Menjadi isu hangat di kalangan ahli politik dan pemerhati bebas bila tercetus khabar bekas Mufti Perlis akan menyertai parti politik.Heboh satu negara bila mendengar DR. MAZA bersama 100 ulamak akan mengumumkan keputusan mereka utk menyertai parti politik.Penganalisa telah mengeluarkan hujah masing-masig.Mereka yg condong dgn kiblat politik masing-masing mendakwa Dr.MAZA akan memilih parti mereka..terdengar kini hanya dua parti sahaja yg rancak berperang psikologi.PAS dan UMNO.Mereka masing-masing yakin Dr.MAZA akan meilih parti mereka utk berpolitik di samping meneruskan agenda dakwahnya.
Menjadi persoalan sekarang platform mana yg akan dipilih oleh beliau utk berpolitik melalui dakwahnya.Pihak yg pro PAS menyatakan Dr. MAZA perlu bersama PAS jika benar ingin menegakkan agama dan bersama membangunkan Islam.Pengkagum UMNO pulak mengemukakan hujah Dr. MAZa tidak akan memilih PAS kerana senario semasa, Asri lebih mirip kepada UMNO. TPM pula mengulas secara jalan selamat.Masing-masing ada hujah dan bukti. Kalau dilihat kepada seni dakwahnya, Asri lebih mirip kepada PAS kerana beliau begitu berterus terang namun dalam waktu yg sama, Asri juga suka mengkritik PAS.Begitu juga dgn UMNO, melihat gaya penampilannya, Asri lebih menyenangi UMNO.Dakwahnya nampak lebih moden dan menjurus kepada gaya UMNO.Dlm keadaan Asri agak terbuka dgn kedua-dua parti tersebut, agak sukar utk menentukan pihak mana yg Asri akan pilih utk ke pentas politik.Lonjakan minat khalayak menjadi lebih teruja bila Ketua UMNO Bukit Bintang menjelaskan Dr. MAZA akan bersama UMNO dan pengumumannya akan dibuat pada hari Jumaat ini.
Jawapan muktamad kepada isu dan persoalan ini akan terjawab pada Jumaat ini jika benar Asri membuat keputusan.Andai UMNO menjadi pilihan, pasti akan ada ulasan pro dan kontra terhadap pilihan Asri itu dan begitulah sebaliknya.Jika Asri memilih jln parti politik utk menonjolkan karisma dirinya dan kehebatan dakwahnya..pasti akan terpalit dgn kontroversi yg pelbagai di belakang hari kerana sesiapa pun yg bergelar pendakwah bila bersama parti politik bukan sedikit ujian dan cubaan akan ditempuh.Risiko dan akibat dari jalan yg bakal dipilih mungkin sudah dihitung untung dan ruginya.Beliau org terdidik, berilmu dan terpelajar, terserah kepada beliau utk memilih jalan yg terbaik utk berdakwah. Andai memilih UMNO..sejarah terbukti, mereka yg berilmu agama lebih menjurus mengikut budaya UMNO kalau tidak pun terus terpinggir.Sudah ramai mereka yg berkelulusan agama hanyut dgn kemewahan UMNO.Sebaliknya jika bersama PAS,ujian hebat bakal ditanggung Asri..silap2 mungkin dipenjarakan jika terlalu lantang 'berfatwa' dan tempais fatwanya itu jelas terkena batang hidung UMNO. Pelbagai istilah dan tuduhan akan dikenakan jika ingin menangkap seseorang.ISA tidak memerlukan pendakwaan di mahkamah.Akta ini begitu ampuh utk menutup mulut seseorg ahli agama yg 'lantang' dlm soal2 keduniaan dan penyelewengan.
Apapun..berkata benar lah walaupun PAHIT.Mereka yg bergelar ulamak kena benar2 faham dan menghayati maksud : MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA. Di mana pun mereka berada..kebenaran wajib mereka pertahankan meskipun bergadai nyawa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment