Presiden MCA mmg sah terlibat dgn isu seks kerana dia sendiri yang mengaku.Namun sekutu BN tidak pulak kecoh2 mcm isu seks yang dikatakan melibatkan Anwar Ibrahim.Sewaktu meletup video seks CSL dulu, pemimpin PR hanya menyentuh soal2 moral tanpa mengaibkan secara melampau2.Namun sebaliknya pula terjadi terhadap Anwar Ibrahim bilamana semua peminat politik yang pro dgn BN tidak lepas tangan tumpang sekaki mencemuh, mengaib dan menghina maruah Anwar dan keluarganya.
Sikap UMNO sendiri seperti lupa betapa mereka juga menyembunyikan pelbagai skandal yang melibatkan pemimpin besar mereka.Isu raba punggung, isu amah, isu arak, isu rasuah dan segala mcm kerja gelap seperti tidak memberi apa2 kesan.Sebaliknya menyerang dan menyerang bila melibatkan Anwar.
Pada saya, Anwar itu asalnya dari UMNO.Makanya produk dari UMNO mungkin menggambarkan kualiti seperti Anwar dari segi akhlaknya [ isu moral ].Tidak heran jika UMNO cuba menghapuskan Anwar sbb Anwar memberi kesan besar kepada survival politik UMNO dan sekutunya yang lain jika tidak pasti UMNO tak akan mabil tau pun.
Sudah ramai pemimpin UMNO yg mufarakah dengan UMNO pasti dihentam cukup2.Dulu Ku Li sewaktu memimpin S46 apa tak kata padanya,semua perkara sulit dimunculkan ke khalayak.Nasib baik Tun M masih menyokong UMNO jika tidak entah apa skandal akan ditujukan kepada beliau.
Pak Lah pun kalau dia tidak menampakkan sokongan kepada UMNO tidak akan terlepas juga.Malahan sewaktu memimpin kerajaan pun ada yg berani memperlekehkannya terutama bila KJ lebih dominan dalam satu2 perkara..Pak Lah pasti dipersalahkan.
Dalam isu video seks Anwar tidak menjadi satu perkara pelik kerana ruang utk berpolitik akan digunakan sepenuhnya jika ada peluang.Serangan akan dibuat habis-habisan.Jika peluang dilepaskan begitu sahaja belum tentu ada lagi peluang sebaik sekarang utk bertindak.Itulah politik.Soal maruah,soal bangsa,soal hukum, soal wajar atai tidak bukan isu utama yang penting politik dahulu..kuasa mesti dipertahankan walau dengan apa cara.
Begitu tamak dan rakusnya mereka yang ingin kekal menjadi pemimpin dan mereka yg cuba meraih perhatian pemimpin.Saling berkerjasama utk melumpuhkan lawan.Sama2 melapah agar lawan terus terkubur..
Rasional dan kehendak agama sudah tidak menjadi sempadan...nafsu mengatasi segala2nya.
No comments:
Post a Comment