Monday, September 24, 2012

Wahhh...mewah tu bebbb. Belum memerintah negara pun dah mampu naik jet eksekutif. Jarang pemimpin pembangkang mcm ni. Inilah bukti..cakap tak serupa bikin. Rakyat tertipu sentiasa. Apakah ini ciri-ciri Khalifah Umar Abdul Aziz? Bas mewah, kapal terbang mewah...semuanya mewah. Keje takde tp hidup mcm raja2. Kesian rakyat.

Sunday, September 23, 2012

LIVERPOOL OH LIVERPOOL Mlm ni kalah lagi. Ada peluang nak menang tp terlepas begitu jer. Main dgn 10 pemain lawan pulak Si Manchester United..lemas laaa. Harap penyokong THE RED bersabar la. Ada peningkatan dalam permainan cuma nasib belum ada..langit pasti cerah.
Dalam saat nak menghampiri PRU13 ni amatlah kita mengharapkan agar pemimpin sedia ada serta mereka yang ingin menawarkan diri menjad calon tidak melakukan apa-apa kesilapan yang boleh mencalar nama baik diri serta parti yang diwakili. Peribadi harus clear, mesti clean dan jelas kelihatan clean. Pemimpin yang ingin menawar diri MESTI lebih baik dari rakyat. Rakyat pasti ingin mengangkat pemimpin yang lebih baik dari mereka. Hari ini rakyat sedar ciri-ciri yang perlu ada kepada pemimpin. Kalau bercakap tetapi tidak buat lebih baik rakyat mencari calon lain waima daripada parti lawan. Justeru sikap, kepimpinan, peribadi, perilaku, amalan beragama mesti kelihatan terbaik dari rakyat terbanyak. Kalau pemimpin angkuh, sombong serta tidak boleh didekati oleh orang ramai rasanya pemimpin seperti ini bakal dikorbankan dalam PRU nanti. Ubahlah sikap dan perwatakan anda wahai pemimpin. Kalau persepsi awal rakyat terhadap kita dah menampakkan kita ni seorang yang angkuh, wajah pun nampak serius, bengis atau seperti tidak mesra rakyat maka wajar bersedia untuk tidak dipilih rakyat. Rakyat ingin mereka yang mesra, mudah mesra, cakna dan prihatin dengan nasib rakyat..jika ada ciri seperti ini anda dalam radar rakyat utk diangkat menjadi YANG BERHORMAT.

Saturday, September 22, 2012

Perangai PAS : Selepas Stadium REBANA yang belum ada apa khabar berita, lepas tu LEBRA yang masih tak tau tarikh bina dam tarikh siap bila, kontraktor pun tak pasti pun sapo lagi TERKINI diumum projek keretapi laju KB-KL plak dahhh. Selokkk..nak janji projek pun tilik la projek sebelum tu buat ke belum. Duk berjanji..tepatinya tidak. Udah-udah kencing rakyat.
Lot banglo dan lot gudang UNTUK DIJUAL Lokasi : Bersebelahan dengan JPJ Bkt Bunga. Dari Tanah Merah menghala ke Jeli..JPJ di sebelah kiri. Harga lot banglo antara RM65,000 - RM70,000 ( luas lot banglo antara 5500kp - 6500kp ). Lot gudang harganya antara RM90,000 - RM110,000. Harga boleh dirunding. Berminat hubungi ambo.
PEMIMPIN PERLU BERUBAH Zaman pemimpin serba tau, rakyat tidak tau apa-apa sudah berlalu. Era tu jgn diguna lagi utk saat ini. Yakin la..rakyat hari ini bkn dengar dan terus percaya. Rakyat hari ini mereka meneliti, mengkaji dan membuat rujukan sebelum menerima sesuatu itu sebagai benar. Justeru kalau ada pemimpin masih ego, angkuh dgn beranggapan rakyat senang diputar belit maka pemimpin seperti ini sengaja menempah MAUT dalam politik. Rakyat mempunyai celik akal dan celik politik yg cukup kritikal pada saat ini. Siapa pun pemimpin jika tidak MEMPASTIKAN bahasa percakapan SAMA dgn bahasa perbuatan..boleh pi main jauh-jauh lah.

Friday, September 21, 2012

AJARAN SESAT : Berperwatakan elok, berjubah, berserban, mempunyai tuturkata menarik, sopan, begitu ambil berat terhadap anak buah, alim dan memiliki aura yang mampu menambat hati sesiapa sahaja terutama mereka yqng memiliki asas agama yang kurang. Tidak ketinggalan juga mereka yang ada masalah tertentu berkaitan peribadi, dosa mahpun apa bentuk masalah. Bijak menelah apa yang bersarang di hati mangsa. Namun dalam kelicikan dan kebijaksaan ini rupanya tersarang satu perangkap yang sukar dijangka. Mereka ini rupanya mengamalkan ajatan sesat. Berselindung dengan perwatakan yang amat mengelirukan sehingga taksub dan percaya seseorang padanya sukar dihalang lagi. Mereka ini alan sedikit demi sedikit memasukkan. Jangan bertanya orang lain kecuali ahli kumpulan, janhan bertanya orang alim lain kerana akan dituduh SESAT. Perkara ini akan membuatkan pengikut atau ahli kumpulan terikat. Jika ada sesuatu yang bertentangan dengan AL-QURAN pun mereka akan dididik kononnya apa yang terkandung dalam Al-Quran itu untuk orang awam. Ahli kumpulan sesat itu insan terpilih, mereka dibimbing secara khusus oleh Allah melalui karamah gurunya dan pelbagai lagi. Maka sedikit demi sedikit mereka ini akan terpesong. Masalahnya perbuatan kumpulan sesat ini akan menyebabkan para alim ulamak sebenar pun akan dipandang remeh dan penuh curiga. Sedangkan masih ramai alik ulamak serta para guru tarikat, guru hakikat dan makrifat yang masih berpegang teguh dengan AKIDAH ahli sunnah wal jamaah. Dek segelintir para guru dan ahli ajatan sesat ini telah menampilkan bentuk pakaian yang selalu ditonjolkan oleh para alim ulamak maka masyarakat seakan keliru siapa yang benar di antara mereka itu. Hari ini guru ajaran sesat bukan sembarangan orang. Mereka mampu mentafsir apa yang mungkin bakal berlaku, mampu menceritaka sejarah lampau ahli atau anak muridnya malahan mampu mencerita perkara yang menyentuh keturunan anak muridnya. Ini semua akan menjadikan mangsa akan terus yakin dan percaya seolah guru mereka itu kasyaf, wali dan seumpamanya. Hari ini ilmu agama diperdagangkan seboleh mungkin. Para guru ajaran sesat hidup mewah, bini tak terbilang, bini murid pun boleh jadi teman tidurnya, harta benda disedekahkan kepada gurunya. Penyelewengan ini berleluasa tanpa dapat dikesan. Pergerakan mereka begitu licik dan teliti. Pesan, amanah dan 'wasiat' guru dijaga rapi. Ilmu mereka tidak dibicara secara terbuka melainkan di kalangan mereka sahaja. Akhirnya kesesatan mereka membuatkan mereka hanyut dalam dunia yang dicipta oleh guru dan kumpulan mereka. Kerajaan perlu bertindak tegas. Namun timbul pula masalah di kalangan ahli majlis agama yang rata-ratanya masih ada yang cetek ilmu agama, cetek ilmu berkaitam tarikat, hakikat dan makrifat. Bila berdepan dengan kumpulan ini mereka pula kantoi. Dek cetek pengetahuan secara mendalam berkaitan hal-hal ghaib maka mereka gagal untuk membuktikan kumpulan sasaran itu sesat. Sedangkan ikut logik akal ramai yang terpedaya kerana mereka ini seringkali membuat tafsiran hadis dan al-Quran berdasarkan logik akal guru mereka serta kebijkasanaan putar belit isu yang diutarakan. Hari ini terlalu ramai manusia yang suka ambil jalan pintas dalam isu agama. Dijanjikan syurga, pengampunan dosa hanya dengam TEBUSAN wang ringgit. Mereka yang kaya terus asyik dengan dosa. Mereka yang miskin pulak terbuai dengn janji manis syurga ciptaan guru sesat mereka. Manusia memang malas beribadah, malas bekerja namun ingin cepat kaya, ingin hidup mewah akhirnya terjebak dengan pelbagai salah laku ajaran sesat sebegini. Sedar la wahai insan yang berada dalam kumpulan sesat ini. Padu-kan amalan kalian dengan al-quran dan hadis, amalan ahli ibadah. Bertanya la kawan terdekat jangan sesekali sembunyi ilmu yang diperolehi dari guru tertentu itu sendirian kerana ilmu yang dimiliki itu akan didatangi bisikan syaitan yang akan menawarkan pelbagai janji manis dalam bentuk mimpi, khayalan dan angan-angan yang panjang. Segera la bertaubat..mati dalam akidah yang sesat berat seksaan di alam akhirat nanti. Jangan sesekali bersyirik dengan Allah dengan menyakini guru ajaran sesat itu melampaui ketentuan Ilahi.
JURUZON satu nama kumpulan AJARAN SESAT terbaru yang disahkan antara senarai kumpulan ajaran sesat yang aktif di Selangor. Kumpulan JURUZON diisytihar sesat oleh MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR pada Februari 2012 yang lalu. Kumpulan ini juga disahkan sesat oleh MAIWP pada tahun 1996 yang lalu. Terbongkarnya penyebaran ajaran ini ekoran berlaku kejadian tanah runtuh melibatkan Madrasah At-Taqwa di Hulu Langat pada Mei tahun lalu. Dalam kejadian ini beberapa jiwa terkorban. Rupa-rupanya madrasah tersebut adalah pusat penyebaran ajaran JURUZON yang disahkan sesat ini. Masyaallah...begitu licik kegiatan mereka. Mengaburi mata masyarakat melalui pusat pengajian agama. Anggota masyarakat akan jadi lebih keliru dengan keadaan seperti ini. Kerajaan perlu aktif membongkar dan mendedahkan kegiatan ajaran sesat ini..ia makin membarah secara senyap.

Thursday, September 20, 2012

AL-FATIHAH Setiausaha Politik@SETPOL, Tok Pa kembali ke rahmatullah pada pagi tadi. Beliau ditemui meninggal dunia di bilik hotelnya oleh pegawai khas arwah. Dato Dr Azmi Setapa, 52 tahun meninggal dunia disyaki kerana masalah jantung. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Takziah buat seluruh keluarga dan kenalan arwah.
Pengerusi DAP Perak enggan minta maaf..Ngeh, ngeh, ngehhhh. Sengihhhh betul la Ngeh Ngok Ngak ni. PAS adalah rakan baiknya dalam PR. Satu dunia umat Islam menentang filem menghina Nabi Muhammad SAW tapi boleh pulak pemimpin politik paling ngok dalam negara ini bersikap melawan arus. Kalau Duta USA pun boleh dibunuh kerana isu ni maka Ngeh,Ngeh,Ngeh ni jgn plak cari pasal. Kalau bersalah dan cuba mencampuri urusan agama Islam kena la faham..apa yang susah sangat nak meminta maaf tu? Terbaru kerajaan Perancis menutup beratus buah sekolah kerana penerbitan gambar lucah menghina Nabi. Ini satu lagi isu yang sengaja menyemarakkan kemarahan umat Islam..pemimpin politik di Malaysia yang cuba bermain api di saat nak PRU13 ni akan menerima nasib malang jika bertanding nanti. Nescaya undi umat Islam tidak akan mereka terima. Kalau ada juga umat Islam yang memberi undi kepada pemimpin ini..org itu lagi NGOK.

Wednesday, September 19, 2012

Dalam keadaan umat Islam seluruh dunia mengecam dan membantah penerbitan filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad SAW boleh pulak Pengerusi DAP Perak mengatakan perbuatan itu membuang masa. Aduhai..inilah rakan karib PAS yang paling mulia. Selepas Karpal inilah satu lagi contoh manusia yang tidak menghormati agama lain. PAS sengaja mencari sebab untuk ditolak dalam PRU13 nanti. Umat Islam amat benci dengan kenyataan seperti di atas. Maka tempiasnya akan mengena kepada PAS secara tidak langsung. Elok dan wajar PAS mendengar desakan dan permintaan mantan presiden PAS agar keluar dari PAKATAN RAKYAT. Semakin hari PAS semakin tersepit. Membela atas alasan mereka bukan org ISLAM itu adalan dangkal kerana kita yang beragama Islam pun tidak begitu berminat nak menghina dan mencampuri agama Kristian atau mana-mana agama. Maknanya kita pun ada sensitiviti terhadap agama lain. Jadi kalau kita membela Karpal kerana Karpal tidak memahami Islam maka sampai bila alasan itu hendak dijadikan hujah? Apa pun pilihan PAS utk bersama DAP satu langkah ke belakang. Kalau MCA, MIC serta parti kompenan BN lain tidak Islam maka apa beza dengan DAP? Malahan DAP lagi teruk menghina Islam. Semakin hari semakin nampak belang mereka..

Tuesday, September 18, 2012

Org yang kaya MESTI mempunyai hutang yang banyak. Pasti hutang mereka lebih berkali ganda daripada org miskin. Justeru..org kaya PASTI menanggung hutang yang banyak dalam hidupnya sebelum ia menjadi kaya dan sewaktu dah kaya. Justeru apa nak heran kalau negara kita menanggung hutang yang banyak kerana utk memajukan negara perlukan kewangan yang mencukupi. Utk mereaslisasikan agenda pembangunan negara maka kerajaan perlu berhutang. Tiada sebuah negara pun tiada hutang. Makin maju sesebuah negara makin tinggi kadar hutang mereka Negara mundur memang kadar hutang mereka kecil berbanding negara membangun dan maju. Utk apa dibuat perbandingan negara Malaysia dengan negara jiran kononnya negara jiran hutang kecil. Memang la hutang negara jiran kecil sebab itu mereka tidak semakmur dan semaju negara kita. Cukup mudah utk memahami bagi mereka yang ingin kaya dan maju. Hutang menjadi pra-syarat utama sebelum berjaya dan kaya. Namun bagi mereka yang kerah keng..mcm2 tuduhan dilontar kepada kerajaan. Buktikan negara mana yang maju tidak memiliki hutang yang tinggi? Kecuali negara itu sebuah negara miskin dan mundur. Negara sedemikian siapa nak beri pinjman jika kebarangkalian untuk membayar hutang tidak menyakinkan. Apa jaminan mereka utk membayar hutang...akhirnya mereka akan mundur. Malaysia makin maju ke hadapan. Tahun 2020 nanti kita akan jadi negara maju maka kita perlu utk berhutang....untuk ke arah itu.
Cuba lihat mereka ini..dulu mereka ini lah pelopor PKR. Sekarang mereka sudah kenal mana intan mana kaca. Mereka bukan sebarangan manusia. Kelulusan mereka dari pelbagai disiplin ilmu. Cemerlang pula. Namun hari ini mereka sedar bahawa PKR hanya satu perjuangan sia-sia. Tertubuhnya PKR hasil rajuk dan kecewa. Jgn dah berantuk baru tengadah.
TAHUKAH KITA : Cambodia@Kemboja mencapai kemerdekaan 4 tahun lebih awal daripada negara kita. Namun keadaan negara Kemboja jauh lebih ke belakang dari Malaysia dalam serba serbi aspek kehidupan. Keadaan, ekonomi, keadaan politik, malahan keadaan sosial mereka pun masih mundur. Mereka mencapai kemerdekaan sekitar tahun 1953 daripada Perancis. Namun kemerdekaan awal itu tidak menjamin untuk mereka lebih maju. Hari ini kita jauh ke depan, berada dalam situasi yang betul ke arah negara maju pada 2020 nanti. Kemboja hari ini seolah-olah seperti tahun 70-an. Tahap kemajuan mereka begitu perlahan. Ini semua bermula dari kepimpinan negara itu sendiri. Bersyukur negara kita dah maju malahan jauh lebih maju dari negara jiran dan beberapa negara serantau yang lain. Kita pilih Malaysia.
Bersama kita berubah, menongkah arus menghindari helah, pantang maut untuk menyerah, kita bersatu takkan kalah, bersepakat tanpa telingkah, dah lama menunggu tuah, dalam benih kita menunggu cambah, dari putik hingga kuning mencelah, bujur lalu, melintang patah; putih tulang kita mengerah, mengaku kalah bukan titih HANG TUAH, Bersama kita berubah, bersatu jangan berpecah; kita la tuan di bumi bertuah<.div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">

Monday, September 17, 2012

Al-Quran digital..satu kemudahan terkini utk kita mendalami Al-Quran. Mudah, cepat, dan lebih praktikal. Diberi tunjukajar perkataan demi perkataan, ayat demi ayat. Setiap ayat diberi terjemahan. Semuanya di hujung jari. Berminat bagitau ambo.Harga amat berpatutan. Cukup senang mempelajarinya. Sesuai untuk semua peringkat.
PRU13 masih menjadi teka teki. Seronok sebenarnya bila semua pihak seperti menanti-nanti PRU13 diumumkan. Pihak pembangkang tak perlu risau kerana PASTI masanya akan tiba jua. Rancang la dulu apa yang perlu, siapkan dulu mana yang patut. Perkemaskan barisan pejuang, jentera penggempur, kabinet bayangan, calon menteri kanan dan calon PM sebelum mengharapkan loceng PRU dibunyikan. Soal kerajaan berahsia soal tarikh PRU itu jangan dijadikan isu penting. Dah terjun dalam politik maka penentuan tarikh PRU juga sebahagian dari strategi politik. Bersedia sudah la. Jangan nanti pabila loceng dibunyikan jadi kelam kabut. Mula nak salahkan kerajaan pulak. Sekarang ada saat-saat akhir untuk PRU. Berjaga-jaga la dari sekarang. Dengar khabarnya PM akan bertemu dengan semua Ketua Perhubungan UMNO@BN Negeri dalam waktu terdekat. Maknanya PRU13 dah makin hampir. Mungkin bulan depan, mungkin tahun depan. Apa pun tak mungkin melewati bulan April 2013. Hayat kuasa kerajaan hanya sehingga 28 April tahun depan. Nah!...dah boleh kira tempoh yang ada. Kerajaan pun mesti ada plan sendiri. Kerajaan pun mesti nak kekal memerintah. Persediaan mereka pun adacara dan helahnya. Nak berperang maka mereka pun pasti menyusun strategi juga. Politik adalah satu seni maka mereka yang mampu memahami seninya sahaja akan bisa di atas.
UMNO Tanah Merah berpeluang cerah untuk menawan semua kerusi P027 serta 3 DUN daripada PKR dan PAS dalam PRU13 nanti. Kegigihan, sikap serta daya juang KBUTM@Dato Ikmal bersama JKuasa bahagian, sayap wanita, pemuda dan puterinya jelas bersatu padu. Setiap program yang dilaksanakan sentiasa mendapat sambutan. Rakyat selesa. Dato Ikmal dan barisan kepimpinannya mendapat kerjasama yang kukuh setiap cawangan. Jenteranya bergerak setiap masa. Sukar ditemui betapa semangat kerja setiap ahli UMNO bahagian di Tanah Merah ketika ini begitu melonjak dan berbeza dari tahun-tahun yang silam. Dengan karisma dan sikap kepimpinan yang begitu cakna dan prihatin dengan setiap masalah rakyat dicemburui lawan dan kawan. Biarpun ditohmah, dituding dgn pelbagai isu itu semua sama sekali tidak merencatkan semangat juang Dato Ikmal. Beliau sentiasa yakin utk bekhidmat dan menabur bakti sekdar termampu. Dari isu pendidikan serta isu-isu semasa yang menekan rakyat setempat diberi perhatian penuh. Beliau tidak mengira siapa, tidak mengira fahaman politik, warna kulit waima keturunan. Selagi mampu boleh akan berusaha untuk menolong. Inlah sebenr calon yang bakal diberi peluang utk diketengahkan oleh UMNO utk jadi calon. Budaya kerjanya yang tidak mengenal penat, tidak berkira soal wang ringgit utk membantu rakyat. Tidak lokek, tidak sombong diri. Banyak bekerja tidak banyak cakap. Hanya tahu kerja dan kerja. Keupayaanya menggerakkan jentera utk sentiasa berada di depan dalam setiap isu melibatkan rakyat sebenarnya menjadi fobia yang teramat sangat buat piha lawan. Lalu timbul la pelbagai fitnah, cakap-cakap belakang, reka cerita negatif pasalnya. Paling sadis terdapat beberapa kerat ahli yang kecewa dalam pemilihan lalu menabur pelbagai cerita buruk semata-mata ingin menafikan haknya menjadi calon. Permerhatian ramai tiada siapa mampu nafikan betapa Dato Ikmal adalah winnable candidate utk kerusi P027 Parlimen Tanah Merah. Timbulnya isu negatif dan mcm2 provokasi sebenarnya rekaan pihak terentu yang gerun dengan pengaruh Dato Ikmal yang mula mendapat sambutan rakyat. Jika dibiarkan maka kerusi yang mereka kuasai hari ini bakal terlepas. Begitu juga dgn sikap cah keting dalam parti sendiri. Mereka ini lah sedang giat menabur pelbagai cerita. Mereka tahu jika Dato Ikmal dicalonkan maka Dato Ikmal akan menang besar justeru jika tidak dikerat atau dicah keting lebih awal maka peluang mereka utk kembali berkuasa di peringkat bahagian akan tertutup rapat. Selainnya tidak ada isu pun. Hanya dengki khianat semata-mata. Jentera 4 peringkat berdiri teguh bersama ketuanya iaitu Dato Ikmal Hisham Abdul Aziz yang tidak jemu-jemu berusaha utk merampas semua kerusi yang dikuasai PR di parlimen tersebut. Hanya Dato Ikmal calon boleh menang dan mampu menggerakkan seluruh jentera parti untuk berkempen dan sekaligus memenangi persaingan. Pucuk pimpinan perlu menghalusi akan perkara ini. Semangat dan momentum perjuangan jentera parti berada di kemuncak maka jika calon yang dipertaruhkan BUKAN yang mereka mahu pasti semangat dan daya juang yang sudah siap siaga ini akan merudum. Bahaya untuk parti dan peluang untuk menang juga malap. Pertimbangan sewajarnya perlu dibuat dan jangan abaikan peluang boleh menang yang ada pada diri Dato Ikmal itu sendiri. Aura peribadi dan jasanya cukup melekat di hati rakyat Tanah Merah. Tidak pernah ada tokoh sepertinya sebelum ini yang sanggup korbankan masa, wang dan tenaga untuk rakyat khususnya di Tanah Merah.

Sunday, September 16, 2012

Pemimpin perlu berubah dan mesti jelas kelihatan berubah. Ubah la diri sebelum rakyat membuat perubahan. Setiap inci perilaku dan dan tindak tanduk pemimpin menjadi perhatian rakyat. Maklumat hanya di hujung jari. Pihak lawan akan sentiasa mendedahkan apa sahaja isu melibatkan setiap pemimpin. Sikit sahaja tersilap langkah maka isu ini akan dieksploitasikan seluas yang mungkin. Jika tidak kena gaya mungkin boleh membuatkan seseorang itu tersungkur. Hari ini dalam saat semua orang bercakap pasal PRU13 yang semakin hampir maka mana-mana individu yang ingin bertanding semula atau ada angan-angan untuk menjadi calon pastikan rekod peribadk mereka bersih. Jika ada sedikit tercalar maka bakal memusnahkan harapan tersebut. Rakyat makin cerdik, rakyat makin celik politik pada hari ini. Zaman pemimpin serba tahu sudah lama berlalu. Hari ini ada benda rakyat lebih tahu, ada benda mungkin pemimpin lebih tahu. Ada benda sama-sama tahu. Justeru berhati-hati la. Baik pemimpin pembangkang mahupun kerajaan. Kalau benar ingin menjadi YB segera lakukan perubahan. Rakyat tidak mahu lagi pemimpin yang sekadar berjanji tetapi bila ada peluang menunaikan janji mereka membohongi rakyat. Kadar celik politik dalam kalangan rakyat negara ini makin tinggi. Mereka tidak akan termakan dengan sebarang isu begitu mudah sebelum mendapat rujukan dan pandangan pihak lain. Mereka mempunyai pertimbangan yang cukup matang. Isu yang dihidangkan melalui media baik yang menyokong kerajaan atau memihak pembangkang rakyat tidak terus menelan bulat-bulat sebelum mereka pasti itu satu maklumat yang tepat. Perhatian kepada bakal-bakal calon..usah la cuba gula-gulakan rakyat dengan pelbagai dongengan dan omong kosong. Rakyat adalah hakim yang paling berkuasa untuk membuat keputusan dalam setiap pilihanraya baik PRK mahupun PRU. Bersiap sedia la menerima kenyataan jika diabaikan semua keluhan dan teguran rakyat.
PKR semakin galak. Kononnya dgn kemasukan pemimpin BN dari Sabah ke dalam parti tersebut bakal memusnahkan BN. Jauhnya angan-angan. Belum tentu itu akan melumpuhkan kuasa BN ke atas Sabah. Janji ditepati dgn hanya pandai berjanji satu perbezaan yg amat nyata. Rakyat makin bijak. Rakyat benci dan meluat dgn pepmimpin yg mementingkan keuntungan peribadi. Sekian lama mewah, senang, hidup dlm kepuk beras bertahun2 masih belum puas tetiba berubah haluan kononnya atas dasar prinsip dan perjuangan membela rakyat..betul ke tu!!!? Ke untuk diri sendiri? Rakyat Sabah akan menghukum pemimpin seperti ini. Jangan menyesallll.
PRU13 entah bila pun lagi tapi penyokong PR sudah nampak keangkuhan mereka. Sudah bercita-cita dan berangan-angan agar peralihan kuasa nanti tidak berlaku pertelingkahan atau permasalahan besar. Tamak dan over confident..org tua-tua cakap org tamak selalu rugi. Jgn tamak..tunggu dulu siapa yg menang majoriti baru boleh bercakap soal pemerintahan negara. Takut nanti yang dikejar tak dapat yang dikendung pulak berciciran. Putih mata sudahnya. Malu kalau itu yang terjadi.

Saturday, September 15, 2012

OPEN HOUSE Petang ni ada dua lagi open house. Mlm nanti ada satu jemputan. Badan tidak berapa sihat. Entah boleh entah tidak nak penuhi jemputan tersebut. Kalau terasa tak larat..kena tidur lagi la ni.
TAK SIHAT Semlm demam teruk. Lepas pi klinik, telan ubat, terus tidur. Off phone. Bgn pagi tadi..penuh msg dgn miss call. Hidung tersumbat, sakit kepala, sakit badan. Selesema, demam sekaligus. Batuk plak. Hari ni rasa lega sikit. Ubat doktor plak boleh sebabkan mengantuk..aduhaiii. Ni rasa mengantuk lagi sbb baru je telan ubat..

Friday, September 14, 2012

JANGAN BERSEDIH Jika kita diuji dgn sakit, demam, kesusahan kecil atau musibah. Ujian itu sebenarnya sebagai penghapus dosa-dosa kecil kita. Dosa kecil ni kalau disimpan, ditambah maka lambat laun akan jadi besar. Dgn ujian mcm tu setidaknya dosa kecil tu terhapus. Syukur la..
Andai semua mentaati Islam takkan berlaku segala kekeliruan waima pelbagai isu dan permasalahan kerana Islam itu aman, Islam itu selamat, Islam itu perpaduan, Islam itu keamanan. Namun hari ini mereka yang bercakap pasal Islam pun penuh hipokrit apatalah lagi mereka yang jelas menolak Islam. Islam datang berdagang maka mereka yang kuat jati diri dan keimanan sahaja yang mampu menjaja Islam utk dianuti umat manusia. Mencintai Islam akan menmpuh jalan sukar. Dituduh pengganas, dituduh sesat apatah lagi dalam Islam itu sendiri ramai penganutnya sesat lagi menyesatkan. Islam akhirnya berpecah kepada 73 golongan jauh mengatasi perpecahan dalam agama lain. Apa pun sesiapa yg berpegang teguh dgn ISLAM ahli sunnah wal jamaah akan kekal selamat. Cari la akidah ahli sunnah...abaikan pegangan lain.
Ingat la..KIAMAT itu terjadi pada hari JUMAAT. Sentiasa la kita berada di tempat selamat. Masjid la kita pada setiap kali waktu Zuhur bukan di warung mamak atau pun di pusat membeli belah atau berpeleseran bersama teman wanita kecuali ada musaqoh atau keuzuran melampau. Pesanan ini untuk kaum lelaki yang sempurna akal.
Baik kita kerana kita. Buruk kita kerana kita. Segalanya bermula dari kita. Jgn sesekali menyalahkan org lain jika keburukan menimpa kita kerana ia terjadi pasti bermula dari kita. Cuba la merenungi silap sendiri. Itu lebih baik. Biar org membenci kita asalkan Allah sentiasa bersama. Pujian dan kasih sayang Allah lebih bernilai..
Politik PAS Dengar cerita TGNA tidak puashati dgn keputusan Majlis Syura Ulama kerana tidak membuat sebarang ketetapan@hukuman ke atas mantan Timbalan Presidennya iaitu Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Apakah krisis ini akan terus berlaku dlm senyap. Kita lihat perkembangan selanjutnya..sukar nak membaca seni org politik. Dlm terang ada sembunyinya, dalam sembunyi ada terangnya.
Diri kita la segalanya. Kalau kita baik maka pandangan masyarakat terhadap kita pasti baik. Jgn sesekali kita mendakwa kita baik kerana dakwaan tidak membuktikan apa-apa. Sebaliknya buktikan kebaikan kita itu...lambat laun khalayak akan sedar kebaikan kita itu. Kereta mewah tidak PERNAH 'mengaku' ia kereta mewah dan terbaik tetapi barang yg baik tidak perlu kata-kata indah lantaran pujian akan dgn sendiri.
Berbuat baik berpada-pada buat jahat dgn sekali. Jgn sekali bukan bermaksud boleh buat jahat banyak kali tetapi ia membawa maksud jgn sesekali buat jahat. Buat baik ada batasnya jgn keterlaluan. Buat baik dgn Allah itu melampau pun takpa krn Allah Maha Sempurna. Buat baik dgn manusia perlu juga sikap waspada takut kita diperguana dan teraniaya. Jadi la hamba pada-Nya.
MUSUH DALAM SELIMUT Runtuhnya sesebuah empayar kekuasaan bkn kerana musuh yang hebat tetapi jika rakyatnya bersifatcseperti gunting dalam lipatan, bermuka-muka, talam dua muka, jadi musuh dlm selimut maka hebat mana perancangan negara jika ada adu domba, memecahkan rahsia pasti keagungannya akan musnah. Cintai negara kita. Diri kita pun akan musnah jika kita yang cuba membongkar rahsia dan kelemahan diri. Fikir dan renungkanlah..
PERTAHANKAN MERDEKA INI Kita mesti pertahankan mereka ini. Merdeka ini ialah kemerdekaan jiwa dan raga kita. Jgn menurut kata org jika itu bertentangan dgn prinsip kita. Persetankan apa org kata jika perjuangan kita menepati hukum-Nya. Tak hangur berkata api, tak pekak dek caci maki. Kita punya cara biar kita yang rasa. Makan minum kita kita yang tanggung. Merdekakan diri kita dari menurut kata. Andai ia selari dgn agama....biar berputih tulang kita rela. Merdekakan jiwa kita. Biar kita bebas membuat pilihan. Kita tidak mahu ditunjuk itu dan ini kerana kita insan merdeka. Jadilah manusia merdeka..pengabdian kita hanya pada-Nya bukan sesama hamba.
Adat berkawan..jaga la nama baik kawan. Sembunyikan buruknya dari org lain sambil nasihatinya agar berubah. Jgn makan kawan. Makan bersama kawan itu satu perbuatan mulia. Jgn makan hati tetapi berhati-hati dgn hati. Jgn ikut kata hati takut rosak diri. Jgn ikut nafsu tetapi elok kawal nafsu. Pastikan kita selalu bernafsu tetapi biarlah bernafsukan mutmainnah.
Assalamulaikum buat penjenguk blog ni..mohon maaf kerana dah lama tak aktif kat sini. Selamat menempuh hari JUMAAT yang indah ini dgn penuh rasa yakin dan bersangka baik pada semua makhluk Allah serta pada-Nya. Bersyukur la..kalau pun kita pada hari ini tidak sihat sebenarnya itu juga SATU KEBAIKAN..itu tandanya Allah sayangkan kita. kalau pun hari ini kita dlm keadaan yg tipt top syukur la krn Allah belum uji kita. Mari kita berdoa semoga Allah berikan kita jalan keluar atas setiap masalah yang bakal kita lalui.