Sunday, May 2, 2010

SECANGKIR KASIH SEORANG GURU

Siapalah GURU...Mulia pada nama, terhina oleh hasil didikanya sendiri.Mereka tidak mengenang budi.Ibubapa yg memiliki anak2 yg kini di bangku sekolah sekarang ini sebenarnya pernah bergelar murid kepada seorg guru.Namun hari ini mereka menambah 'sakit', bebanan dan melemahkan semangat guru.Mereka jauh sekali utk membantu guru mendidik anak2 mereka.Mereka bertukar dari seorg 'pendidik' di rumah kepada watak seorg penternak.Bila anak2 terlibat dgn masalah disiplin di sekolah, mereka datang bukan utk membantu, menerima dgn berlapang dada kesilapan anak mereka sebaliknya para guru dan pentadbir sekolah pula yg dipersalahkan.Mcam2 tuduhan dibuat.Guru2 hendak malukan mereka, guru2 memfitnah anak2 mereka, guru2 tidak buat kerja dgn betul dan mcm2 lagi.

Satu pertanyaan buat mereka yg bergelar ibubapa penternak ni.."tuan2 dan puan2 ni sudahkah menjalankan tugas sebagai ibubapa yg selayaknya dlm mendidik anak2 semasa mereka di rumah ?"..kalau blum dan perasan menjadi ibubapa yg baik..usahlah menyalah pihak sekolah atau para guru kerena mereka tidak ada apa2 kepentingan di atas semua tindakan yg mereka lakukan,selain utk melihat anak2 murid mereka menjadi insan yg berjaya, berjaya di dunia mahupun di akhirat.Mereka [ guru2 ] bukan ahli politik.Mereka bukan mengejar kontrak puluhan atau ratusan juta ringgit.Mereka byk mengeluarkan duit dan tenaga yg kadangkala langsung tidak balik modal semata-mata utk melaksanakan tugas sebagai seorg guru, mendidik anak bangsa menjadi sempurna...kalau tidak mampu menolong meringankan bebanan guru, lebih baik diam ataupun jgn hantar anak2 ke sekolah kalau prejudis dgn sikap guru.Biarkan anak2 di rumah dan anda [ suami dan isteri ] didik la sendiri,kita lihat sejauhmana anda lebih hebat daripada guru2 di sekolah...

Apapun buat semua guru di Malaysia, selamat HARI GURU, raikanlah kedatangan 16 MEI nanti sebagai peringatan perjuangan para guru tidak ada tolok bandingnya biarkan jasa guru2 tidak dibalas dgn wang ringgit yg melimpah ruah..GURU, G-guru, U-untuk, R-Rakyat, U-Umum.

No comments:

Post a Comment