Thursday, May 27, 2010

MENITI TITIAN USANG...

Jangan Terleka...
Hidup kita ini semakin hari semakin mendekati saat kematian.Tanpa sedar, majoriti dari kita seakan terlupa detik itu.Mereka memikirkan keuntungan, keseronokan, kemewahan, hiburan dan segala macam keindahan hidup di dunia semata-mata.Mereka terlupa bahawa setiap hari yg mendatang itu telah memendekkan usia kita di dunia yang fana ini.Sehari usia di dunia bertambah, maka sehari juga usia kita utk kembali pada-Nya makin mendekati...waspadalah selalu.Semak dan buatlah kira-kira semua akaun kehidupan kita di dunia ini setiap saat kerana mati itu datangnya mengejut.Tepat pada masanya.Tidak lewat.Tidak juga cepat walaupun sesaat...

1 comment:

  1. Banyak manusia yang terleka dengan permainan dunia...dan mereka terlupa titian yang nak dilalui kelak.

    ReplyDelete