Monday, June 28, 2010

TERUS MENJADI TANDATANYA...

Gempar seketika bila tersebar berita Dr. MAZA bersama 10 ulamak muda akan bersama UMNO pada Jumaat lalu.Heboh masyarakat terbanyak bercerita dengan versi yg pelbagai.Tup2 hanya 40 org sahaja yg muncul.Dr. MAZA entah di mana, 60 org lagi itu pun tidak nampak batang hidung.Entah siapa yg 60 org itu masih menjadi tandatanya.Haluan Dr. MAZA juga terus menjadi teka teki kerana beliau juga tidak keputusan utk menyertai parti mana.Mungkin istikharahnya belum jelas, munajatnya juga belum menyakinkan.Dr. MAZA ambil sikap tunggu dan lihat.Mungkin niatnya ada bersama dgn UMNO tetapi memikirkan akibat dan fitnah yg bakal beliau pikul maka beliau menangguhkan hasrat utk menyertai UMNO.Ataupun Dr. MAZA malu alah dgn rakan2 dlm PAS.Nak join PAS rasa mcm sukar utknya mencari tempat kerana terlalu ramai yg reti agama dlm PAS...nak masuk UMNO, seperti kata tadi la, glamour, pasti ada peluang utk naik, ada ruang dan peluang utk bertapak kukuh tetapi prinsipnya akan tergadai kerana UMNO mengamalkan sesiapa juga yg ingin bersama UMNO mesti ikut 'adat resam'nya yg telah berakar umbi pada setiap generasi.Betina, arak, kelab malam, majlis keramaian dgn perempuan2,raba meraba, mabuk2, minum2, rasuah, penyelewengan dan kronisme telah bersilihganti dari setiap pemimpin yg datang dan pergi.Sanggupkah Dr. MAZA utk menelam semua itu?Pasti buat masa ini terlalu sukarnya menerima.Akhirnya beliau terpaksa' berkokok' dari luar sebagai penceramah bebas.

Dr. MAZA masih berteka teki mengenai masa depannya dlm bidang politik.Dgn semangat dan nadi perjuangan yg agak radikal terutama dlm mengemukakan isu dan hujah begitu mencabar minda ilmuan agama yg cetek pengetahuan dan berfikir selapis.Sukar utk ustaz2 muda dan pakcik2 yg mengaji tidak habis di kampung2 utk menerima hujah dan perbandingan yg dibuat olehnya.Kelantangannya menyanggah amalan yg dianggapnya biadaah begitu menggerunkan khalayak kecuali mereka yg faham duduk perkara yg sebenar.

Jumat telah berlalu, sekarang sudah Isnin, 60 lagi ulamak muda bersama Dr. MAZA masih membisu.Hitam tidak, putih pun tidak.Membiarkan rakyat umum tertanya2 apakah benar Dr.MAZA akan berpolitik utk memudahkannya berdakwah..sehingga saat ini haluan sebenar Dr.MAZA terus menimbulkan persoalan.Mungkin sedikit masa lagi jawapan yg dinanti akan terjawab kerana Dr. MAZA juga sedang menimbangkan pelbagai aspek.Soal akidah bukan soal main2..teruskan bermuhasabah diri, teruskan beristikharah dan teruskan bermunajat semoga petunjuk yg diterima adalah petunjuk hakiki..

No comments:

Post a Comment