Monday, September 17, 2012
UMNO Tanah Merah berpeluang cerah untuk menawan semua kerusi P027 serta 3 DUN daripada PKR dan PAS dalam PRU13 nanti. Kegigihan, sikap serta daya juang KBUTM@Dato Ikmal bersama JKuasa bahagian, sayap wanita, pemuda dan puterinya jelas bersatu padu. Setiap program yang dilaksanakan sentiasa mendapat sambutan. Rakyat selesa. Dato Ikmal dan barisan kepimpinannya mendapat kerjasama yang kukuh setiap cawangan. Jenteranya bergerak setiap masa. Sukar ditemui betapa semangat kerja setiap ahli UMNO bahagian di Tanah Merah ketika ini begitu melonjak dan berbeza dari tahun-tahun yang silam.
Dengan karisma dan sikap kepimpinan yang begitu cakna dan prihatin dengan setiap masalah rakyat dicemburui lawan dan kawan. Biarpun ditohmah, dituding dgn pelbagai isu itu semua sama sekali tidak merencatkan semangat juang Dato Ikmal. Beliau sentiasa yakin utk bekhidmat dan menabur bakti sekdar termampu. Dari isu pendidikan serta isu-isu semasa yang menekan rakyat setempat diberi perhatian penuh. Beliau tidak mengira siapa, tidak mengira fahaman politik, warna kulit waima keturunan. Selagi mampu boleh akan berusaha untuk menolong. Inlah sebenr calon yang bakal diberi peluang utk diketengahkan oleh UMNO utk jadi calon.
Budaya kerjanya yang tidak mengenal penat, tidak berkira soal wang ringgit utk membantu rakyat. Tidak lokek, tidak sombong diri. Banyak bekerja tidak banyak cakap. Hanya tahu kerja dan kerja. Keupayaanya menggerakkan jentera utk sentiasa berada di depan dalam setiap isu melibatkan rakyat sebenarnya menjadi fobia yang teramat sangat buat piha lawan. Lalu timbul la pelbagai fitnah, cakap-cakap belakang, reka cerita negatif pasalnya. Paling sadis terdapat beberapa kerat ahli yang kecewa dalam pemilihan lalu menabur pelbagai cerita buruk semata-mata ingin menafikan haknya menjadi calon.
Permerhatian ramai tiada siapa mampu nafikan betapa Dato Ikmal adalah winnable candidate utk kerusi P027 Parlimen Tanah Merah. Timbulnya isu negatif dan mcm2 provokasi sebenarnya rekaan pihak terentu yang gerun dengan pengaruh Dato Ikmal yang mula mendapat sambutan rakyat. Jika dibiarkan maka kerusi yang mereka kuasai hari ini bakal terlepas. Begitu juga dgn sikap cah keting dalam parti sendiri. Mereka ini lah sedang giat menabur pelbagai cerita. Mereka tahu jika Dato Ikmal dicalonkan maka Dato Ikmal akan menang besar justeru jika tidak dikerat atau dicah keting lebih awal maka peluang mereka utk kembali berkuasa di peringkat bahagian akan tertutup rapat. Selainnya tidak ada isu pun. Hanya dengki khianat semata-mata. Jentera 4 peringkat berdiri teguh bersama ketuanya iaitu Dato Ikmal Hisham Abdul Aziz yang tidak jemu-jemu berusaha utk merampas semua kerusi yang dikuasai PR di parlimen tersebut. Hanya Dato Ikmal calon boleh menang dan mampu menggerakkan seluruh jentera parti untuk berkempen dan sekaligus memenangi persaingan.
Pucuk pimpinan perlu menghalusi akan perkara ini. Semangat dan momentum perjuangan jentera parti berada di kemuncak maka jika calon yang dipertaruhkan BUKAN yang mereka mahu pasti semangat dan daya juang yang sudah siap siaga ini akan merudum. Bahaya untuk parti dan peluang untuk menang juga malap. Pertimbangan sewajarnya perlu dibuat dan jangan abaikan peluang boleh menang yang ada pada diri Dato Ikmal itu sendiri. Aura peribadi dan jasanya cukup melekat di hati rakyat Tanah Merah. Tidak pernah ada tokoh sepertinya sebelum ini yang sanggup korbankan masa, wang dan tenaga untuk rakyat khususnya di Tanah Merah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment