Friday, September 21, 2012
AJARAN SESAT : Berperwatakan elok, berjubah, berserban, mempunyai tuturkata menarik, sopan, begitu ambil berat terhadap anak buah, alim dan memiliki aura yang mampu menambat hati sesiapa sahaja terutama mereka yqng memiliki asas agama yang kurang. Tidak ketinggalan juga mereka yang ada masalah tertentu berkaitan peribadi, dosa mahpun apa bentuk masalah. Bijak menelah apa yang bersarang di hati mangsa. Namun dalam kelicikan dan kebijaksaan ini rupanya tersarang satu perangkap yang sukar dijangka. Mereka ini rupanya mengamalkan ajatan sesat. Berselindung dengan perwatakan yang amat mengelirukan sehingga taksub dan percaya seseorang padanya sukar dihalang lagi. Mereka ini alan sedikit demi sedikit memasukkan. Jangan bertanya orang lain kecuali ahli kumpulan, janhan bertanya orang alim lain kerana akan dituduh SESAT. Perkara ini akan membuatkan pengikut atau ahli kumpulan terikat. Jika ada sesuatu yang bertentangan dengan AL-QURAN pun mereka akan dididik kononnya apa yang terkandung dalam Al-Quran itu untuk orang awam. Ahli kumpulan sesat itu insan terpilih, mereka dibimbing secara khusus oleh Allah melalui karamah gurunya dan pelbagai lagi. Maka sedikit demi sedikit mereka ini akan terpesong. Masalahnya perbuatan kumpulan sesat ini akan menyebabkan para alim ulamak sebenar pun akan dipandang remeh dan penuh curiga. Sedangkan masih ramai alik ulamak serta para guru tarikat, guru hakikat dan makrifat yang masih berpegang teguh dengan AKIDAH ahli sunnah wal jamaah.
Dek segelintir para guru dan ahli ajatan sesat ini telah menampilkan bentuk pakaian yang selalu ditonjolkan oleh para alim ulamak maka masyarakat seakan keliru siapa yang benar di antara mereka itu. Hari ini guru ajaran sesat bukan sembarangan orang. Mereka mampu mentafsir apa yang mungkin bakal berlaku, mampu menceritaka sejarah lampau ahli atau anak muridnya malahan mampu mencerita perkara yang menyentuh keturunan anak muridnya. Ini semua akan menjadikan mangsa akan terus yakin dan percaya seolah guru mereka itu kasyaf, wali dan seumpamanya. Hari ini ilmu agama diperdagangkan seboleh mungkin. Para guru ajaran sesat hidup mewah, bini tak terbilang, bini murid pun boleh jadi teman tidurnya, harta benda disedekahkan kepada gurunya. Penyelewengan ini berleluasa tanpa dapat dikesan. Pergerakan mereka begitu licik dan teliti. Pesan, amanah dan 'wasiat' guru dijaga rapi. Ilmu mereka tidak dibicara secara terbuka melainkan di kalangan mereka sahaja. Akhirnya kesesatan mereka membuatkan mereka hanyut dalam dunia yang dicipta oleh guru dan kumpulan mereka.
Kerajaan perlu bertindak tegas. Namun timbul pula masalah di kalangan ahli majlis agama yang rata-ratanya masih ada yang cetek ilmu agama, cetek ilmu berkaitam tarikat, hakikat dan makrifat. Bila berdepan dengan kumpulan ini mereka pula kantoi. Dek cetek pengetahuan secara mendalam berkaitan hal-hal ghaib maka mereka gagal untuk membuktikan kumpulan sasaran itu sesat. Sedangkan ikut logik akal ramai yang terpedaya kerana mereka ini seringkali membuat tafsiran hadis dan al-Quran berdasarkan logik akal guru mereka serta kebijkasanaan putar belit isu yang diutarakan.
Hari ini terlalu ramai manusia yang suka ambil jalan pintas dalam isu agama. Dijanjikan syurga, pengampunan dosa hanya dengam TEBUSAN wang ringgit. Mereka yang kaya terus asyik dengan dosa. Mereka yang miskin pulak terbuai dengn janji manis syurga ciptaan guru sesat mereka. Manusia memang malas beribadah, malas bekerja namun ingin cepat kaya, ingin hidup mewah akhirnya terjebak dengan pelbagai salah laku ajaran sesat sebegini. Sedar la wahai insan yang berada dalam kumpulan sesat ini. Padu-kan amalan kalian dengan al-quran dan hadis, amalan ahli ibadah. Bertanya la kawan terdekat jangan sesekali sembunyi ilmu yang diperolehi dari guru tertentu itu sendirian kerana ilmu yang dimiliki itu akan didatangi bisikan syaitan yang akan menawarkan pelbagai janji manis dalam bentuk mimpi, khayalan dan angan-angan yang panjang. Segera la bertaubat..mati dalam akidah yang sesat berat seksaan di alam akhirat nanti. Jangan sesekali bersyirik dengan Allah dengan menyakini guru ajaran sesat itu melampaui ketentuan Ilahi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment