Friday, September 21, 2012
JURUZON satu nama kumpulan AJARAN SESAT terbaru yang disahkan antara senarai kumpulan ajaran sesat yang aktif di Selangor. Kumpulan JURUZON diisytihar sesat oleh MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR pada Februari 2012 yang lalu. Kumpulan ini juga disahkan sesat oleh MAIWP pada tahun 1996 yang lalu. Terbongkarnya penyebaran ajaran ini ekoran berlaku kejadian tanah runtuh melibatkan Madrasah At-Taqwa di Hulu Langat pada Mei tahun lalu. Dalam kejadian ini beberapa jiwa terkorban. Rupa-rupanya madrasah tersebut adalah pusat penyebaran ajaran JURUZON yang disahkan sesat ini. Masyaallah...begitu licik kegiatan mereka. Mengaburi mata masyarakat melalui pusat pengajian agama. Anggota masyarakat akan jadi lebih keliru dengan keadaan seperti ini. Kerajaan perlu aktif membongkar dan mendedahkan kegiatan ajaran sesat ini..ia makin membarah secara senyap.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
https://www.youtube.com/watch?v=BReZqmmj9rg
ReplyDeletehttp://www.sinarharian.com.my/semasa/paym-nafi-terlibat-ajaran-sesat-juruzon-1.90538
Deletehttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1002&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm
ReplyDeleteAskum wrth, Jika begitu 'tagline' Tuan utk bahagia diakhirat.. jgnlah menfitnah dan mengaibkan anak2 yatim ini tanpa mengetahui cerita sebenar..
ReplyDeletesesuap nasik yg masuk kedlm mulut anak2 ini..tidak ada sebutir pn dtg drpd rezki Tuan sedangkn mereka lebih berhak terhadap rezki Tuan walau hanya sebutir nasik itu..kerana ianya akan dipersoal diakhirat nnt..
"sedangkan Rsaw itu sendrik membentangkn serbanNYa yg mulia utk diduduki oleh anak2 yatim..kenapa begini kejam Tuan menhina dan mengaibkan mereka..sedangkn tiada pengetahuan itu didada Tuan..
Jikalau seluas lautan ini dijadikan tinta, seluruh pokok2 djadikan pena nya..belum cukup lg utk menggambarkan kebesaran ilmu Allah itu..Tuan??
Semoga Allah merahmati Tuan dan menjauhkn Tuan daripada dosa2 fitnah diakhirat nnt.. AMIN
macam2...
ReplyDeletehttp://shafw4n.blogspot.com/2012/10/madrasah-at-taqwa-tidak-sesat.html
Tuan,
ReplyDeleteJEMPUTAN KE SIDANG AKHBAR PERSATUAN ANAK-ANAK YATIM MALAYSIA (PAYM) PADA 21 OKTOBER 2012
Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.
2. Satu sidang akhbar akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 21 Oktober 2012 (Ahad)
Masa : 2.30 pm
Tempat : Executive Meeting Room 2, Level 2, De Palma Hotel Ampang
3. Tujuan sidang akhbar adalah seperti berikut:
(a) Memaklumkan perkembangan terkini berhubung “FITNAH PENYEBARAN AJARAN SESAT JURUZON MENGAITKAN PERSATUAN ANAK-ANAK YATIM MALAYSIA” selepas mendapat makumbalas daripada pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
(b) Menjelaskan tindakan-tindakan yang diambil oleh pihak PAYM
4. Pihak tuan dijemput kesidang akhbar tersebut.
Sekian terima kasih
Semoga Allah merahmati Tuan. AMIN