Hari ni,tanggal 31 Ogos 2010, negara kita meraikan ulangtahun kemerdekaan ke-53.Kalau usia manusia,usia 53 tahun ni dah dikira usia yg teramat matang.Baki hidup pun mungkin tinggal beberapa tahun sahaja lagi.Bygkan dlm tempoh 53 tahun berlalu, negara kita masih berada dlm kelompok pertengahan.Korea, Kuwait, Arab Saudi, Singapura dan beberapa negara yg pernah selevel dgn kita telah berada di garis hadapan dalam ekonomi,sukan, ketamadunan, politik dan kekayaan perkapita jauh mendahului kita.Mengapa begitu?
Di mana silapnya kita?Mengapa kita masih di takuk lama.Terkial2 mencari nama dan mencari identiti.Singapura asalnya dari 'rekahan' negara kita tetiba bangkit menerajui ekonomi sebelah sini.Mereka seoalh2 mengancam kita dlm semua aspek.Kemajuan ekonomi,teknologi, pembangunan dan seumpamanya.Kita masih syok sendiri.Rakyat masih belum merdeka dlm eeti kata sebenar, pemimpin pun masih bergantung harap dgn ehsan dan mainan pihak ketiga utk mentadbir.Hilang keyakinan kerana terbelit dan terbelenggu dgn pelbagai isu dan masalah.Belum merdeka juga mereka rupanya.Zahirnya nampak bebas dan merdeka,hakikatnya masih terikat kaki dan tangan...
Keadaan ini perlu ditamatkan segera jika ingin melihat negara kita ini duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dgn bangsa lain di dunia.Kita perli kuat,perlu tegas. perlu berani dan perlu yakin dgn apa yg kita ada.Usah kita risau dgn gertakan mana2 pihak,mana2 kaum, mana2 individu.Berani kerana benar.Berani mendepan sebarang kemungkinan utk merintis segala kejayaan.
Tuesday, August 31, 2010
MERDEKA KAH KITA?...
Saban tahun kita dan negara meraikan ulangtahun kemerdekaan.Pelbagai persiapan dan acara diatur utk sambut kemerdekaan.Cumanya setelah genap 53 tahun negara merdeka,anak bangsa masih terkapai2 mencari identiti,jati diri, harga diri, personaliti bangsa, hala tuju masa depan diri..semuanya masih kabur.Berbalam2.Samar2.Penuh tandatanya.Waujud kekeliruan.Siapakah kita ni sebenarnya?Benarkah kita ni merdeka dlm erti kata yg sebenarnya atau hanya sekadar bebas dari penjajahan negara sahaja sdgkan penjajahan budaya kuning, budaya bukan Islam,cara hidup yg bertentangan dgn Islam masih kita anuti selumat yg mungkin.Kita masih tidak kemana,bersorak tapi hakikatnya maruah dan harga diri kita dan bangsa kita masih tergadai,masih di pajakgadai penjajah.Mereka masih berjaya meracuni setiap inci jiwa merdeka kita dlm kotak minda dan acuan Barat.Kita masih alpa dan leka dgn kemewahan yg membuai sdgkan musuh sdg merapati seinci demi seinci.Dalam laungan merdeka kita sebenarnya semakin hampir utk dijajah semua.Akidah kita terbuang,agama kita tersadai, hak kita terbiar, maruah bangsa terjual..sedarkah kita?Apakah benar kita ini sebenarnya telah MERDEKA?Tepuk dada tanya iman kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)