Tuesday, November 17, 2009

SAMA TAPI TAK SERUPA ATAU SERUPA TAPI TAK SAMA

Sekadar untuk kita membuat analisa...untuk diri sendiri.

Ada orang solatnya hebat,ibadahnya tekun, nampak wara', alim dan zuhud tetapi di tempat kerja...segalanya hancur.Kerja, lewat sampai ke pejabat, banyak tugas tidak terurus, banyak membuang masa, tidak komited dengan kerja, beralasan untuk lari dari kerja, masalah anak, masalah keluarga dan pelbagai helah dibuat.Begitu bertentangan dengan amalan dan sifat wara'nya. Sebaliknya...seseorang tu pulak..gaya hidupnya memang lari dari tuntutan syariat.Kaki minum, kaki perempuan, kaki nite club, kaki segala kaki.Solat jauh sekali....tetapi kat pejabat, kerjanya tip top.Rajin, berwibawa, gayanya memang 'sajak' umpama seorang pengaruh besar,bos suka, rakan sekerja suka, bertanggungjawab dan semua sikap positif untuk seorang pekerja cemerlang ada padanya. Cuma itulah...yang sorang amalan agama tip-top, mutu kerja pulak hancur.Yang sorang lagi...amalan agama hancur, budaya kerjanya pula tip-top...Sama tapi tak serupa, serupa tapi tak sama...

"BAGAIMANA ACUAN, BEGITULAH KUIHNYA..." satu renungan.

Hari ini satu bekas setiausaha politik Anwar Ibrahim, iaitu Annuar Saari; telah membuat laporan polis berkaitan isu pemilikan saham dan wang berjuta ringgit, melibatkan sdr Azmin Ali dan isterinya Shamsidar Taharin...andai benar DSAI adalah 'tok dalangnya' maka itulah gambaran sebenar UMNO...andai Anwar Ibrahim merupakan 'acuannya' maka pemimpin UMNO yang ada hari ini adalah 'kuih-kuihnya'...satu persatu kerenah Anwar semasa dalam UMNO dahulu dibogelkan...itu menunjukkan betapa pemimpin besar UMNO yang lain semuanya sama dan serupa.Amalan kronisme, nepotisme, korupsi memang berlegar di kalangan pemuka UMNO.Walaupun mereka saling menafikan dan menuduh itu hanya fitnah...Sebenarnya apa yang menimpa Anwar itu tidak mustahil akan menimpa pemimpin lain terutama jika pengaruhnya memberi kesan kepada talian hayat UMNO...kalau setakat Irahim Ali, Zaid Ibrahim..itu kudis-kudis kecilan sahaja.Sapu bedah cleopatra pun hilang.

Namun kenapa mereka perlakukan sedemikian rupa bila bekas pemimpin mereka tidak lagi bersekongkol dengan UMNO,pelbagai pendedahan dilakukan.Pengajarannya di sini ialah...jika anda pemimpin UMNO [ pemimpin kanan dan berpengaruh ], jangan sesekali bergabung dengan pembangkang jika tidak semua keburukan anda akan terdedah. Apakah selama ini UMNO hanya bermuka-muka dengan segala slogan, seperti 'rakyat didahulukan ,pencapaian diutamakan', 'bersih, cekap dan amanah' dan pelbagai slogan lagi...apakah itu sekadar sendaloka untuk melenakan rakyat semata-mata?.Kesimpulan mudah...apa yang telah berlaku kepada Anwar hari ini dan apa yang telah dilakukan oleh Anwar semasa dalam UMNO dahulu adalah secara tidak langsung memberi gambaran sebenar kepada pemimpin UMNO yang sedang berkuasa sekarang..kaki rasuah ,memiliki saham yang berjuta, memiliki wang yang berjuta, berselerak dalam akaun di merata-rata bank, dalam dan luar negara.

Apakah mustahil, semua yang dilakukan oleh Anwar semasa dalam UMNO dahulu tidak dilakukan juga oleh barisan kabinet dalam UBN hari ini?...betul ke?...atau memang itu budaya dalam UMNO dan BN.Pandai makan, pandai simpan.Janji jangan sesekali menentang UMNO.Jika menentang,apa yang berlaku kepada ANWAR akan berlaku juga kepada yang cuba mengikut jejak langkah Anwar.Mungkin inilah BAI'AH UMNO untuk menghalang pemimpin mereka daripada melompat parti...alahaiiiiiii....'bagaimana acuan, begitulah kuihnya..'

Sekadar renungan bersama...

Sunday, November 8, 2009

REDHA DENGAN KETENTUAN...

Kekalahan Kelantan dalam final Piala Malaysia adalah telah menjadi takdir Allah.Usaha dan ikhtiar telah dilaksanakan.Insentif, bonus, hadiah, sokongan padu penyokong, cuti umum negeri dan macam-macam lagi telah dilaksanakan.Justeru niat untuk menjadi juara tidak kecapaian.Dalam 2 situasi tidak semua perlu kepada 'win-win situation' terutama dalam pertandingan yang hanya mencari satu pemenang.Kalah menang adat bertanding.Menang membuatkan kita jadi bongkak, itu berdosa.Kalah tetapi insaf dan redha, itu mendapat pahala.Terpulang kepada kita untuk menangani keadaan tersebut.Selagi kita sedar kita ini manusia bersifat lemah , kurang segala-galanya maka kita perlu insaf dan menyedari apa-apa sahaja yang kita laksanakan belum tentu menepati kehendak kita kerana akhirnya, Allah jua yang menjadi pemutus.Kita perlu sedar itu, cuma berapa ramai yang boleh meletakkan diri di keadaan tersebut?...inilah perlunya ilmu..ada ilmu tidak digunakan pun, rugi juga.Lebih teruk, ilmu tidak dicari, merasa diri sudah cerdik...ini adalah orang-orang yang malang.Apa pun kita kena sentiasa berlapang dada. Buat N9, raikan kejayaan malam tadi seadanya.Jangan angkuh dan sombong..kelak mungkin N9 pula akan menerima nasib yang sama seperti Kelantan, menang sorak, maruah tergadai...Ingatlah Allah sebaik-baik Perancang.

Friday, November 6, 2009

TERSURAT DAN TERSIRAT BUAT MEREKA YANG JAUHARI...

Esok PAS akan mengadakan seminar.Menjemput ahli panel antaranya seorang ahli undang-undang yang lantang mengkritik pemimpin tertinggi PAS. Berkokok dan bersuara lah mereka yang tidak setuju pendapat dengan Aziz Bari itu membela dan menjadi pendokong kuat buat pemimpin mereka.Baguslah...unsur kesetiaan terbukti.Namun sesungguhnya tersurat dan tersirat buat mereka yang jauhari untuk mencari mutiara buat perjuangan PAS di dalam menghadapi PRU13 akan datang.Apa yang nak diherankan jika Presiden PAS dihentam dan dikritik secara lantang dan biadap oleh mereka di luar lingkungan kepimpinan. Lagikan Nabi kita ada manusia menentang, sedangkan tiada lagi manusia atau nabi lain yang semulia Baginda dalam dunia ini. Dia dilantik penghulu segala nabi kerana sifatnya yang zuhud dan merendah diri.Jadi dalam konteks ini, antara TGHH dengan Baginda Rasulullah, jauh Rasulullah lebih mulia.Semaksumnya baginda ada orang kritik dan tuduh macam-macam jadi apalh sangat kalau TGHH dikritik sedangkan di situ tersurat dan tersirat hikmah untuk kita fikirkan bersama...Tidak semua yang baik itu sesuai pada setiap masa dan tidak semua yang pahit itu tidak berguna untuk setiap masa.Segala yang berlaku telah ditentukan Allah, hamba-hambanya melakonkan skrip...itulah Maha Kuasanya Allah.Dia pemilik seluruh alam ini...presiden atau ahli biasa, di sisi Allah tetap hamba yang perlu dikira dosa dan pahalanya.Bukan ilmu, bukan pengaruh, bukan serban besar, bukan pengikut ramai, bukan keturunan yang dilihat dan dinilai tetapi keikhlasan dan amanah yang ditunjukkan menjadi taruhan.Hanya yang jauhari bijak merungkai yang tersirat di sebalik yang tersirat.

Ada maruah diri kah kita? - SUATU RENUNGAN

Hari ini sebilangan manusia mengejar nama dan kegemilangan dalam hidup .Tanpa mempedulikan apakah matlamat mereka itu diperolehi dengan cara yang betul...siapa peduli?.Matlamat telah menghalalkan cara.Membeli pangkat, membeli kuasa, membeli pengaruh, rasuah sana, rasuah sini semata-mata untuk membuktikan kita hebat.Hebat menipu sebenarnya.Mereka seperti ini, masih adakah maruah untuk dipertaruhkan?...sikap tidak amanah, menjadi saksi palsu, berbohong untuk mempertahankan kebatilan, berpura-pura baik dan alim tetapi di belakang mengalahkan penjenayah antarabangsa...masihkah ada maruah orang seperti ini?...tepuk dada tanya akal.Kesalahan yang kita buat, pihak lain yang menerima padah kerana kita berkuasa untuk mengeskploitasikan keadaan dan manusia lain.Menjadikan orang lain 'kambing hitam' dan macam-macam lagi.Tidakkah kita tidak rasa tersentuh dan menyesal atas sikap sedemikian?.Melepaskan diri dari kesalahan yang jelas dan terang kita yang lakukan dengan menjadikan orang lain sebagai mangsa untuk dihukum...bermaruahkah kita?..terlalu ramai pemimpin dunia pada hari ini yang tidak layak untuk digelar pemimpin, terlalu ramai penerima gelaran datuk yang entah apa jasa dan budi ,bermegah dengan gelaran yang diterima, entah apa tokoh korporat usahakan tetiba menjadi kaya raya tanpa sebarang usaha kecuali dengan menipu semata-mata untuk berbangga dengan pelbagai dakwaan mengahdapi rintangan dalam usahanya untuk berjaya...selain dari menipu semata-mata.Mereka ini masihkah ada maruah?...Dunia sudah akhir zaman.Manusia tidak lagi peduli tuntutan agama,asal mereka senang, kaya, mewah dan berkuasa peduli apa kepada caranya asalkan matlamat tercapai..tanya diri kita, masih ada maruhkah kita?..Taubatlah sebelum terlambat.

Wednesday, November 4, 2009

KELIRU TAPI BENAR...

Sejak dua menjak ini para ustaz dan ustazah sudah bertukar fungsi daripada mendidik insan untuk lebih mengali Penciptanya kepada bertindak sebagai duta atau jurucakap produk kesihatan.Macam-macam lagak dan gaya mewarnai para ustaz dan ustzah.Menjadi model untuk tudung, model untuk jubah,menjual produk untuk kesihatan dan sebagainya.Ada yang menjadi tukang kempen untuk umrah.Umrah tu memang elok dan digalakkan tetapi semacam ada sedikit pelik la pulak bila para ustaz/ustazah berkempen macam kempen politik untuk menarik para muslim/muslimah mengikuti pakej yang syarikat mereka sediakan.Mereka menjadi jurucakap...dunia sudah akhir zaman, begitulah jadinya.Ustaz dan ustazah terlibat dalam politik tetapi banyak yang hanyut dalam pendekatan matlamat menghalalkan cara....