Sunday, May 1, 2011

SERI : PKR dan MCA...

Kalau UMNO ingin menempelak PKR kerana masih menyokong Anwar walaupun jelas video seks yang menjadi isu utama negara hari ini seolah2 membuktikan pelakunya itu adalah Anwar sebenarnya umpama meludah ke langit. Dikatakan demikian kerana Presiden MCA juga terlibat sama.Dan DSCSL mengaku mmg dia dlm video berkenaan. Dalam hal ini mengapa UMNO tidak membuat gesaan yang sama kepada ahli2 MCA?. Sepatutnya itu terbaik daripada ambil tahun hal2 dlm kain sarung org lain.

Sebenarnya keadaan seakan2 seri.Kedua2nya [ DSAI dan DSCSL ] mmg terpalit dengan isu moral.Masalahnya hari ini, sokongan pengundi Cina kepada PR makin meningkat.Org Cina boleh terima DSCSL menjadi Presiden MCA maka begitu juga org Cina boleh menerima DSAI mengetuai PR.Soal moral soal lain tetapi kepimpinan yang ditagih.Kalau DSAI diyakini mampu memberi impak positif kepada org2 Cina terutama dlm bidang ekonomi pastinya isu seks yg dicanang tidak akan mengurangkan sokongan mereka kepada PR.

UMNO juga akan hanya membuang masa jika menggesa PAS keluar dari PR kerana kewujudan PAS adalah utk menyaingi UMNO-BN.Kalaupun gesaan UMNO itu mmg baik dan positif namun kalau ia keluar dari mulut UMNO pasti PAS akan menolak kerana mereka [ UMNO dan PAS ] masih dalam 'perang'.Politik perdamaian menjadi semakin jauh tambah2 lagi PRU13 makin hampir maka semua cakap2 UMNO atau sebaliknya akan dipandang penuh prejudis.

Perkiraan dan percaturan politik akan menjadi semakin panas jika sikap ambil tahu dalam kain pihak lain terlampau2.Akibat yang diterima tidak seperti yang diharapkan..selalunya akan makan diri sendiri.Jalan selamat lebih baik susun dan atur parti sendiri daripada terlalu campurtangan urus tadbir parti lawan.

Dalam situasi sekarang masing2 pantang ditegur.Makin ditegur makin melenting.Makin tegur makin jauh jarak antara mereka.Politik muafakat dan politik perdamaian tidak mungkin wujud dalam situasi hari ini lebih2 lagi isu video seks DSAI dijaja seluruh negara.Pasti sekutu PR naik angin sama.

Mmg baik gesaan DSN supaya PAS keluar PR namun sejarah PAS, mereka tidak pernah belot bila membuat setia janji.Mereka akan setia kerana sebuah janji.Mungkir janji satu perbuatan yg amat2 sukar untuk PAS lakukan.Justeru PAS tidak akan keluar PR kerana pembentukan mereka dulu adalah utk menggantikan BN.Apa pun terjadi mereka akan rebah bangun bersama.

PR kekal ingin menggantikan BN utk memerintah negara.Justeru biar cantik dan mulus mcmana sekalipun cadangan yang UMNO lontarkan tetap akan dipandang sinis dan tidak elok oleh PR kerana mereka pasti beranggapan cadangan itu hanyalah satu MUSLIHAT politik sebelum perang PRU13 bermula.Dlm saat2 strategi sedang dirangka,plan bertindak dikemaskini pastinya mereka saling menyaingi utk melemahkan lawan.

Andai lawan berjaya dilemahkan maka peluang utk menang PRU13 lebih mudah.Apa pun cadangan yang keluar dari pihak UMNO dan sekutunya, PR tidak mungkin terima kerana mereka akan tetap memandang madu itu adalah racun jua.Membahaya dan penuh kejam.


No comments:

Post a Comment