Monday, September 27, 2010

PEMILIHAN PKR...

Senario PKR hari ini mendapat tempat dalam semua media massa.Isu pemilihan semua Jawatankuasa Teringgi parti mendapat liputan meluas.Liputan yg diberikan ini membawa pelabagai makna dan corak.Ada liputan utk menyokong calon2 bertanding,ada liputan dari media parti lawan,ada liputan seperti ingin melihat PKR itu terus hancur.Adu domba,fitnah dan surat layang didedahkan 'semanis' mungkin utk memperlihatkan PKR sebenarnya tidak lebih daripada 'induk' mereka iaitu UMNO. Disebabkan majoriti ahli PKR adalah bekasan UMNO maka mereka [ media massa ] beranggapan apa yg terjadi dlm pemilihan PKR tidak lebih menyerupai UMNO.Budaya rasuah,fitnah memfitnah,pergaduhan dan sebagainya.

Cuma yg menarik perhatian ramai pada ketika ini ialah pertandingan atau persaingan antara Azmin Ali[ AA ] dgn Datuk Zaid Ibrahim [ DZI ].Dalam konteks perebutan Jawatan Timbalan Presiden PKR ini,nampaknya persaingan antara mereka begitu menarik perhatian.Seorg dilabelkan telah terbukti taat setianya kepada parti dan kepada Ketua Umumnya,sudah terlihat bukti pengorbanannya,dilihat lebih layak utk membantu presiden parti,mempunyai ciri2 kepimpinana sejati, memiliki pengaruh yang kuat dlm semua peringkat. Mendapat sokongan kuat DSAI..dan mcm2 lagi diwajahkan utk calon ini.Manakala seorg lagi, digambarkan mempunyai idealisme perjuangan yg lebih liberal,menekankan kepada prinsip adil, tidak mengira siapa, menyokong kuasa presiden dikembalikan, mendapat sokongan dari Sabah dan Sarawak serta ahli bukan Melayu,seorg yg masih baru dlm PKR, belum teruji kesetiaan,terburu utk mengejar kedudukan,digambarkan seorg pemimpin yg tamak kuasa,seorg yg masih kuat berpegang teguh dgn budaya pemilihan UMNO,menggunakan kuasa wang yg ada,cuba memporak-perandakan keharmonian parti dan sebagainya. Kedua2 calon ini AA dan DZI memiliki kekuatan dan kelemahan masing2.Masing2 bersaing utk menang.Cuma yg ngilu dan kurang sedap didengar jika salah seorg dari mereka ini kalah...Jika DZI tewas pemilihan tersebut,wujud cakap2,beliau akan keluar dari PKR,beliau akan menyebabkan PKR kembali berpecah,beliau akan merosakkan perancangan PKR utk PRU13 akan datang.Kemungkinan sokongan bukan Melayu kepada PKR juga akan merudum dgn tewasnya DZI nanti.Kemungkinan2 ini tidak dapat dinafikan.Dgn segala mcm tuduhan dan fitnah yg disuarakan oleh pihak2 yg pro kem AA maka sedikit sebanyak akan mengguris perasaan DZI. Dgn penampilan beliau yg lebih low profile dan lebih terbuka,tidak meninggi diri, lebih bersifat 'kehambaan' pasti pengaruh beliau dlm PKR tidak boleh dinafikan,terutama dgn isu penentangan perwakilan dari Sabah dan Sarawak terhadap Azmin pasti ada sedikit kekecohan jika DZI tewas. Begitu juga jika Azmin pulak yg tewas.Azmin dipercayai mempunyai rahsia besar terhadap Anwar,sikap Anwar yg terlalu memberi muka,terlalu berlembut,terlalu memberi kepercayaan,sentiasa menunaikan apa2 hasrat Azmin, tokoh yg dari awal bersama Anwar,baik dlm keadaan senang mahupun susah,seorg yg telah teruji kesetiaannya kepada Anwar, setiasa dimenangkan Anwar baik dlm apa isu dan situasi sehinggakan melebihi kasihnya kepada isteri sendiri,adalah telah dilihat oleh ramai pihak terutama UMNO dan sekutunya sebagai calon yg mau tidak mahu mestikan dimenangkan oleh Anwar.Andai Azmin kalah dan belia merajuk maka segala rahsia Anwar akan terbongkar,segala kelemahan Anwar,segala buruk Anwar,segala skandal Anwar akan dibuktikan benar dgn terbukanya mulut Azmin utk bersuara, hatta jika Azmin berbohong sekalipun,masyarakat akan melihat itu adalah benar sbb mmg Azmin yg memegang suis semua litar peribadi dan litar politik Anwar selama ini.Keadaan inilah yg ditunggu oleh musuh2 politik Anwar dan pakatan pembangkang.Hakikat ini akan membuatkan Anwar dalam keadaan tersepit. Dua2 calon memberi impak yg besar kepada parti dan pakatan pembangkang.

Azmin kalah pun akan beri bahana kepada parti,DZI kalah juga akan memberi kesan buruk kepada PKR. Cuma peratus [%] kerosakan yg bakal dibawa itu masih tertaluk kepada pengaruh kedua2 calon,melihat secara umum,kekalahan Azmin lebih membawa tsunami kepada PKR kerana Azmin adalah satu2nya manusia yg masih bersama Anwar, paling rapat dgn Anwar yg masih tinggal dlm PKR.Beliau satu2 'aset' peribadi Anwar.Ini tentunya akan membuatkan Anwar juga perlu malahan 'WAJIB' memenangkan Azmin, dlm apa keadaan sekalipun kerana apa yg Azmin 'ada' bakal menggoncangkan Anwar dan PKR itu sendiri malahan impaknya kepada pakatan pembangkang. Dalam waktu yg sama,dlm senyap,pengaruh DZI tidak boleh dinafikan,pemecatannya dari UMNO dan jawatan menteri dilihat sebahagian besar ahli PKR terutama bukan Melayu begitu menyentuh hati.Ketulusannya membela keadilan dan mempertahankan prinsip begitu dikagumi.Kemasukannua dalam PKR begitu menarik minat bukan Melayu utk bersama dlm PKR.Pengaruh DZI telah menjadikan PKR semakin mendapat tempat dlm hati pengundi2 bukan Melayu.Keadaan ini sebenarnya membimbangkan UMNO dan sekutunya. Kekalahan DZI juga memberi kesan kepada Anwar utk menuju Putrajaya.Dalam saat2 PRU13 makin hampir dan bila2 masa sahaja boleh diumumkan,jika DZI membuat onar dgn kekalahannya dlm pemilihan nanti,akan sekali lagi membuatkan PKR khususnya, PR amnya dlm gelombang semula. Kekusutan dan kemungkinan2 ini perlu ditangani segera.DSAI jgn bersikap baling batu sembunyi tangan, atau menjadi gunting dlm lipatan dlm perebutan kuasa antara Azmin dgn Datuk Zaid ini. Sewajarnya,biarlah dlm situasi menang2.Paling baik dan paling adil,jadikan Jawatan Timbalan Presiden itu kepada dua kerusi.Dan kedua2 calon yg sedang berebut kuasa ini dilantik terus.Calon2 yg lain yg menawarkan diri dinasihati akur dgn keputusan itu.Jika satu kerusi Timbalan dan dua calon bersaing,pasti akan berlaku perpecahan dalam parti.Jawatan Timbalan itu pula perlu dikhususkan bidang kuasanya jika tidak,akan wujud sikap 'over rule' tugas antara mereka.Dan ini akan membuatkan mereka masing2 berkecil hati.Lebih mudah memujuk kanak2 yg merajuk berbanding memujuk dua pemimpin yg terguris hati.

Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menjauhkan dirinya dari mengamalkan pendekatan REAL POLITIK kerana jika pendekatan itu diambil maka akan menghancurkan PKR dan Anwar itu sendiri dlm peta politik negara.Di sinilah perlunya bijaksana digunakan setepat yg boleh. DZI masih baru dlm PKR,jiwanya belum benar2 'empuk' dgn sepak terajang PKR,kemungkinan dia boleh rujuk semula dgn UMNO kerana 'saki baki UMNO' dlm dirinya masih ada dan tetap akan ada.Bertindaklah segera.

Jika sepohon kayu,kalau pucuknya rosak,getuslah pucuk itu,jika rantingnya rosak,potong ranting itu,jika dahannya yg rosak,kerat dahan itu,jika akarnya yg rosak,korek dan buang akar itu.Jgn sesekali,dahan atau mana2 bahagian yg rosak maka sebatang pokok itu yg dikorbankan.Itu satu sikap yg terburu2 dan tidak cerdik.Pemimpin yg hebat; di depannya memberi teladan, di tengah2nya memberi semangat dan di belakangnya memberi pengaruh.Gunakan 4 sifat Nabi utk menangani keadaan ini,siddiq,amanah,tabligh dan fatonah.Itulah sebaik2 laluan yg boleh diikut...

* REAL POLITIK - merujuk kepada satu pendekatan yg menghalalkan semua cara asalkan pengaruh dan kuasa dapat dikekalkan hatta meracun atau membunuh pihak lawan.

No comments:

Post a Comment