Di ambang pilihanraya baik PRK atau PRN di Sabah dan Sarawak, pasti akan timbul isu2 sensasi atau isu2 yang membuatkan khalayak tertanya2 atau makin berminat utk mengikuti perkembangan politik negara.Selalunya isu yang ditimbulkan lebih kepada menarik keuntungan buat pihak yang menimbulkan isu.Pihak yang mencetuskan isu mempunyai serampang dua mata.Satu sebab nak lemahkan lawan atau pihak yang opposisi,satu sebab lagi nak tarik sokongan pengundi.
Setiap kali musim PRK pasti akan wujud dakwaan penyokong akan keluar parti.Selalunya penyokong pembangkang la yg selalunya keluar parti.Kalau ikutkan rasanya sudah tiada lagi ahli2 parti pembangkang kerana sudah lebih 10 kali terjadi PRK dan setiap kali ada PRK beratus2 dan beribu2 ahli yang keluar parti maka tentunya kalau didarab dgn lebih 10 kali PRK sudah puluhan ribu penyokong pembangkang yang tinggalkan parti. Namun sehingga kini parti2 pembangkang masih kukuh.
Setiap kali PRK juga,kerajaan akan lambakkan pelbagai projek pembangunan untuk rakyat.Cuma menjadi persoalannya ialah bila pihak pembangkang mempersoalkan kewajaran itu kerajaan akan menjawab apa yang dilambakan itu dah lama diluluskan.Sedangkan kalau tiada PRK, TIADA pula projek pembangunan dilakukan?.Mengapa sekarang kerajaan tidak umumkan apa2 projek utk DUN-DUN di setiap negeri sekarang.Mengapa perlu tunggu berlaku kematian ADUN baru nak umumkan.Ini menampakkan kerajaan sebenarnya tidak ikhlas dengan rakyat.
Setelah berlaku kematian ADUN baru kerajaan sedia utk keluarkan jutaan ringgit semata2 utk memancing undi.Sikap seperti ini sebenarnya memerangkap kewangan kerajaan sendiri.Tengoklah sejak PRU12, sudah terlalu banyak PRK berlaku.Dan sudah ratusan juta wang dikeluarkan semata2 utk memenangi PRK baik DUN dan Parlimen.Malahan ada projek2 tersebut sudah menjadi status terbengkalai..
Makin hampir dengan PRU maka makin banyak isu yang perlu dicetuskan.Selalunya kerajaan dan pembangkang akan saling menyerang.Masing2 mencari pengaruh utk memikat pengundi.Masing-masing membina strategi utk melumpuhkan parti lawan.
Sebenarnya sebaik loceng PRU13 dibunyikan,pasti isu2 sensasi akan dilontarkan semula malahan dengan lebih hebat lagi.Akan dicanang seluas mungkin semata2 utk mencari keuntungan berpolitik.Namun sebaik keputusan PRU diumukan,semua cerita sensasi itu akan senyap.
Akan ada hanya cerita2 sampingan berkaitan kekalahan dan kemenangan calon2 bertanding.Cerita2 ahli parti yg merajuk,ahli parti yang mengugut utk lompat parti selebihnya tidak ada.Maka isu video seks, isu sumpah laknat ini sebenarnya sekadar ingin mensensasikan suasana sementara PRU13 dibuka secara rasminya.
Khalayak sudah mampu mengagak...semua kisah dan cerita yang muncul selama ini semata2 utk saling menunjukkan kehebatan dan kuasa wang setiap parti politik.Matlamat utama ialah ingin melumpuhkan musuh dan memenangi PRU.Bila dah menang dan kekal berkuasa pasti setiap cerita akan lenyap..
No comments:
Post a Comment