Tuesday, August 31, 2010

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN KE-53

Hari ni,tanggal 31 Ogos 2010, negara kita meraikan ulangtahun kemerdekaan ke-53.Kalau usia manusia,usia 53 tahun ni dah dikira usia yg teramat matang.Baki hidup pun mungkin tinggal beberapa tahun sahaja lagi.Bygkan dlm tempoh 53 tahun berlalu, negara kita masih berada dlm kelompok pertengahan.Korea, Kuwait, Arab Saudi, Singapura dan beberapa negara yg pernah selevel dgn kita telah berada di garis hadapan dalam ekonomi,sukan, ketamadunan, politik dan kekayaan perkapita jauh mendahului kita.Mengapa begitu?

Di mana silapnya kita?Mengapa kita masih di takuk lama.Terkial2 mencari nama dan mencari identiti.Singapura asalnya dari 'rekahan' negara kita tetiba bangkit menerajui ekonomi sebelah sini.Mereka seoalh2 mengancam kita dlm semua aspek.Kemajuan ekonomi,teknologi, pembangunan dan seumpamanya.Kita masih syok sendiri.Rakyat masih belum merdeka dlm eeti kata sebenar, pemimpin pun masih bergantung harap dgn ehsan dan mainan pihak ketiga utk mentadbir.Hilang keyakinan kerana terbelit dan terbelenggu dgn pelbagai isu dan masalah.Belum merdeka juga mereka rupanya.Zahirnya nampak bebas dan merdeka,hakikatnya masih terikat kaki dan tangan...

Keadaan ini perlu ditamatkan segera jika ingin melihat negara kita ini duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dgn bangsa lain di dunia.Kita perli kuat,perlu tegas. perlu berani dan perlu yakin dgn apa yg kita ada.Usah kita risau dgn gertakan mana2 pihak,mana2 kaum, mana2 individu.Berani kerana benar.Berani mendepan sebarang kemungkinan utk merintis segala kejayaan.

No comments:

Post a Comment