Sunday, November 8, 2009

REDHA DENGAN KETENTUAN...

Kekalahan Kelantan dalam final Piala Malaysia adalah telah menjadi takdir Allah.Usaha dan ikhtiar telah dilaksanakan.Insentif, bonus, hadiah, sokongan padu penyokong, cuti umum negeri dan macam-macam lagi telah dilaksanakan.Justeru niat untuk menjadi juara tidak kecapaian.Dalam 2 situasi tidak semua perlu kepada 'win-win situation' terutama dalam pertandingan yang hanya mencari satu pemenang.Kalah menang adat bertanding.Menang membuatkan kita jadi bongkak, itu berdosa.Kalah tetapi insaf dan redha, itu mendapat pahala.Terpulang kepada kita untuk menangani keadaan tersebut.Selagi kita sedar kita ini manusia bersifat lemah , kurang segala-galanya maka kita perlu insaf dan menyedari apa-apa sahaja yang kita laksanakan belum tentu menepati kehendak kita kerana akhirnya, Allah jua yang menjadi pemutus.Kita perlu sedar itu, cuma berapa ramai yang boleh meletakkan diri di keadaan tersebut?...inilah perlunya ilmu..ada ilmu tidak digunakan pun, rugi juga.Lebih teruk, ilmu tidak dicari, merasa diri sudah cerdik...ini adalah orang-orang yang malang.Apa pun kita kena sentiasa berlapang dada. Buat N9, raikan kejayaan malam tadi seadanya.Jangan angkuh dan sombong..kelak mungkin N9 pula akan menerima nasib yang sama seperti Kelantan, menang sorak, maruah tergadai...Ingatlah Allah sebaik-baik Perancang.

No comments:

Post a Comment