanggih,ter'grand', termeriah dan mcm2 'TER' lagi. Ada majlis yg cukup2 sederhana,begitu harmoni,tiada muzik yg melalaikan,makanan pun diyakini suci dan halal.Ada majlis,nampak bersih,menyelerakan tetapi belum tentu suci dan halal sumber penyediaannya. Ada penganjur gahnya semacam,kekadang nampak sedikit riak [ ini yg minta dijauhkan ]Dalam keseronokan kita memuat; RUMAH TERBUKA, niatnya harus betul.Kalau kita bermegah2,angkuh dgn kemeriahan dan penuh glamour majlis yg kita anjur,maka kita kerugian rahmat dan pahala Allah.Kalau kita anjur majlis utk memberi makan rakan2,kawan,sanak saudara dan mereka yg kurang bernasib baik,itu lah yg terbaikPenuh rahmat dan berkat Allah.Pahala dari Allah.
Akhirnya, sebagai tetamu,niat kita perlu betul.Bukan utk menayang pakaian,pasangan,suami atau isteri masing2,tidak juga utk menayang kenderaan mewah kita.Kena redha dan qanaah dgn makanan yg disediakan.Jgn mengutuk,memcemuh dan apa2 yg boleh dianggap kita tidak bersyukur.Jgn kufur nikmat.Makanlah apa yg ada.Apa yg perlu kita fikirkan ialah mengeratkan SILATURRAHIM.Begitu juga dgn tuan rumah,jgn riak dagn majlis yg kita anjurkan.Bukan dgn niat utk org puji,utk tetamu puji kitalah yg terbaik dlm menganjurkan rumah terbuka.Jgn sampai ke situ sbb riak itu membawa syirik.Kelak,kita habis beribu2 duit,kita rugi masa,rugi tenaga,rugi kos sbb pahala tidak dapat,murka Allah pula yg kita undang.Berpada2lah utk rumah terbuka.Baik tetamu yg datang ataupun tuan rumah yg menganjurkannya.Itulah yg terbaik
Sunday, September 26, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment