Monday, June 27, 2011

SKIM CEPAT KAYA...

Betul ker skim ni memperkayakan ramai org dalam waktu yang singkat?.Rasanya yang kaya hanya kaki putar alam dan penipu tu.Dah byk kes mereka yang putar alam ni diburu polis dan BNM.Masalahnya masih ramai yg 'gilakan' nak jadi kaya cepat dgn jln pintas.Kalau realiti skim ini boleh cepat kaya takkan la tokoh2 korporat negara bertungkus lumus kerja siang malam nak membina empayar mereka. Skim ini sebenarnya ciptaan manusia penipu.Mereka mmg cepat kaya kerana mengumpul wang secara haram hasil deposit org ramai lepas tu lesap setelah 2-3 bulan mereka beroperasi. Mcm2 bisnes ala skim cepat kaya disisipkan dlm surat khabar, pm inbox ker rakan2 alam maya dan mcm2 lagi.Sikao manusia malas berusaha tapi nak cepat kaya,mereka yang mcm ni la yg selaunya mudah jadi mangsa. Kita patut berpegang kepada prinsip biar lambat kaya tetapi hasil yang terkumpul itu bersih dan suci.Kalau mmg kita ditakdirkan kaya..sampai masa akan kaya juga,jgn mendahului takdir.Berusaha la mcm biasa...



Sunday, June 26, 2011

PERHIMPUNAN BERSIH SIRI-2

Secara umumnya saya lebih menyokong kalau Perhimpunan BERSIH siri -2 ini dibenarkan.Jika benar pihak penganjur memberi jaminan bahawa perhimpunan itu dibuat secara aman untuk apa ada pihak tertentu membuat laporan polis atas alasan mcm2..Sepatutnya pihak berwajib harus memberi bantuan utk mengawal sebarang provokasi pihak2 yang berniat jahat.Sesiapa yang cuba mencetuskan huru hara sepanjang perhimpunan itu maka pihak polis perlu bertindak keras.Dan jika penganjur BERSIH gagal mempastikan mereka yang berhimpun itu berarak secara aman maka tindakan tegas juga perlu diambil terhadap penganjur.Kerajaan tidak perlu takut dengan bayang2 sendiri.Tengok sejauhmana perhimpunan itu mendapat sambutan.

Kemudian pihak kerajaan pula boleh menganjurkan perhimpunan yang sama untuk melihat sokongan rakyat terhadap kerajaan.Kerajaan boleh menghimpunkan seramai yang mungkin.Kalau kerajaan juga dapat menunjukkan bahawa rakyat masih bersama kerajaan maka tiada benda utk ditakuti kalaupun BERSIH-2 itu berjaya mengumpulkan jumlah yang dimaksudkan.Timbul pertanyaan kenapa perlu dihalang perhimpunan tersebut?.Kecuali ada pihak yang risau di sebalik perhimpunan itu takut2 rakyat melaut memberi sokongan dan imej serta pengaruh kerajaan jatuh.Populariti kerajaan akan merosot.Ini tidak baik utk menghadapi PRU13.Alasan huru hara, jalan sesak teruk dan seumpamanya rasanya itu alasan terlalu dangkal.

Kalau kerajaan yakin mereka sudah berusaha sepenuh hati untuk menjaga kebajikan rakyat, telus dan amanah dalam pentadbiran negara utk apa takut dan risau dengan perhimpunan tersebut.Serahkan kepaa khalayak untuk menilai.Hasil kerja dan prestasi kita dalam memimpin bukan diri kita y tentukan tetapi pihak lain,rakyat yang menjadi penilai sebenar.Mengapa harus risau dengan perhimpunan tersebut?Kalau tidak mendapat sambutan, sama2 kita lihat kenyataannya.Rakyat memberi sambutan atau tidak.Kalau awal2 lagi kerajaan dan pemimpin kerajaan seperti risau dengan sambutan yang mungkin lebih ramai daripada BERSIH-1 dahulu, itu jelas mengapa laporan polis makin bertambah.

Kerajaan perlu bijaksana,perlu bertolak ansur dan berhati2 dlm hal ini jika tidak lain yang diharap lain plak yang terjadi.Komen2,sindiran, hinaan dan provokasi melibatkan kaum, agama dan kedudukan seseorang perlu dijauhi.Mana slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan? Jika suara rakyat pun tidak mahu didengar?.Beri mereka [ rakyat ] meluahkan perasaan mereka...dengar rintihan mereka.Rakyat bila ingin bersuara selalunya dlm bentuk perhimpunan, demonstrasi atau perarakan besar kerana kalau kecil2 pemimpin akan memandang lekeh dan sebelah mata sahaja.


Saturday, June 25, 2011

PERANGAI KERENGGA

Perangai kerengga ni satu je sikap dia yang pelik sikit.Suka gigit tangan org yg nak petik buah jambu dari tangkainya.Kalau tak tahan kena gigit kerengga maka jgn suka2 nak panjat pokok jambu.Kerengga ni plak, buah jambu tu dia tak makan pun tapi org nak makan dia pakat kerumun dan gigit tangan seperti buah jambu tu milik  puak2 dia.Sampai buruk@busuk buah jambu tu..kerengga tak makan pun lagipun buah jambu bukan makanan kerengga.Pengajarannya kalau sesuatu benda tu mmg tak ada gunanya utk kita buat apa kita nak halang orang lain guna utk kebaikan?...jangan jadi perangai kerengga.


ORANG BERIMAN DAN ORANG ISLAM

Orang beriman PASTI Islam sebaliknya orang Islam belum tentu BERIMAN.Untuk mudah membezakan antara org Beriman dengan org Islam ialah kalau org beriman semua tegahan agama dia tak buat.Suruhan agama seboleh mungkin dia akan cuba taati.Sebaliknya org Islam,ada yang dia buat walaupun ditegah oleh agama seperti minum arak, berzina, meninggalkan solat, tidak puasa bulan Ramadhan dan seumpamanya.Dalam waktu yang sama rukun Islam dia masih juga laksanakan tetapi ikut mood.Rasa malas tak buat,rasa nak buat baru dia buat.Begitulah secara ringkas antara org beriman dengan org Islam.Usah heran kalau melihat ramai org Islam yang tidak ada beza dgn mereka bukan Islam kerana org beriman PASTI diberi syurga oleh Allah sbb itu janji Allah.Manakala org Islam kena tapis...kalau mereka bertaubat dan insaf maka ada rahmat untuknya dari Allah.



Friday, June 24, 2011

24

Setiap dari kita sudah ditetap 24 jam.Sedaif2 manusia sehingga semulia2 manusia Allah swt telah memperuntukan jumlah jam yang sama.Kalau atas alasan tak cukup masa dan terlalu sibuk maka tidak sempat utk solat dan membuat ibadah kepada-Nya maka itu mmg pembohong paling besar.Penipu paling jijik.Apakah kita lebih sibuk dari Baginda Rasulullah SAW?.Apakah kita mengejar waktu mcm baginda?.Mana masa nak uruskan negara,mana masa nak pimpin tentera memerangi musuh,mana masa nak bersama keluarga, masa bersama sahabat2 lain..Baginda lagi sibuk.Namun baginda manusia paling banyak beribadah kepada Allah.Dengan demikian,jgn buat alasan dangkal.

Saturday, June 18, 2011

HIDUP DAN MATI

Kita keletihan mengejar 'dunia'.Siang, malam, pagi, petang kita tidak cukup masa.Meeting sana,meeting sini.Kejar sana,kejar sini.Apakah itu cara kita nikmati hidup?.Bahagiakah kita dengan cara demikian?.Apakah kita sedar dalam kita berkejar ke sana ke mari kita sebenar dinanti oleh MAUT yang memang pasti akan menjemput kita bila tiba tetap pada masanya.Ketika itu di mana kita?.Lepak di warung2 kopi, di padang golf, di nite2 kelab atau di mana?.Andai kita seiring antara duniawi dan ukhrawi,bertuahlah kita.Andai hanya hidup kita semata2 kerana dunia..apa bekalan kita jika kita sudah tidak bernyawa lagi?.Sedangkan hidup ni hanya utk mencari bekal utk ke sana BUKAN berkampung selama-lamanya di dunia ni."Barangsiapa mengejar akhirat MAKA Aku tambah baginya kehidupan dunia tetapi barangsiapa mengejar dunia maka tiada baginya kehidupan di akhirat " - maksud Firman Allah SWT.