Apakah RETAK MENANTI BELAH?
PKR sedang mengadakan sidang mesyuarat cabangnya masing-masing.Saban waktu khalayak dipaparkan dgn mcm2 kerenah dan isu yg menggambarkan kebobrokan yg berlaku dlm PKR.Perang psikologi yg dimainkan media massa baik elektronik maupun media cetak sedang menyerang bertubi2 dari segenap ruang oleh pihak yg berkepentingan.Khalayak melihat pihak yg ingin sangat melihat PKR terkubur ialah tidak lain dan tidak bukan,dari UMNO.Sifir mudah kenapa UMNO yg dikatakan menjadi duri kepada pemilihan PKR kali ini ialah atas andaian semua media arus perdana yg memaparkan segala peristiwa yg berlaku dlm PKR ialah milik UMNO.Tokoh utama yang diserang,dicerca,diberikan pelbagai imej buruk ialah Zamin Ali dan mentornya DSAI. Kedua2 pemimpin ini setiap masa akan memenuhi dada2 akhbar dan media elektronik.
Sekali imbas, sebenarnya tokoh ini merupakan duri dalam daging kepada survival UMNO.Kelicikan dan kebijaksanaan mereka ini [ AA dan DSAI ] begitu menakutkan UMNO khasnya,BN amnya.Jika kedua2 mereka ini bukan ancaman kepada UMNO mengapakah media masaa begitu bersungguh2 melakukan pembunuhan imej terhadap mereka?Tentunya mudah utk dinilai oleh org ramai yg celik politik dan mereka yg faham perang saraf.Pembunuhan personaliti ini satu mekanisme utk membutakan musuh mereka terhapus secara tidak langsung.
Jauh dari itu,sikap yg dimainkan oleh media massa ini jelas menampakkan bahawa UMNO begitu risau jika dua tokoh yg disebutkan di atas masih kekal berkuasa sehingga PRU13 akan datang.Paling mengherankan mengapa pada ketika sesi pemilihan agung PKR ini,muncul pula bekas2 ahlinya yg telah keluar dari PKR begitu berminat utk membuat ulasan itu dan ini,berlaku macam2 dakwaan ke atas dua tokoh tersebut.Style pecah dan perintah diamalkan utk menghancurkan PKR dan keseluruhan organisasinya.Mengapa segelintir pemimpin UMNO begitu terliur utk campurtangan,lebih sudu dari kuah terhadap calon2 yg perlu dipilih oleh ahli2 PKR.
Terkini wujud pula dakwaan,rakaman perbualan telefon yg mengatakan perbualan itu ialah perbualan Azmin Ali dgn seseorg yg tidak dikenali yg dipercayai ada kaitan dgn rancangan Azmin utk menggulingkan YAB MB Selangor,TS Khalid Ibrahim.Ini satu lagi episod utk melaga2kan pemimpin utama dlm PKR.Sekali dengar PKR mmg dlm keadaan bergelegak.Sekali dengar seolah2 Azmin akan kecundang pemilihan akan datang ini.Sekali dengar,sahlah bahawa PKR akan hancur dan berkubur sebelum PRU13 nanti.Benarkah begitu?Sdgkan melihat kepada realiti sebenar,majoriti ahli PKR masih tidak melenting,mereka masih berlapang dada dgn berita yg disuakan kepada mereka.Mungkin mereka sebagai ahli parti yg berdaftar lebih faham sepak terajang politik.Mereka mungkin sudah diberi penerangan awal sebelum ini mengingatkan bahawa pemilihan kali ini akan mendapat liputan meluas media arus perdana milik UMNO.Siapa tau?.
Cuma,jika dibiarkan berterusan,mungkin sedikit sebanyak cerita2 yg dihidangkan itu boleh menggugat ahli2nya yg 'lemah iman' utk mrnrlan bulat2 apa yg dipaparkan.Sikap Zaid Ibrahim yg agak terburu2 utk menawarkan diri bertanding dlm PKR juga begitu menjadi tanda tanya.Apakah pemecatannya dari UMNO dulu satu perancangan rapi politik UMNO?Umpama membebaskan banduan dari penjara dgn niat utk menangkap keseluruhan geng penjenayah yg dibebaskan.Setiap inci pergerakannya akan diawasi dari semasa ke semasa.Apakah kemasukan Zaid ke dalam PKR juga melalui pendekatan yg sama?Dalam politik,itu bukan perkara mustahil.Tidakkah terfikir dlm benak Zaid bahawa dia masih baru,masih belum teruji pengorbanannya dlm PKR tetiba dia begitu berani utk menawarkan diri utk jawatan Timbalan Presiden.Kenyataannya dlm Mingguan Malaysia juga boleh disalaherti oleh byk pihak.Mengapa begitu mudah dia mendapat ruang dan peluang utk diwawancara sdgkan akhbar yg sama pernah mengoyak2 imejnya sewaktu dia bergelar menteri dlm UMNO suatu masa dahulu.Dan dia juga pernah membenci akhbar tersebut.Begitulah politik,hari ini kawan,esok menjadi musuh pula,dan hari ini musuh,esok menjadi kawan pula.Sejarah banyak membuktikan hakikat ini.
PKR dan seluruh warganya perlu mantap,perlu kukuh ikatan kepada pemimpinnya.Perlu yakin dgn kata2 pemimpinnya bukannya menerima kata2 atau cakap2 org dari luar atau mereka yg pernah bersama mereka.Jika yg keluar itu seorg yg benar2 sayangkan parti,mereka tidak sesekali berpaling tadah utk bersama parti lain atau bergelar bebas.Bila mereka bukan ahli maka mereka tidak mempunyai 'hak' utk bercakap atau mencampuri urusan PKR kecuali ada dendam kesumat atau pun ada sesuatu yg mereka inginkan suatu masa dahulu tidak berjaya mereka gapai maka inilah masanya mereka hentam cukup2 bekas parti yg pernah mereka sertai dahulu.Di mana2 pun org jenis ini mmg ada.Dlm UMNO,dlm PAS,dlm DAP,dlm Gerakan,dalam MIC, dalam MCA dan sebgainya lagi.
Sisi lain pula,jika dilihat kepada kecenderungan UMNO 'mencampuri' urusan dalaman PKR ini dptlah dibuat kesimpulan,PKR sebenarnya sebuah parti yg menjadi penentu kepada ketekalan kuasa UMNO dan BN utk mmemerintah negara.Khalayak akan lebih memahami betapa UMNO sebenar tidak begitu yakin utk menghadapi PRU13 akan datang.Jika benar UMNO yakin dan kuat,UMNO tidak akan mempedulikan apa yg berlaku dalam PKR.Tidak langsung memberi apa2 kesan kepada mereka.Jika telatah yg ditunjukkan sekarang,memperlihatkan UMNO masih gerun dgn PKR,bacaannya gerun dgn PAKATAN utk bertembung dlm PRU akan datang.UMNO perlu lakukan sesuatu terhadap PKR kerana PKR telah menjadi pemecahan undi org2 Cina.Hari ini,selain DAP,PKR makin mendapat tempat dlm hati pengundi Cina.Undi Melayu dari PAS mmg kekal bersama PAS,undi dari Melayu UMNO ada yg masuk PKR,ada yg masuk PAS.Setakat hari ini,penyokong PAS yg join UMNO teramat sedikit.Undi Cina yg selama ini bersama MCA dan Gerakan sudah membuat migrasi ke dlm PKR dan sebahagiannya bersama Himpunan Penyokong PAS.Keadaan ini amat mencemaskan UMNO.
PRK DUN Galas akan menjadi penanda aras akan tahap penerimaan org2 Melayu terhadap UMNO.Jumlah undi,majoriti undi,kekalahan atau kemenangan akan menjadi satu analisa yg wajar direnungi bersama.Kemudian kemungkinan pilihanraya di Sabah dan Sarawak akan menjadi medan penting kepada UMNO utk melihat apakah kekuasaan mereka terhadap cengkaman di PUTRAJAYA masih kukuh atau akan terlepas.Keputusan parlimen Sibu tempohari sudah memberikan tanda2 tidak elok utk UMNO dan sekutunya.Jika keadaan itu ditunjukkan juga dlm pilihanraya di Sabah dan Sarawak,maka tsunami politik mungkin berlaku dlm PRU13 akan datang.
Pembentangan Bajet 2011 nanti juga memainkan peranan penting utk memujuk rakyat.Jika peruntukan dlm bajet tidak mampu memenangi hati rakyat baik utk kelas tertinggi,sederhana mahupun kelas bawahan maka hati rakyat akan menjadi tawar.Rasa tawar hati ini akan memberi kesan tidak elok utk hayat UMNO.Jika kerajaan nampak sangat membodek rakyat dlm bajet akan dtg ini,itu juga memperlihatkan rasa terdesak kerajaan utk memenangi hati rakyat.Ini juga tidak elok utk kerajaan.
Namun, sebagai sebuah kerajaan yg bertanggungjawab,hak dan kebajikan rakyat wajar dijaga.Pandangan luar usah dipedulikan.Kalau perlu berkorban utk rakyat,lakukan sahaja kerana rakyat sudah bersama kerajaan lebih 50 tahun yg lalu,mana tau rezeki kerajaan sedia ada,PRU13 nanti,kerajaan pusat masih kekal di tangan BN.Kalau gagal sekalipun,kerajaan sudah melaksanakan yg terbaik utk rakyat.Menang atau kalah,sebenarnya rakyat memilih utk melantik pemimpin negara Malayasia juga bukan negara Congo atau Maldives.Kalau rasa kecewa sekaliupun kerana bertukar tangan pemerintah apa salahnya sesekali belajar menjadi pembangkang dan merasa bagaimana 'seronoknya' bergelar pembangkang seperti mana pihak yg menjadi pembangkang hari ini.Setidak2nya, kita lebih insaf dan faham kesilapan yg kita terlepas pandang seperti mana yg berlaku kepada kerajaan Pulau Pinang sebelum ini.Bila sudah hilang kuasa baru tersedar rupa2nya nasib bumiputera di negeri tersebut tidak terbela,sdgkan selama lebih 4 penggal,BN yg menjadi pemerintah.Kesedaran inilah yg penting,supaya bila berkuasa semula,kesilapan lama tidak berulang.Dah lama 'tinggal di bandar' apa salahnya sesekali 'balik menjengkuk kampung lama' yg ditinggalkan sudah lebih 50 tahun yg lalu.
Thursday, September 30, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment