Secara umumnya saya lebih menyokong kalau Perhimpunan BERSIH siri -2 ini dibenarkan.Jika benar pihak penganjur memberi jaminan bahawa perhimpunan itu dibuat secara aman untuk apa ada pihak tertentu membuat laporan polis atas alasan mcm2..Sepatutnya pihak berwajib harus memberi bantuan utk mengawal sebarang provokasi pihak2 yang berniat jahat.Sesiapa yang cuba mencetuskan huru hara sepanjang perhimpunan itu maka pihak polis perlu bertindak keras.Dan jika penganjur BERSIH gagal mempastikan mereka yang berhimpun itu berarak secara aman maka tindakan tegas juga perlu diambil terhadap penganjur.Kerajaan tidak perlu takut dengan bayang2 sendiri.Tengok sejauhmana perhimpunan itu mendapat sambutan.
Kemudian pihak kerajaan pula boleh menganjurkan perhimpunan yang sama untuk melihat sokongan rakyat terhadap kerajaan.Kerajaan boleh menghimpunkan seramai yang mungkin.Kalau kerajaan juga dapat menunjukkan bahawa rakyat masih bersama kerajaan maka tiada benda utk ditakuti kalaupun BERSIH-2 itu berjaya mengumpulkan jumlah yang dimaksudkan.Timbul pertanyaan kenapa perlu dihalang perhimpunan tersebut?.Kecuali ada pihak yang risau di sebalik perhimpunan itu takut2 rakyat melaut memberi sokongan dan imej serta pengaruh kerajaan jatuh.Populariti kerajaan akan merosot.Ini tidak baik utk menghadapi PRU13.Alasan huru hara, jalan sesak teruk dan seumpamanya rasanya itu alasan terlalu dangkal.
Kalau kerajaan yakin mereka sudah berusaha sepenuh hati untuk menjaga kebajikan rakyat, telus dan amanah dalam pentadbiran negara utk apa takut dan risau dengan perhimpunan tersebut.Serahkan kepaa khalayak untuk menilai.Hasil kerja dan prestasi kita dalam memimpin bukan diri kita y tentukan tetapi pihak lain,rakyat yang menjadi penilai sebenar.Mengapa harus risau dengan perhimpunan tersebut?Kalau tidak mendapat sambutan, sama2 kita lihat kenyataannya.Rakyat memberi sambutan atau tidak.Kalau awal2 lagi kerajaan dan pemimpin kerajaan seperti risau dengan sambutan yang mungkin lebih ramai daripada BERSIH-1 dahulu, itu jelas mengapa laporan polis makin bertambah.
Kerajaan perlu bijaksana,perlu bertolak ansur dan berhati2 dlm hal ini jika tidak lain yang diharap lain plak yang terjadi.Komen2,sindiran, hinaan dan provokasi melibatkan kaum, agama dan kedudukan seseorang perlu dijauhi.Mana slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan? Jika suara rakyat pun tidak mahu didengar?.Beri mereka [ rakyat ] meluahkan perasaan mereka...dengar rintihan mereka.Rakyat bila ingin bersuara selalunya dlm bentuk perhimpunan, demonstrasi atau perarakan besar kerana kalau kecil2 pemimpin akan memandang lekeh dan sebelah mata sahaja.
No comments:
Post a Comment