Monday, September 27, 2010

MUSUH SEBENAR KITA...

Dalam urus tadbir sesebuah negara,keutuhan,kekuatan,keteguhan dan keunggulan sesebuah bangsa dan kecemerlangan budayanya bergantung harap kepada diri anak bangsa itu sendiri.Merekalah yg menentukan utk meneruskan survival kehidupan mereka.Jatuh bangun sesebuah negara bukan ditentukan olah mereka dari luar tetapi ditentukan oleh rakyat negara itu sendiri. "Tidak akan berubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri yg berusaha utk mengubahnya " antara maksud ayat Al-Quran. Dalam apa keadaan sekalipun,tidak akan musnah atau bangkit sesebuah tamaduan bangsa kecuali anak2 bangsanya sendiri yg melakukannya. Sejarah telah membuktikan kejatuhan sesebuah tamaduan atau empayar sesebuah kerajaan disebabkan kelalaian,keangkuhan,sikap suka
berfoya-foya,terlalu lalai dgn kemewahan, menjauhkan diri dari agama sehingga membuka ruang utk musuh menyerang disebalik kelemahan yg kita tonjolkan.Begitulah juga dgn kebangkitan sesebuah tamadun.Keakraban hubungan antara pemimpin dgn rakyat, kekuatan perpaduan,sikap saling tolong menolong,taat dan patuh kepada ajaran agama,menjauhi budaya hidup yg melalaikan dan seumpamanya antara rempah ratus yg diperlukan utk membangunkan sesebuah tamadun.

Jangan kita terlupa atau buat2 lupa atau sengaja melupakan, bahawa kejatuhan maruah,akhlak,peribadi atau nama baik seseorg tetap berpunca dari sikap dan keperibadiannya sendiri.Bijak mengurus hidup,bijak mengurus harta,bijak mengurus peluang,kekal taat dgn segala suruhan agama,sentiasa berusaha menjauhi larangan agama,menjauhi gaya hidup yg negatif pasti kita akan kekal dlm kehidupan yg sentiasa harmoni.Keutuhan sebuah rumahtangga juga begitu.Biar hebat mcmana pun dugaan dari luar, biar secantik mana org lain berbanding pasangan kita,andai kita tetap jujur dan menyayangi pasangan kita, sampai bila2 keutuhan ikatan suami dan isteri tetap terjaga. Itulah hakikat "bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi".Dalam lain perkataan,MUSUH SEBENAR KITA ialah diri kita sendiri.Musuh sebenar negara ialah rakyatnya sendiri.Kerosakan moral dan maruah diri mahpun negara berpunca daripada sikap rakus dan tidak setia rakyat kepada negaranya dan sikap individu itu yg sengaja 'melawan tepuk'.Bila ada dua belah tapak tangan bersatu menepuk maka akan melahirkan bunyi,bunyi ini bergantung kepada nawaiti dan halatuju yg diimpikan oleh pihak yg merancang utk bertepuk tangan tersebut.Jangan sesekali kita curang kepada negara atau curang kepada pasangan kita kerena semua yg terjadi baik atau buruk sebenarnya bepunca dari dalam,itu diri kita sendiri.Sebab itulah sebenar2nya musuh yg perlu kita kawal sepanjang masa.Nafsu kita sentiasa mengajak utk melakukan kemusnahan,bentengnya ialah keteguhan iman.

No comments:

Post a Comment