Saturday, October 17, 2009

MENCARI BITARA SEBAGAI SEORANG HAMBA

"Setiap yang hidup pasti akan merasai mati" begitulah antara maksud ayat Al-Quran. Penegasan di atas sebenarnya untuk memberi peringatan buat sesiapa juga yang menjadi hambaNya di dunia ini untuk berfikir.Berfikir bahawa kehidupan yang kekal adalah hidup selepas mati. Justeru dengan berfikir akan mati maka kita seharusnya mencari bitara dalam hidup kita sebagai hambaNya. Mengapa kita perlu mencari bitara? Dalam Surah Al-Zalzalah antaranya " setiap amal baik walaupun sebezar zarah akan diberi balasan dan setiap amalan buruk walaupun sebesar zarah juga akan dibalas".Memahami maksud ayat tersebut sekali lagi kita rasa terpanggil untuk mencari bitara sebagai seorang hamba...bitara dalam amal ibadah, bitara dalam keikhlasan beribadah, bitara juga menjalinkan hubungan sesama manusia lebih-lebih lagi dengan Allah. Ingatlah..kita terpaksa melalui titisan siratulmautaqqim selama 1000 tahun laluan mendaki, 1000 tahun laluan mendatar dan 1000 tahun lagi laluan menurun sebelum melepasinya.Sedangkan di bawah titiian itu, api neraka menjulang, membuak-buak dengan api yang paling panas iaitu api yang berwarna hitam. Api merah wujud selepas 1000 tahun dipanaskan, 1000 tahun kedua menjadikan api warna putih, 1000 tahun ketiga menjadikan api neraka berwarna hitam. Paling panas, paling pedih dan paling menyiksakan..jadi sudah semestinya kita bertekad untuk mencari bitara dalam hidup kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini. Mati tidak lewat dan tidak cepat walaupun sesaat. Tarikh dan saat kematian kita juga tidak kita ketahui..mungkin sewaktu kita sedang tidur, sedang makan, sedang gelak ketawa atau sedang dalam kelab malam mungkin..

Renungan untuk saya dan mereka yang menelaahnya.