Setiap manusia mempunyai naluri utk hidup berpasangan.Hakikat ini tidak dapat dielakkan.Kejadian Adam dan Hawa juga membuktikan hakikat keperluan utk hidup berpasangan.Lumrah dunia juga begitu.Ada pagi,ada petang,ada panas, ada sejuk,ada malam,ada siang,ada sedih,ada gembira,ada gelak,ada menangis semuanya dijadikan secara berpasangan atau berlawan fungsi.
Begitulah juga dgn manusia,utk hidup lebih sempurna,lebih bahagia,lebih berkualiti maka setiap pasangan hidup [suami isteri ] mestilah memilih pasangan yg benar2 berkualiti.Jgn main tangkap muat sahaja kerana perkahwinan itu adalah satu perjuangan bukannya satu perkara cuba2 yg boleh kita undur diri jika tidak sesuai.Ini bukan seperti kita membeli makan di kedai,jika kita tidak suka,maka kita berhenti makan dan tinggalkan kedai itu selepas kita membuat bayaran atau terus tinggalkan kedai tanpa bayar.
Memilih pasangan perlu betul.Antara ciri yg utama ialah kita MESTI memilih pasangan bukan sahaja yg CANTIK tetapi MESTI kaya. Dua keadaan ini perlu diambilkira. Kecantikan dan kekayaan ini bukan merujuk kepada kecantikan rupa paras dan kekayaan pula tidak merujuk kepada harta yg dimiliki bakal pasangan.Hakikat cantik dan kaya ini merujuk kepada cantiknya budi bahasa, cantiknya amalan agama, ketaatannya kepada agama,cantiknya akhlak, cantik cara pergaulan.Manakala kaya itu merujuk kepada kekayaan adab sopan,kaya ilmu, kaya sikap rendah diri, kayanya sikap tolak ansur, kayanya jiwa dlm menempuh kesusahan.Kekayaan harta dan kecantikan rupa paras cuma pelengkap sahaja bukan sesatu yg menjadi rukun dlm sesebuah perkahwinan.Jika pasangan kita itu dari golongan kaya,dan cantik rupa parasnya maka itu satu bonus lah buat kita. Namun hakikat kata dan cantik seperti yg dihuraikan di atas adalah yg perlu kita cari kerana itulah tunjang kebahagiaan dlm hidup berkeluarga.
Monday, September 27, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment