Friday, November 6, 2009

TERSURAT DAN TERSIRAT BUAT MEREKA YANG JAUHARI...

Esok PAS akan mengadakan seminar.Menjemput ahli panel antaranya seorang ahli undang-undang yang lantang mengkritik pemimpin tertinggi PAS. Berkokok dan bersuara lah mereka yang tidak setuju pendapat dengan Aziz Bari itu membela dan menjadi pendokong kuat buat pemimpin mereka.Baguslah...unsur kesetiaan terbukti.Namun sesungguhnya tersurat dan tersirat buat mereka yang jauhari untuk mencari mutiara buat perjuangan PAS di dalam menghadapi PRU13 akan datang.Apa yang nak diherankan jika Presiden PAS dihentam dan dikritik secara lantang dan biadap oleh mereka di luar lingkungan kepimpinan. Lagikan Nabi kita ada manusia menentang, sedangkan tiada lagi manusia atau nabi lain yang semulia Baginda dalam dunia ini. Dia dilantik penghulu segala nabi kerana sifatnya yang zuhud dan merendah diri.Jadi dalam konteks ini, antara TGHH dengan Baginda Rasulullah, jauh Rasulullah lebih mulia.Semaksumnya baginda ada orang kritik dan tuduh macam-macam jadi apalh sangat kalau TGHH dikritik sedangkan di situ tersurat dan tersirat hikmah untuk kita fikirkan bersama...Tidak semua yang baik itu sesuai pada setiap masa dan tidak semua yang pahit itu tidak berguna untuk setiap masa.Segala yang berlaku telah ditentukan Allah, hamba-hambanya melakonkan skrip...itulah Maha Kuasanya Allah.Dia pemilik seluruh alam ini...presiden atau ahli biasa, di sisi Allah tetap hamba yang perlu dikira dosa dan pahalanya.Bukan ilmu, bukan pengaruh, bukan serban besar, bukan pengikut ramai, bukan keturunan yang dilihat dan dinilai tetapi keikhlasan dan amanah yang ditunjukkan menjadi taruhan.Hanya yang jauhari bijak merungkai yang tersirat di sebalik yang tersirat.

No comments:

Post a Comment